PAS Perak nampaknya semakin hilang modal untuk menggugat kedudukan UMNO/Barisan Nasional di negeri ini. Buktinya ialah apabila Dewan Pemuda PAS Perak cuba membuat fitnah tentang perpaduan pemimpin-pemimpin UMNO Perak.
Dewan Pemuda PAS Perak melalui Timbalan Ketuanya hari ini telah mencabar UMNO negeri menamakan Menteri Besar Perak sekiranya Barisan Nasional menang pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
Dr Raja Ahmad Al-Hiss juga mendakwa PAS telah menghidu pergolakan didalam barisan kepimpinan UMNO negeri yang kini sibuk melobi pemimpin pilihan masing-masing untuk menjawat jawatan Menteri Besar yang baru selepas PRU13.
Entah dari mana sumber yang Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak ambil, tetapi ianya secara tak langsung menunjukkan PAS tak yakin bahawa mereka serta gerombolan Pakatan akan mampu mengambil alih Perak dari tangan Barisan Nasional.
Fitnah terbaru itu juga jelas menunjukkan bahawa kepimpinan DS Zambry di Perak amat digeruni serta tidak disenangi oleh PAS serta Pakatan khususnya DAP. Mereka bimbang dengan populariti dikalangan rakyat yang diraih oleh Menteri Besar UMNO tersebut.
Lihat saja bagaimana PAS sentiasa menaburkan pelbagai dakyah buruk kepada kepimpinan DS Zambry serta barisan kepimpinan Barisan Nasional yang lainnya. PAS seolah-olah tak redha dengan qada dan qadar Allah yang memilih DS Zambry sebagai pemimpin di Perak.
Begitu juga dengan wakil-wakil DAP dinegeri ini. Ada saja cacian dan maki hamun dilemparkan kepada Menteri Besar bagi memburukkan imejnya dimata rakyat. Harus di ingat, yang caci maki itu adalah kafir, dan yang menjadi mangsa itu adalah pemimpin Islam negeri.
Malangnya, PAS pula bersetuju dengan segala penghinaan yang dilakukan oleh kaum kafir ini terhadap seorang pemimpin Islam. Apakah itu merupakan akhlak yang baik didalam parti yang mengaku lebih islamik dari yang lain di Malaysia?
Kesimpulannya, tak hairanlah jika PAS seiring dengan DAP didalam usaha untuk menjatuhkan pemimpin Islam di Perak. Ini kerana, PAS bukanlah parti yang benar-benar perjuangkan Islam. Mereka hanya pergunakan Islam sebagai topeng untuk mereka mendapatkan kuasa.
Sebab itulah kini kita lihat PAS sanggup bersekongkol dengan kafir-kafir DAP bagi menjatuhkan seorang pemimpin Islam seperti DS Zambry. Bagi PAS, hanya mereka yang layak memimpin kerana hanya mereka saja yang pandai. Tapi PAS lupa, bahawa hanya Allah swt saja yang berhak menentukan segalanya.. - Perak Today
No comments:
Post a Comment