Wednesday, 21 December 2011

SLOGAN 'FREEDOM' ILLUMINATI SENJATA BARU TUMBANGKAN KERAJAAN BN - CHAPTER III (FINALE)

WAWANCARA LENGKAP AIDC BERSAMA 
PROF. MADYA DR. SULAIMAN NOORDIN
BAHAGIAN III (AKHIR)

PENDAHULUAN :





Pendekatan Revolusi Rakyat adalah MENGGUNA slogan ‘hak asasi manusia’ untuk menimbulkan huru hara, menggoncang kestabilan negara, merosakkan ekonominya dan menjatuhkan penguasa yang ada. Ia dibantu oleh satu operasi sulit CIA dari luar negara.
Programnya berbentuk provokasi. Ia bertentangan dengan sistem nilai masyarakat tempatan. Misalnya seperti perhimpunan haram BERSIH 2.0 dan pesta tahunan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Ia diperkenalkan untuk merosakkan agama pemuda-pemudi dan budaya tradisi tempatan. Menggantikannya dengan budaya kaum Nabi Luth a.s.
Apabila agama dan ekonomi rosak, dan akhlak pun rosak, negara menjadi tidak stabil. Kumpulan ‘Banksters’ antarabangsa (pemilik bank yang bersifat gangsters) tidak berminat adanya pemerintahan yang mantap dan berpengalaman. Mereka mahukan golongan yang BARU, muda, tanpa pengalaman khasnya yang ada perhubungan dengan mereka.
Revolusi Keganasan Warna Unggu (Tunisia), Keganasan Safron (Burma), Keganasan Merah (Thailand), hendak ditaja ke dalam Malaysia melalui pertubuhan Ikhwan Muslimun dari Mesir dan ejen-ejen CIA.
Di Kuala Lumpur penganut revolusi GANAS ini memilih BAJU KUNING (Malaysia).
Kesemuanya mengguna slogan Freemason yang sama ‘FREEDOM’ dan ‘HAK ASASI MANUSIA.’
Sepatutnya kita dapat pelajaran daripada apa yang sedang berlaku di MESIR, LIBYA, Syria, Burma dan Thailand. Rakyat mereka teraniaya, dizalimi, ramai yang terbunuh.
Negara menjadi lebih miskin, kehidupan menjadi lebih susah. Penganguran menjadi lebih bertambah.
Banksters antarabangsa memperalatkan tokoh-tokoh tempatan untuk melaksanakan operasi New World Order (NWO).

Ikutilah wawancara bahagian akhir bersama Dr Sulaiman Noordin, Kajang, 22 November, yang akan boleh memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada pembaca di laman ini.
AIDC : Kenapa pendokong Hak Asasi selalu berselindung di sebalik pesta tahunan LGBT, Seksualiti Merdeka ataupun demonstrasi jalanan Bersih 2.0 sebagai modus operandi mereka ?
Dr Sulaiman : Sememanglah mereka membuat demonstrasi jalanan untuk menunjukkan sifat keangkuhan dan keberanian mereka.
Pesta LGBT adalah suatu jenis propaganda. Yang penting kekuatan mereka atau yang menaja mereka adalah daripada ‘The BANKSTERS’.
Demonstrasi jalanan adalah satu cara komunis Marxisme (adik kepada Zionisme) untuk melakukan huru-hara bagi menjatuhkan KERAJAAN yang sah.
Keganasan di kota Paris pada REVOLUSI KOMUNIS (1789) bermula dengan demonstrasi. Semasa demonstrasi, pihak yang merancang memasukkan ejen-ejennya untuk menembak pasukan polis.
Apabila pihak polis membalas tembakan, polis dituduh sebagai yang memulakan tembakan.
Media massa BANKSTERS akan memihak kepada penganas. Mereka diberi liputan yang luas. Pihak rusuhan penganas sememangnya bergantung kepada kekuatan THE BANKSTERS penyamun besar dunia.
