Sunday, 22 January 2012

RUMAH TERBUKA MALAYSIA TAHUN BARU CINA 2012 AKAN DIADAKAN DI STITAWAN...

Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina Di Sitiawan, 28 Jan Ini




SELAMAT DATANG....
JEMPUT DATANG....


Kira-kira 50,000 orang terdiri daripada pemimpin negara dan orang awam dijangka hadir untuk memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 di Sitiawan, Perak, pada 28 Jan ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata majlis sambutan yang dijangka paling hebat itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Perayaan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina itu anjuran kementerian adalah yang paling hebat dan kami menduga mungkin hampir 40,000 ke 50,000 orang akan bersama-sama.
“Di situ semua pemimpin terutama dari parti MCA akan bersama-sama Perdana Menteri dan kami akan mempunyai satu kumpulan besar di mana kita akan meraih perasaan cintakan budaya masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di pekan Titi, di sini Sabtu.
Rais berkata terdapat pelbagai pengisian menarik akan disediakan untuk pengunjung termasuk persembahan dari artis popular antarabangsa dan tempatan.
Beliau berkata persembahan pada majlis sambutan itu nanti juga akan dicerminkan dengan inspirasi dalam gagasan 1Malaysia yang akan memberi gambaran perpaduan seluruh masyarakat di negara ini.
Pada tinjauan mesra itu, Rais bersama isteri Datin Masnah Rais berjumpa dan bermesra dengan penduduk pekan Titi, selain memberikan sumbangan berupa limau Mandarin dan “angpow” sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina Isnin ini.
– BERNAMA

No comments: