PROF. MADYA DR. SULAIMAN NOORDIN
BAHAGIAN I
PENDAHULUAN :
Pada Oktober lalu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor membuka satu dimensi baru tentang hala tuju politik negara.
Kata Rahim, ‘Dahulu.. Malaysia dilanda gelombang Marxisme, Sosialisme, sekarang gelombang Hak Asasi Manusia pula..jika tidak dibendung ia bakal menghakis dan meruntuhkan dasar-dasar negara yang sebelum ini dipersetujui bersama’.
Tertarik dengan ancaman gelombang baru itu, kami menemui Prof Madya Dr Sulaiman Noordin untuk mendapatkan kefahaman lanjut berkenaan asal usul gelombang baru tersebut.
Dr Sulaiman, bekas Pengarah Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan seorang penyelidik serius tentang gelombang antarabangsa.
Pada tahun 1994, beliau sudah menerbitkan buku bertajuk “Gerakan Antarabangsa dan Keselamatan Negara” untuk mendedahkan kepada rakyat Malaysia tentang bahayanya gelombang antarabangsa dalam memusnahkan sosio-budaya-agama-ekonomi di sesebuah negara.
“Hak Asasi Manusia berpaksikan Slogan ‘Freedom’. Slogan Freedom pula berasal dari ‘Slogan Illuminati’, dicipta hasil persidanganFreemason Brotherhood. Kemuncak ‘Freedom’ akhirnya menjadikan manusia sebagai Tuhan yang dinamakan doktrin humanisme”, itulah kesimpulan yang kami fahami hasil pertemuan dengannya.
Pada Oktober lalu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor membuka satu dimensi baru tentang hala tuju politik negara.
Kata Rahim, ‘Dahulu.. Malaysia dilanda gelombang Marxisme, Sosialisme, sekarang gelombang Hak Asasi Manusia pula..jika tidak dibendung ia bakal menghakis dan meruntuhkan dasar-dasar negara yang sebelum ini dipersetujui bersama’.
Tertarik dengan ancaman gelombang baru itu, kami menemui Prof Madya Dr Sulaiman Noordin untuk mendapatkan kefahaman lanjut berkenaan asal usul gelombang baru tersebut.
Dr Sulaiman, bekas Pengarah Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan seorang penyelidik serius tentang gelombang antarabangsa.
Pada tahun 1994, beliau sudah menerbitkan buku bertajuk “Gerakan Antarabangsa dan Keselamatan Negara” untuk mendedahkan kepada rakyat Malaysia tentang bahayanya gelombang antarabangsa dalam memusnahkan sosio-budaya-agama-ekonomi di sesebuah negara.
“Hak Asasi Manusia berpaksikan Slogan ‘Freedom’. Slogan Freedom pula berasal dari ‘Slogan Illuminati’, dicipta hasil persidanganFreemason Brotherhood. Kemuncak ‘Freedom’ akhirnya menjadikan manusia sebagai Tuhan yang dinamakan doktrin humanisme”, itulah kesimpulan yang kami fahami hasil pertemuan dengannya.
Ikutilah wawancara lengkap dengan Dr Sulaiman, di Kajang pada 22 November 2011.
AIDC : Assalamualaikum doktor (Dr).. Dr ada mengatakan kebebasan (freedom) dan Hak Asasi Manusia digunakan sejak 200 tahun dahulu. Boleh huraikan dengan lebih lanjut maksud tersebut ?
Dr Sulaiman : Waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh..Bismillahirrahmanirrahim..
Berkaitan dengan soalan tadi, iaitu kata-kata hak asasi sebenarnya sudah lama. Saya pun telah menulis perkara ini dalam buku ini iaitu ‘Gerakan Antarabangsa dan Keselamatan Negara’ (1994).
Di mana pada tahun 1773, pemilik bank terkaya di dunia pada masa itu, namanya Mayer Rothschild di Eropah, khasnya di Jerman telah membuat satu meeting di mana yang hadir sahabat-sahabatnya, pemodal bank antarabangsa yang paling terkaya, lebih kurang 12 orang.
Mereka merancang bagaimana untuk membiayai dan kontrol revolusi dunia. Gerakan revolusi dunia sudah bermula tiga ratus lebih, lebih dari suku abad..Jadi, dengan takdir Allah ia terbuka, didedahkan oleh badan-badan perisik kerajaan pada masa itu.