Apabila terjadi kematian pihak POLIS dituduh zalim. Jadi, itulah yang mereka inginkan berlaku. Mereka MELAKUKAN provokasi terlebih dahulu.
Jadi Islam mengharamkan berakhlak sedemikian rupa. Demonstrasi aman atau ganas, keduanya sama.
Dalam ilmu tauhid golongan penentang ini dinamakan ‘AL-KHAWARIJ’.
Demonstrasi aman boleh menjadi demonstrasi ganas. Pengikut-pengikut demonstrasi sukar dikenali dan dikawal. Ada yang Syiah, ada yang ejen komunis, ada yang pencuri, ada yang pengganas.
Kalau bermula dengan demonstrasi HARAM, semua yang menyusulnya akan menjadi HARAM.
Dalam Islam tidak ada istilah demonstrasi aman. Istilah ini datang daripada seorang tokoh HINDU bernama Mahatma Gandhi.
Dalam Islam istilahnya KHAWARIJ fikriyah iaitu penentang secara pemikiran. Ia diharamkan kerana semua keganasan bermula dengan pemikiran. Dalam kaedah fiqah namanya ‘menutup pintu kerosakan’.
Lagi pun kita dilarang meniru cara orang musyrik. Apa yang dibina atas fasiq, ia akan menghasilkan hasil yang fasiq.
Segala wasilah atau perbuatan yang menuju kepada yang haram, MAKA perbuatan itu sendiri menjadi haram.
Jadi, MODUS OPERANDI mereka adalah untuk mewujudkan huru-hara dan menentang undang-undang yang ada.
Di San Francisco ada pesta tahunan HOMO seksualiti. Iaitu pesta KAUM LUTH. Pesta itu sendiri merupakan satu propaganda untuk menyemarakkan kelakuan HOMO, kelakuan LUAR TABIE MANUSIA.
Ia adalah satu operasi New World Order untuk memporak perandakan agama dari langit yang berpandu kepada kitab al-Quran, Injil (Nasara) atau Taurah (Yahudi).
Jadi, ia adalah satu cara untuh meruntuhkan akhlak, budaya tempatan dan agama. Ia ditaja oleh ‘THE BANKSTERS ANTARABANGSA’ yang beragama Occult (sihir) mentuhankan syaitan Lucifer.
Jadi, pesta dan demonstrasi jalanan adalah wasilah iaitu operasi atau perbuatan yang menuju kepada menghuru-harakan negara.
Benarkah pendokong Hak Asasi Manusia akhirnya akan memilih pendekatan Revolusi Rakyat sebagai pilihan terakhir mereka ?
Itu semua tujuan bukan pilihan. Tujuan MEREKA adalah untuk mengadakan REVOLUSI KEGANASAN.
Tujuan ?
Ya tujuan..bukannya pilihan. Mereka tidak mahu adanya ketenteraman dalam negara. Mereka hendak menghuru-harakan negara.
Pertama, kalau pun demonstrasi itu aman. Itu TAKTIK untuk melunturkan PENGUASA. Tersebut dalam buku ‘Protocols of the Learned Elders of ZIONIS’ (Protokol Pendita Yahudi Zionis):
‘KEBEBASAN, PERSAMAAN, PERSAUDARAAN adalah semuanya idea yang kosong. Ia digunakan hanya untuk menaikkan semangat’.
Selagi kerajaan tidak ditukar BANKSTERS ITU TIDAK AKAN BERHENTI.
Mereka mahukan kerajaan yang saling mengganti setiap empat atau lima tahun supaya negara sentiasa dalam keadaan TIDAK stabil. BANKSTERS mahukan huru-hara. Mereka berselindung di belakang perkataan DEMOKRASI.
Menurut Protokol satu para 17;
“Kerajaan yang stabil hanya wujud jika kuasa mutlak terletak di tangan seorang individu yang bertangung jawab’. ‘Tanpa mempunyai kuasa yang mutlak itu tidak akan wujud TAMADUN-TAMADUN YANG ADA PADA MASA SILAM.”
