Saturday 21 January 2012

BILA PENDAKWA FAILKAN RAYUAN.................

Peguam Anwar Kecewa Jabatan Peguam Negara Buat Rayuan..


Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair menyifatkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada pertuduhan liwat sebagai satu penganiayaan politik.
Beliau berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
“Saya tidak diberitahu secara rasmi oleh pendakwa raya. Bagaimanapun, sekiranya ini benar, ia adalah tindakan paling dikesali kerana alasan penghakiman oleh hakim yang membuat keputusan terhadap perbicaraan mengatakan bukti penting telah diusik.
“Ini menjadi satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar, bukan satu kes pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang semalam.
Petang tadi, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 9 Januari lalu – sinar

3 comments:

Anonymous said...

peguam "mangkuk" ini cuma melihat keadilan bila ianya menyebelahi anwar. Untuk saiful -peduli apa. tapi rakyat kini sudah sedar .kalau anwar boleh mintak tangguh sampai 69 x -dan itu hak anwar. maka saiful juga berhak utk merayu . apa masalahnya? takut ke ? kalau tak salah apa nak takut ... bukan ke slogan anwar ..Lawan tetap lawan ..?? kenapa pula tetiba ..lari tetap lari..??

Anonymous said...

Jika liwat memang berlaku sebagaimana yang karpal maksudkan sebagai 'suka sama suka', saiful mmg berhak mendapat keadilan (bkn parti keadilan).

Anonymous said...

Failkan rayuan pn mcm nak x nak ajer... dh last minit baru terhegeh2.... seolah2 nk biarkan kes saiful tu berlalu mcm tu ajer...