Dalam buku ‘Pawns In The Game’(1958), ditulis William Guy Carr ada menceritakan bagaimana sekumpulan pemodal antarabangsa telah merancang dan membiayai gerakan revolusi sedunia.
Guy Carr adalah Komando dalam tentera laut Kanada, dalam bahagian perisikan adalah seperti tokoh Kristian yang ‘berjihad’ menentang gerakan revolusi sedunia.
Gerakan revolusi sedunia adalah untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran yang diimpikan oleh kerajaan diktator, di mana, pemilik-pemilik harta yang terkaya ini akan menguasai ekonomi dunia melalui bank – bank ribawi.
Guy Carr mendedahkan satu persatu taklimat Rothschild kepada 12 kawan-kawannya itu, berkaitan dengan bagaimana mereka boleh menguasai kekayaan dunia, melalui satu kaedah yang sangat unik.
Cara mereka ini memerlukan kajian yang dalam, kepakaran yang tinggi berkaitan dengan brainwash(menyuci otak).
Mereka menggunakan ejen-ejen untuk menipu, mengguna frasa-frasa atau ungkapan-ungkapan yang bernilai tinggi, popular dan slogan serta membuat janji kepada rakyat jelata yang tidak tahu semua muslihat itu.
Dia (Rothhschild) berkata, kita janji, lepas itu kita pusing baliklah. Dia kata, itu tidak ada apa-apa.
Dia kata, mengguna ungkapan kebebasan (freedom), liberty…Dia kata, ‘goyim’ (bangsa lain selain Yahudi) ini adalah manusia lembu akan naik perasaan tinggi bila kita guna ungkapan ‘freedom’ sehingga mereka sanggup bertindak menentang undang-undang Allah dan undang-undang tabie.Oleh kerana itu, kita juga boleh kontrol apabila kita berkuasa nama Tuhan pun kita boleh hapuskan daripada pelajaran manusia di muka bumi ini.
Jadi, maksudnya ‘freedom’ dan ‘liberty’ itu sama, maksudnya kebebasan ?
Sama. Perkataan sinonim. Free, bebas. Liberty, bebas. Kalau kita buka dictionary mereka, sama. Liberty itu apa yang kita suka lakukan. Liberty untuk menghuru-harakan, mencaci kerajaan; itu cerita lain, tapi matlamatnya sama.
Tetapi di bawah kerangka yang sama ?
Kerangka sama. Matlamat itu sama. Apa yang kita buat itu, walaupun rupa baik, tapi apa niatnya? Apa maksudnya?
Dr. ada mengatakan slogan ‘freedom’ atau kebebasan adalah slogan Illuminati. Boleh terangkan dengan lebih lanjut ?
Freedom dan liberty sememangnya ada dalam istilah-istilah yang digunakan oleh pihak pembangkang dalam Revolusi Perancis pada tahun 1789.
Perkara ini dibincangkan dengan jelas, dalam buku ‘Pawns in The Game’, bagaimana ungkapan-ungkapan ini digunakan.
Umpamanya dalam satu lagi buku bertajuk, ‘Protocols of the Learned Elders of Zion’, ditulis oleh Victor E. Marsden berdasarkan buku profesor di Rusia, Profesor Nilus.
Kedua-dua mereka ini pun mendedahkan rancangan Yahudi. Yahudi yang dikecam mereka adalah ‘Yahudi Baru’. Ada ‘Yahudi Lama’ dan ‘Yahudi Baru’. Mereka bukan anti-Yahudi tetapi anti ajaran satu golongan Yahudi (Yahudi Baru) yang menentang ajaran ‘Yahudi Lama’.
Zionis itu adalah ‘Yahudi Baru’. Mereka anti-Yahudi Lama. Zionis bukan keturunan yang berada di Palestin, tetapi daripada Khazar, keturunan Mongul.
Jadi, ini pun menimbulkan banyak masalah, bukan sahaja mereka menggunakan nama Yahudi dan Israel itu sebagai perisai, dengan menyorok di belakangnya tetapi mereka juga lah yang membunuh pengikut Nabi Israel.