Bermakna menurut sejarah, setiap tamadun besar yang lepas wujud disebabkan ia dipandu oleh ketua yang mempunyai kuasa mutlak.
Menurut PROTOKOL ZIONIS tersebut, perkataan DEMOKRASI bermakna pemerintahan yang dipandu oleh ‘THE MOB’ atau ‘THE CROWD’ atau ‘GOLONGAN MAJORITI’.
Golongan ini tidak berpandukan atas sebarang nilai. Golong ‘Mob’ ini adalah golongan brutal, ganas dansavage.
Mereka itu boleh jadi dari golongan peminum arak, liberalisme seks, pemain judi dan pelbagai jenis orang rosak, ‘MOB’ itu sebenarnya tidak akan berkebolehan untuk mengguna ‘kebebasan’ yang diberikan kepadanya!
Inilah yang diinginkan oleh ‘BANKSTERS ZIONIS’.
Sistem demokrasi termasuk dalam ‘psychology warfare’ iaitu peperangan minda. Perkataan ‘liberty’ adalah satu idea sahaja. Ia tidak wujud dalam alam nyata.
Tujuan mereka adalah untuk menukar nilai masyarakat supaya keadaan huru-hara berlaku.
George Soros pula memainkan kadar pertukaran wang asing untuk menjatuhkan ekonomi sesebuah negara.
Pada tahun 1997, Soros telah menyerang ekonomi negara-negara di Asia Tenggara. Malaysia terselamat dari cengkamman ALONG DUNIA bernama IMF.
Tapi Soros mencari jalan lain. Dia sekarang ini menyokong PARTI KEADILAN. Maka PKR ini adalah terang-terangan MENJADI ejen SOROS.
Soros hendak merosakkan akhlak pemuda-pemudi di Malaysia melalui program ‘Seksualiti Merdeka’ mengguna ejen yang kedua iaitu AMBIGA.
Apa yang terjadi di Amerika Syarikat (AS) hari ini patut juga kita ambil tahu. Apa yang terjadi di sana adalah perlaksanaan program AD-DAJJAL yang sama. Hanya di sana adalah lebih jelas, lebih brutal. DAN DI PERINGKAT YANG KEHUJUNGAN!
Kita sepatutnya peka dalam masalah ini. Kerana apa yang terjadi di Amerika akan mempunyai impak atau akibat yang sangat buruk kepada negara asing. Khasnya negara Islam yang mempunyai TELAGA MINYAK.
Jangan lupa minyak adalah seperti emas. Malah ia lebih berguna daripada emas. Maka kalau di rumah kita ada satu tan emas, sudah tentu ada PENYANGAK GANGSTERS yang sangat mahu curi emas itu. Jadi kita perlu siap sedia menapis serangan yang akan datang.
Negara lain sudah diserang atas alasan ‘HAK ASASI MANUSIA’. Ejen-ejen mereka sedang bergerak. Rakyat Malaysia harus diperkenalkan bahaya ejen-ejen mereka ini di Malaysia sebelum nasi menjadi bubur.
Negara AMERIKA sengaja disempitkan dengan membebankannya dengan hutang 60 TRILION! Ya 60 TRILION US dolar menurut laman web www.NIA (national inflation assosiation America).
Budaya mereka sudah menjadi budaya ROJAK. Agamanya berteraskan agama akal dan sensation. Agama Kristian sudah menjadi RED KRISTIAN (Baca Kristian Komunis Zionis).
Agama Yahudi lama sudah menjadi RED YAHUDI (Baca Yahudi Baru Zionis).
Orang Islam tidak ketinggalan dalam mengikut mereka. Ramai sudah menjadi RED MUSLIMS (Baca Muslim Komunis). Istilah dalam ilmu tauhidnya adalah mereka dipanggil SEBAGAI golonggan ‘KHAWARIJ’.
Orang Hindu pun sudah menjadi RED HINDU (Baca TAMIL TIGERS iaitu TAMIL KOMUNIS).
