Apabila Penulis Upahan Soros Ancam Najib...
Bukan kebetulan apabila Simon Tisdall, wartawan akhbar United Kingdom (UK) menulis di kolum akhbarnya, The Guardian, portal Malaysia, Malaysiakini pula dengan segera menyebarluaskan pandangan penulis tajaan penyangak matawang Yahudi, George Soros itu.
Bukan kebetulan kerana portal Malaysiakini juga disebut-sebut sebagai projek tajaan Soros.
Dengan tajuk “Najib risks Malaysia’s reputation in his treatment of Anwar Ibrahim“, Tisdall memberi ancaman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menghadapi risiko jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dipenjarakan dalam kes liwat yang sedang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu.
“Tanda-tanda tidak kelihatan baik untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya”, tulisnya yang dapat meramalkan anak emas Barat itu bakal kembali semula ke penjara Sungai Buloh sepertimana yang pernah berlaku kira-kira 10 tahun lampau.
Jelas, penulis Barat itu sendiri dapat meramalkan Anwar akan didapati bersalah pada 9 Januari ini berdasarkan keseluruhan intipati hujah penggulungan peguambelanya, namun untuk menutup kelemahan itu, Najib pula yang turut dipersalahkan.
Agen Perisikan
Menurut Rory Winter dari OpEdNews, pelantikan Tisdall sebagai Penolong Editor the Guardian mencetuskan ‘revolusi baru’ dalam akhbar UK yang dianggap ‘sepupu’ kepada akhbar Amerika Syarikat (AS).
“Tisdall adalah ‘jurucakap’ pemuas nafsu kerajaan AS”, kata Winter yang merujuk kepada kecenderungan wartawan itu membela kepimpinan Presiden Bush.
Winter mengkritik Tisdall dalam artikelnya bertajuk “The Guardian: An Unlimited Conduit for USUK’s War Propaganda” pada tahun 2007, yang ketika itu, kerajaan AS dipimpin oleh parti Republikan, Presiden Bush melalui CIA sedang giat merekrut agen-agennya untuk menjustifikasikan penaklukannya ke atas Iraq.
Ketika itu, selain Tisdall yang mungkin diseludup dalam dunia kewartawanan,Anwar Ibrahim dari Malaysia yang baru bebas dari penjara Sungai Buloh juga turut direkrut untuk menjalankan misi yang sama.
Menurut penulis OpEdNews itu, modus operandi perkhidmatan perisikan telah lama diseludup ke dalam dunia kewartawanan British, seperti yang berlaku kepada akhbar ‘Telegraph’ dan ‘Con Coughlin’ yang sudah diketahui umum menjadi tali barut agen perisikan MI5.
Namun katanya, tidak dapat dipastikan sama ada Tisdall adalah salah seorang daripada agen perisikan itu, tetapi kecenderungannya untuk bermain sebagai ‘tukang sorak’ kepada dasar luar AS mengenai isu-isu seperti penjajahan Iraq dan anti-Chauvinism menjurus ke arah itu.
Sebagai wartawan pro-Republikan, maka tidak hairan, Tisdall sokong Presiden Bush tetapi mengecam Presiden Obama dari Parti Demokrat.
Menurut rightwingers blogtownhall.com, Tisdall adalah penganut pemikiran Liberal.
Penganut fahaman Liberal sama sahaja, kata laman itu, sama ada Liberal di AS atau Liberal UK, mereka memakai pakaian yang sama iaitu ‘Sosialisme’.
Blog dailysketcher pula menggambarkan Tisdall adalah ‘alat perisik yang tidak jujur‘ (dishonest intelligence stooge).
Katanya, Tisdall seorang perisik yang menyamar wartawan berlindung di sebalik jenama akhbar the Observer/Guardian (Pemerhati/Penjaga) menulis secara tidak jujur bertujuan untuk propaganda mempengaruhi pemikiran rakyat.
Ketidakjujuran Tisdall dilaporkan blog itu apabila wartawan UK itu berusaha memburuk-burukkan Iran dengan mengaitkan dengan al-Qaeda dan senjata nuklear supaya kerajaan AS campur tangan di negara itu.
Walhal, menurut blog itu, dakwaan-dakwaan Tisdall hanya benbentuk propaganda yang tidak disertakan dengan bukti kukuh.
Projek Soros
Menurut wikipedia, The Guardian mempopulari dasar ‘centre-left liberalism‘ di UK.
Kumpulan media ini ditubuhkan pada tahun 1936 oleh keluarga Scott yang kemudiannya dikenali sebagai The Scott Trust.
Editornya yang paling terkenal adalah Charles Prestwich Scott yang mengetuai The Guardian selama 57 tahun dari tahun 1872.
CP Scott yang juga adalah Ahli Parlimen Parti Liberal UK bersama-sama dengan Chaim Weizmann telah memainkan peranan penting untuk mengiktiraf Negara Israel melalui Deklarasi Balfour.
Daphna Baram mendedahkan hubungan Guardian dengan gerakan Zionis dan Israel dalam bukunya, “Disenchantment: The Guardian and Israel“.
The Guardian dan kumpulan medianya termasuk dalam rangkaian Projek Soros yang dinamakan ‘Projek Syndicate‘.
Projek Syndicate adalah satu organisasi yang mendapat tajaan Soros melalui Open Society Foundation (OSF) bekerjasama dengan media-media lain bertujuan untuk mempromosi pemikiran tokoh-tokoh tertentu.
Pemikiran tokoh-tokoh yang dipromosi itu, termasuk Chris Patten, Dominique Strauss-Kahn, Zbigniew Brzezinski, Richard Haass, Richard C. Holbrooke, Desmond Tutu dan lain-lain.
Kebanyakan tokoh-tokoh itu juga turut terlibat dengan projek-projek Soros yang lain, terutamanya berkaitan dengan perisikan dasar luar AS, termasuk ICG (International Crisis Group), CFR (Council on Foreign Relations), HRW (Human Rights Watch), Amnesty International (AI), NED (National Endowment for Democracy), Freedom House dan lain-lain.
Anwar Ibrahim dari Malaysia juga termasuk salah seorang daripada rangkaian tersebut.
Untuk memahami secara jelas perkaitan tersebut sila baca di sini, sini, sini, sini , sini, sini, sini, sini,sini dan sini.
SUMBER : AIDC
No comments:
Post a Comment