Ini namanya ‘Yahudi Baru’, berbentuk ‘Yahudi Komunis’. Serupa juga dengan Kristian, mereka ada ‘Kristian Komunis’. Dalam Islam pun ada ‘Islam Komunis’. Jadi, ini pun mesti dijelaskan juga. Ada ‘Yahudi Baru’, ‘Kristian Baru’, ‘Islam Baru’.
Islam Baru adalah Islam Liberal, samalah tu.. mereka punya tajdid memperbahurui agama melalui pemikiran sains sosial.
Saya sudah jelaskan perkara ini dalam buku ‘Sejarah Pemikiran 1 – Sumber Ilmu. Perbandingan Ideologi dan Order Baru Dunia’. Dan ramai yang telah mentelaah buku itu. Jadi, kesimpulan saya, slogan itu adalah slogan illuminati.
Tapi yang menariknya, ia saling berkait juga ?
Ya, memang saling berkait.
Kalau kita tengok ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam ‘freedom’, ‘fraternity’, ‘liberty’, sememangnya ungkapan slogan yang dicetuskan bersumber daripada kumpulan ‘The Freemason Brotherhood’ iaitu Ikhwan Freemason yang menggerakkan Revolusi Perancis pada tahun 1789.
Dan ungkapan ini sememangnya ada dalam ‘Protocols of the Learned Elders of Zionis’.
Yang menariknya protokol ini, diulas dengan sangat baik oleh seorang warganegara Amerika Syarikat, seorang millionaire yang membuat kereta awam yang pertama di dunia, namanya Henry Ford.
Ford menjelaskan secara terperinci protokol Elders Zionis ini tetapi puak-puak Yahudi menafikan pendedahannya.
“Apa yang berlaku di Amerika Syarikat ini, apa yang kamu tulis, tak kiralah siapa tulis, tapi di depan mata saya sekarang ini apa yang saya dedahkan memang betul”, kata Ford.
“Apa yang dirancang 200 tahun dahulu, sedang dilaksanakan depan mata saya ini, depan mata kamu, hari ini, itu bukti jelas”, katanya lagi.
Sememangnya Ford rugi dalam perniagaannya kerana Yahudi menghentamnya dan tidak mahu mempopularkan keretanya, tetapi, kerana semangat patriotik, dia keluarkan buku ini, ‘Protocols of the Learned Elders of Zionis‘.
Ford sebut di sini, protokol nombor satu; ‘principle and rules of the Jews-masonry government Terror, “liberty, equality, fraternity.”
Ada ditulis di sini, dan dihuraikannya, bagaimana mereka menggunakan perkataan-perkataan liberty, equality, fraternity untuk menaikkan semangat revolusi.
Jadi, sememangnya sudah didedahkan oleh Henry Ford lagi… Sekarang baru datang ke Malaysia.
Bermakna, asal-usul daripada perkataan liberty, equality dan fraternity bermula sejak Persidangan Freemason ?
Ya. Freemason di Paris, Perancis. Di Perancis itulah titik permulaan Revolusi Komunis di negara Eropah.
Selepas itu, ia merebak sehingga setiap ketua negara masa itu, yakni Rajanya beragama Kristian dijatuhkan.
Mereka runtuhkan semuanya menjadi Republik. Sistem Republik itu, tangan belakangnya adalah Freemason yang berpusat di Eropah.
Jadi, apa pula peranan slogan liberty, equality dan fraternity ini dalam konteks menukar sistem pemerintahan ?
Peranannya menaikkan semangat… freedom…. bebas…bebas daripada kongkongan agama, bebas untuk menentang Raja yang dituduhnya sebagai zalim..
Tapi seperti dikatakan Ford, semua kata-kata itu hanya kosong semata-mata. Kata-kata yang ‘manusia lembu’ itu laungkan, freedom..kebebasan..
Kenapakah golongan pencerahan (enlightment) atau golongan freedom ini sering merujuk kepada Revolusi Perancis sebagai model mereka ?
Kalau dalam Islam, kita merujuk kepada Hak Asasi Manusia iaitu Declaration of Human Right yang diisytiharkan oleh Rasulullah s.a.w, 1300 tahun dahulu di satu kota namanya al-Madinah al-Munawwarah iaitu satu kota yang memberi cahaya.