Demikianlah hasilnya akibat propaganda yang datang bertubi-tubi setiap hari daripada media massa Zionis. Media mereka menggambarkan Revolusi yang brutal dan ganas sebagai perbuatan yang positif. Yang baik dan yang selamat digambarkan sebagai kuno dan negatif. Allah mustaan.
Akidah Banksters adalah: ‘Yang berhak hidup adalah yang terkuat’. ‘Kekuatan menentukan kebenaran’. Manusia biasa dilabelkan sebagai the human pests (serangga yang perlu dihapuskan). Itulah satu wajah yang tertutup daripada pengetahuan orang ramai.
Mengapakah negara Libya diserang ?
Berkenaan Presiden al-Gaddafi ini, saya nak cerita sedikit. Mengikut saluran berita alternatif iaitu www.Libya_whatreallyhappened.com, Presiden al-Gaddafi adalah ketua yang paling baik di benua Afrika.
Darjat kehidupan ‘standard of living’ di Libya adalah yang paling tinggi di Afrika.
Yang kedua, Presiden al-Gaddafi telah membuat perjanjian, setiap rakyat di Libya akan diberi rumah. Sehingga itu terlaksana, ibunya sendiri TIDAK akan diberi rumah. Maka ibunya baru diberi rumah selepas semua rakyat diberi rumah. Dan setiap rumah diberi elektrik percuma.
Pemuda yang baru kahwin diberi 5,000 ribu dollar. Adakah perkara seperti ini berlaku di negara lain?
Sesiapa rakyat yang membeli motokar diberi subsidi. Kalau motokar itu berharga 20,000RM, kerajaan Libya akan memberi subsidi 10,000RM.
Siapa yang meminjam wang daripada bank, bank tidak AKAN MENGGENAKAN RIBA ATASNYA. Tidak ada negara lain yang buat seperti itu melainkan di Arab Saudi.
Menurut perhitungan BANKSTERS ANTARABANGSA amalan tanpa riba akan menjejas keuntungan mereka. Sistem sosialis humanisme digalakkan tetapi urusan bank ribawi jangan sekali-sekali diusik. Bank ribawi adalah ciptaan dan tajaan datuk nenek BANKSTERS semenjak tamadun BABYLON lagi.
Kita jangan lupa, Kolonel al-Gaddafi adalah yang melakukan keganasan menghapuskan kerajaan beraja di Libya pada masa 40 tahun dahulu. Tapi sekarang, dia pula menjadi raja nasionalis tempatan. Dia melanggar program NWO.
Pada bulan Februari tahun 2011, pada permulaan tahun ini, Presiden al-Gaddafi mengisytiharkan bahawa minyak Libya hanya akan dijual dengan pertukaran emas Dinar.
Jadi, pertukaran ini dianggap sebagai satu tamparan hebat kepada THE BANKSTERS.
Maka pada bulan Februari, NATO MENDARATKAN pasukannya di daerah Benghazi untuk memulakan rusuhan dengan melepaskan 214 orang tahanan al-Qaeda yang dipenjarakan di Benghazi.
Tidak ada revolusi popular di Libya. Kerana tidak ada sebab mereka tidak setuju dengan pemerintahan al-Gaddafi. Kalau al-Gadaffi dituduh menyimpan 9 bilion di London, tapi rakyatnya sudah menjadi selesa.
Beliau juga membuat projek mega bernilai 33 billion, menyalurkan air ke padang pasir. Projek ini akan menyalurkan air kepada 70 peratus penduduk Libya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia, projek saluran air sebesar 33 billion ini.
Ia adalah satu kejayaan yang sangat besar. Satu projek yang popular yang membina!
Kenapa pendokong Hak Asasi Manusia ini sering berselindung di sebalik perkataan rakyat ?
Yang sebenarnya, rakyat tidak mahu projek BANKSTERS ANTARABANGSA INI. Mereka adalah lintah darat yang paling ganas. Along yang paling rakus. Pembunuh yang paling kejam.
Jika rakyat dunia tahu rancangan ad-Dajjal itu, tentulah mereka tidak akan bersetuju dengan mengadakan Pertubuhan UN, WHO, IMF, WORLD COURT seperti mana yang ada sekarang.
Pertubuhan tersebut adalah pertubuhan topeng BANKSTERS. Apabila berlaku serangan jenayah ke atas Iraq dan Libya semua pertubuhan ini buat diam sahaja.
Yang ajaibnya mereka ini juga menaja HAK ASASI DI MESIR, DI SYRIA, DI YEMAN, DI THAILAND, DI BURMA DAN DI MALAYSIA.
Mereka menggunakan NAMA ‘rakyat’ sebagai perisai. Yang anehnya pertubuhan AL-IKHWAN AL- MUSLIMUN di Mesir membantu kerja-kerja jahat BANKSTERS INI.
Kalaulah rakyat Mesir, tahu siapa di belakang al-Ikhwan ini tentu sekali ketua-ketua al-Ikhwan akan kena gantung.
Di Libya, pertubuhan al-Qaeda digunakan oleh CIA untuk menjatuhkan Kerajaan al Gaddafi. Apabila Presiden Libya menyerah diri, dia diseksa dahulu sebelum dibunuh!
Di manakah hak asasi manusia di bawah Declaration of Human Rights itu. Tentera NATO daripada Perancis, England dan Amerika digunakan oleh BANKSTERS.
Jadi, rakyatlah yang menjadi mangsa kepada slogan ‘Hak asasi Manusia’. Sebenarnya tidak ada Pakatan Rakyat. Yang ada adalah pakatan GANGSTERS DAN PAKATAN PENIPU RAKYAT.
Rakyat menjadi mangsa. Maksudnya menggunakan slogan rakyat itu untuk menarik sokongan rakyat ?
Ya. Akhirnya rakyat menjadi mangsa kepada penipuan global ini.
Peperangan saudara berlaku di Iraq, di Mesir, di Yeman, di-Bahrin, di Thailand, di Burma atas nama hak asasi rakyat. Cerita ini memilukan hati kita. Kita perlu sebarkan maklumat yang betul ini.
Itu yang Dr sebut sebelum ini, mereka menggunakan slogan yang baik-baik atau positif untuk melindungi kejahatan yang mereka lakukan ?
Ya. Slogan itu menjadi perisai untuk mereka. Seperti orang Syiah mengguna slogan ‘CINTA KEPADA AHLI BAIT’, tapi mereka melaknatkan Abu Bakar, Umar dan Siti Aisah r.a. yang disayangi oleh Nabi.
Kenapakah Datuk Ambiga Sreenevasan menganjurkan Bersih 2.0, tapi dalam masa yang sama menaungi Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di Malaysia ?
Yang sebenarnya slogan hak asasi, fahaman Humanisme, liberalisme, seks bebas adalah adik beradik. Agama Allah diperangi. Nilai akhlak diporak perandakan. Pembohongan adalah gaya hidup mereka.
Homoseksual, Lesbian, Gay termasuk dalam rancangan menggurangkan populasi dunia. Juga ia merosakkan agama tempatan.
Beberapa pengkaji di Barat telah mendedahkan bahawa penyakit AIDS adalah berasal daripada virus AIDS yang dicipta di makmal. AIDS selalunya menyerang orang HOMO, lesbian dan pelaku seks bebas.
Jadi, LGBT adalah sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan populasi dunia.
Kalaulah rakyat Malaysia tahu berkenaan rancangan banksters ini, sudah pasti Ambiga akan DIKUTUK SEBAGAI EJEN PENGKHIANAT NEGARA, BANGSA DAN AGAMA.
Adakah bermaksud, gerak kerja Ambiga bukan sekadar untuk pilihan raya tapi menuntut hak semua kaum gender tanpa mengira orientasi seks. Kerana itulah diadakan BERSIH 2.0 ?