Memberi cahaya maknanya illuminate. Memberi cahaya kepada seluruh dunia, cahaya rahmat. Daripada situlah timbulnya satu tamadun yang tidak ada sepertinya, juga memberi tamadun kepada Eropah yang ketika itu mengalami ‘Tamadun Gelap’, beratus tahun lamanya.
Satu tamadun yang sangat lama, sangat berjaya menegakkan Hak Asasi Manusia melalui cara Rabbani. Allah suruh buat macam ini, cara yang paling adil kepada manusia dan Tuhan.
Sebab ianya bercahaya kerana memberikan satu cara hidup yang sempurna, menjaga semua hak asasi kaum, hak asasi pemerintah, hak asasi rakyat, tanggungjawab perintah, tanggungjawab rakyat supaya sesuatu negara itu setia kepada Tuhan.
Jadi, daripada itu timbul lah idea manusia nak meruntuhkan tamadun lama, nak hijack dunia. Satu idea nak buat seperti Kota Madinah yang dibangunkan semula di Kota Perancis. Di situ pun timbul Revolusi Komunis pada tahun 1789.
Jadi, secara kebetulannya organisasi ini sekarang ini dinamakan illuminati. Illuminati ini adalah illuminateataupun Munawarah.
Munawar, iaitu cahaya. Munawar, illuminate, cahaya – illumination. Tapi di belakang cahaya illuminati itu gelap-segelapnya.
Ia mahu mengajar, nombor satu, meruntuhkan agama. Kedua, mewujudkan huru-hara. Ketiga, untuk menghapuskan segala kerajaan tempatan untuk mewujudkan satu orde baru yang mereka susun.
Inilah slogan illuminati yang sebenarnya di belakang, mereka menggunakan agama. Ini sangat dibahas oleh tokoh-tokoh Barat, apa agama mereka ?
Agama illuminati adalah agama Lucifier, iaitu ajaran tafsir salah dari Kitab Talmud. Talmud ini menafsir Taurat.
Kitab Taurat yang dikatakan wahyu, ditafsirnya secara ganas. Yang dikata baik menjadi buruk.. asalnya, tidak boleh zina menjadi boleh berzina, ia berpusing-pusing, maknanya tafsir batin. Kata ini yang zahir, yang batin macam ini.
Jadi, agama ini namanya agama batiniah, agama batin. Jadi, agama batin ini diajar oleh sekumpulan pendita-pendita yang mengutarakan satu manual action doktrin dalam kitab Talmud.
Doktrin baru yang menentang tabie baik manusia. Ia mengajar umpamanya menggalakkan bercakap bohong. Bercakap bohong kepada ‘goyim’.
Goyim adalah manusia lembu, yakni orang yang tidak seagama dengan mereka adalah lembu, harta kekayaan mereka halal diambil dan sebagainya.
Mengenakan riba adalah halal. Macam itulah mereka punya ajaran semuanya teruk.
Selain Revolusi Perancis, kenapa golongan ‘freedom’ sering merujuk kepada pemikiran John Locke ?
John Locke ini adalah seorang profesor dalam bidang falsafah. Dia daripada keluarga Protestan. Protestan ini adalah tafsiran baru daripada agama Katolik yang merupakan ajaran lama dalam agama Kristian.Dalam Kristian Katolik, mereka menganjurkan Allah dalam bentuk tiga. Paus dianggap sebagai Rasul.
Jadi, timbul penentangan oleh Martin Luther King untuk menafsir semula ajaran-ajaran gereja lama, Katolik. Ini dikatakan sebagai Protestan…protes.
Jadi, John Locke adalah daripada kalangan ini, Protestan. John Locke inilah yang menganjurkan satu konsep baru yang dinamakan sebagai humanisme.
Ideologi humanisme menganjurkan bahawa, ‘Tuhan yang maha kuasa itu sememangnya ada tetapi Tuhan yang maha kuasa itu adalah manusia. Tuhan manusia itu yang menentukan segala-galanya.
Manusia itu Tuhan sebab itu dinamakan humanisme. Tuhan yang asal sudah mati, jadi manusia yang jadi Tuhan. Jadi, ditafsirkan agama mengikut akal.
Humanisme ini adalah satu aliran yang digunakan kumpulan Illuminati untuk memporak-perandakan agama dunia. Humanisme adalah agama sementara untuk agama batiniah iaitu Illuminati.
No comments:
Post a Comment