Ini satu kesempatan untuk rakyat sedar kerana individu yang sama membuka pintu kepada homoseksualiti.
Jadi pemuda Islam dan PAS sepatutnya tidak menyokong orang ini? Mereka pergi masjid, tetapi menjadi penyokong orang anti-agama. Kenapa ? Allahu mustaan.
Kenapa mencari dosa dan musibah. Dalam ilmu tauhid, orang yang menyokong seperti Ambiga termasuk dalam golongan AL-KHAWARIJ.
Rasulullah s.a.w MENSIFATKAN KAUM INI SEBAGAI:
‘Kaum yang membaca Quran, tetapi tidak melebihi daripada kerongkong mereka. Mereka keluar daripada Islam seperti keluarnya anak panah daripada busarnya. Mereka ini memerangi orang Islam. Dana berbaik dengan orang menyembah berhala’.
Dan Rasulullah s.a.w berkata: ‘Kalau aku jumpa mereka, aku pasti akan membunuh mereka’.
Maknanya syariat Islam menghukum mereka supaya dibunuh.
Andai kata hudud diamalkan di Malaysia, SI KHAWARIJ ini menjadi calon utama untuk dibunuh!
Ramai yang membaca al-Quran. Tetapi bahayanya adalah jika mereka berpandu kepada tafsir yang ditulis dalam kitab tafsir ‘FI ZILAL AL- QURAN’.
Kitab ini dicetak dan disebarkan oleh pertubuhan YADIM di Kuala Lumpur. Sangat banyak masjid dan surau yang membeli kitab ini. Tafsir dalam kitab ini mempunyai kesalahan yang kritikal bukan kecil.
Di beberapa tempat dalam kitab tafsir ini menggambarkan masyarakat dan kerajaan di semua negara Islam sebagai masyarakat atau kerajaan JAHILIYAH.
Bermaksud masyarakat sudah meninggalkan Islam. Penyeru azan pada waktu solat pun dikafirkan oleh penulis kitab ‘Tafsir Fi Zilal Al- Quran’ jika masyarakat tidak menghukum dengan syariat.
Orang awam yang membaca tafsir al- Quran ini, boleh terjebak dalam fahaman menentang penguasa. Pembacanya akan terpengaruh untuk menjadi penyokong kumpulan KHAWARIJ. Sewajarnya YADIM BERTANGUNGJAWAB UNTUK MENARIK BALIK KITAB INI.
Kesian orang awam yang belum faham. Ad-Din Nasihah, Ad-Din Nasihah.
Sejauh manakah perjuangan Hak Asasi Manusia bercanggah dengan Islam ?
Sangat bercanggah kerana sumber ‘Hak Asasi Manusia’ ini, adalah daripada orang yang menaja akidah Humanisme.
Khususnya, pemikiran ini sama saja dengan pemikiran sosialisme Marxisme. Mereka menganggap bahawa agama adalah candu masyarakat.
Agama kononnya menyekat pembangunan negara. Tapi mereka pun mempunyai agama. Namanya Humanisme. Agama itu serupa dengan agama Marxisme. Ia bersifat brutal, ganas, pembohong dan pembunuh.
Jadi, agenda BANKSTERS ITU ADALAH untuk memurtadkan penduduk dunia, baik Kristian, baik Singh, Hindu ataupun Budha. Saluran utama mereka menaja konsep Humanisme dan Marxisme itu adalah melalui PENDIDIKAN DI IPT SECARA GLOBAL.
Agama tersebut berselindung di belakang nama-nama indah seperti sains sosial, sains masyarakat, sains politik, sains kemanusiaan, sains psikologi, sains ekonomi, sains biologi, sains ekologi, CIVIL LAW dan CRIMINAL LAW.
Tafsir dan penjelasan DIBUKUTEKSNYA adalah daripada tokoh-tokoh berakidah Humanisme atau Sosialisme-Marxsisme. Agama wahyu diperangi secara direct atau didiamkan.
Konsep evolusi manusia dikedepankan. Nilai berubah menurut keadaan dan tempat. Sifat-sifat ganjil dan ekstrim diketengahkan. Bilangan majoriti (THE MOB) AKAN MENENTUKAN UNDANG-UNDANG. Bilangan majoriti itu boleh juga daripada kaum GAY ATAU KAUM KAKI BOTOL atau campuran pelbagai jenis manusia.
Sains sosial ini adalah pseudo sains (sains tiruan). Bukti dan dalil-dalilnya didapati daripada polls taking. Subjek-subjek ditanya soalan dan jawapannya dirakamkan. Daripada jawapan-jawapan itu mereka buat kesimpulan.
Jadi jawapan berkenaan boleh berubah mengikut masa, tempat, kaum, golongan, umur dan pelbagai fakta yang lain. Ia bukannya sains pasti yang tidak berubah mengikut tempat atau kaum.
Setiap tahun hampir setengah penuntut menggambil SAINS PSEUDO ini.
Kalau katakan setiap universiti ambil 5000 pelajar, hampir 2500 pelajar akan mengambil sains psedo itu. Ia dinamakan sains pseudo kerana asas sains itu tidak tepat.
Sains ini menganggap bahawa manusia berevolusi daripada haiwan yang mempunyai sel yang simpel. Evolusi mengambil bilion tahun untuk sel itu menjadi monyet, orang gua, selepas itu jadi orang bandar.
Jadi, konsep nilai pun berganjak. Nabi Adam as. dianggap sebagai cerita yang tidak boleh dipercayai. Yang sebenarnya mereka menaja satu kisah ISRAILIYAT (cerita orang pembohong) yang menyamar sebagai sains!
Para ahli sains yang inginkan hadiah NOBEL wajib percaya cerita ‘sains’ itu.
Memetik ayat-ayat al-Quran atau kitab Injil akan membuatnya jadi orang bukan saintifik.
Pelajar-pelajar yang melalui pendidikan tersebut akan terkeliru, imannya pun jadi longgar. Ada yang meninggalkan agamanya secara total. Baik orang Islam, orang Kristian, Yahudi, Jepun. Rusia, Cina atau Hindu. Tak kiralah di mana mereka dapat pendidikan itu. Ia sama saja di seluruh dunia!
Jadi, agama mereka digantikan dengan agama HUMANISME, ATAU AGAMA MARXISME. Setiap negara meniru dan mengikut negara lain. Sebabnya UNTUK MENDAPAT PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA.
Siapakah menjadi hakim di sini? Apakah asas-asas pegangan mereka?
Soalan-soalan seperti ini menjadi TABO. Dari sudut keselamatan negara, seolah-olah pendidikan sekian rupa membawa ke jurang gaung yang dalam. Sukar sekali untuk keluar daripadanya. Hampir semua negara secara global melaksanakan pendidikan yang hampir serupa. Ia membawa padah dan kacau bilau dalam negara.
Pemikir-pemikir di Amerika sudah lama menerangkan perkara ini. Tetapi tidak berjaya untuk menukar keadaan sehingga hari ini.
JADI KALAU HENDAK TAHU APA NATIJAH ‘PENDIDIKAN MODEN’ INI, LIHAT APA YANG SEDANG BERLAKU DI AMERIKA DAN DI BRITAIN SEKARANG. Lihat laporan-laporan di laman www.infowars.com/www. prisonplanet.com/www.Landdestroyer.com.
Apa sebenarnya yang berlaku di Libya, adalah satu pelajaran yang sangat baik kepada orang Islam dan bukan orang Islam, lihat laman www. Libya_whatreallyhappended.com.
Dalam Islam pun ada golongan agama berciri Humanisme, namanya Syiah ar Rafidhah / Syiah Imamiyah, Syiah Fatimiyah dan agama Wahdatul Wujud.
Dalam kitab kuning yang dipelajari di pondok-pondok di Patani, di Aceh dan di Kelantan terdapat ajaran SUFI martabat tujuh wahdatul wujud. Mereka ini lebih senang dipengaruhi oleh ajaran revolusi Syiah.
Keselamatan negara kita sedang diancam daripada pelbagai sudut. Negara kita telah menikmati keadaan aman hampir selama 50 tahun!.
Satu nikmat yang tidak didapati di Indonesia, di Filipina, di Thailand, di Pakistan, di Mesir, di Syria.
Oleh sebab itu, Malaysia telah mencapai kemajuan melebihi negara Islam yang lain. Sehingga ramai (ribuan) berebut-rebut hendak datang ke Malaysia!
Lihatlah apa yang terjadi di Bangkok, apa yang terjadi di Indonesia, apa yang terjadi di Mesir dan baru-baru ini apa yang terjadi di Libya.
Jangan tinggalkan apa yang ada untuk merebut impian yang dibayangkan oleh Banksters.
Jangan terikut dengan ideologi yang dibawa oleh BAJU KUNING. Itulah angkatan Revolusi Merah Komunis dalam pakej yang terbaru.
Sama saja maksudnya ?
Sama saja maksudnya.
Dalam huraian Dr yang dulu, Dr mengatakan, perjuangan ‘people power’ atau perjuangan rakyat ini sebenarnya bukan sahaja di Malaysia, bahkan berlaku di Thailand, Filipina, bahkan berlaku di dunia. Maksudnya satu grand design yang sama.
Apa yang berlaku di negara jiran dan di Timur Tengah perlu diteliti baik-baik.
Di Amerika, di New York sekarang pasukan pakaian FRU di sana seperti pakaian ‘space man’ (Orang angkasa). Rejim Amerika sekarang sedang menyiapkan kem tahanan yang boleh memuatkan ribuan banduan di beberapa tempat.
Dalam masa yang terdekat akan berlaku sesuatu yang menakutkan rakyat Amerika. Suasananya seperti Militari Pentagon sedang bersedia untuk mengambil alih kuasa!
Kalau bandingkan polis di Malaysia semasa BERSIH 2.0, maknanya jauh ?
Lebih jauh bezanya. Polis dan FRU di sini semacam ‘malaikat’ jika dibandingkan dengan FRU di Amerika Syarikat. Di Amerika pakaian mereka semacam robot.
Bukalah laman www.infowars.com atau www.prisonplanet.com. Di situ dapat pelajaran yang banyak.
Kita bukan pro parti mana-mana. Yang sebenarnya kita pro-keadilan.
Berlakulah adil dan bersaksi dengan keadilan menurut lunas Syariat. Jadi, itu saja kita nak sampaikan sebagai suatu yang diwajibkan oleh Syariat.
Keamanan dalam negara yang kita cintai ini perlu dipelihara baik-baik. Ameen.
Kata-kata terakhir..
Jihad yang paling utama pada masa ini bagi pemuda-pemudi adalah meningkatkan ilmunya dalam ilmu agama dan Tauhid yang betul.
Para Rasul ditugaskan untuk membetulkan individu-individu, baik dari kalangan rakyat atau penguasa. Bukan untuk menjatuhkan penguasa baik atau zalim.
Nabi Muhammad tidak ditugaskan untuk menukar sistem pemerintahan yang ada di Mekkah al Mukarramah. Nabi s.a.w. bermula dengan menyeru untuk memurnikan tauhid kaumnya. Dan menjauhkan syirik. Firman Allah s.w.t.:
‘Dan sesungguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat ; “Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah Thaghut”. (Surah An-Nahl, 36)
Semua Nabi membawa mesej yang sama untuk memurnikan Tauhid. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Humanisme mentuhankan hawa nafsu!. Ia membawa kepada penyakit jiwa, penyakit badan, penyakit akhlak dan penyakit masyarakat.
LIHAT PIRAMID PADA LAMBANG FREEMSON (ILLUMINATI)
 Wallahu'alam......


No comments: