Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika diwawancara wartawan FMT, Celine Boileau, di Paris mengakui beliau sedang melobi badan-badan antarabangsa untuk pilihan raya bersih dan adil di Malaysia.
Sebulan selepas perhimpunan haram BERSIH 2.0, Julai lalu, Ambiga sudah berkempen di London dalam majlis makan malam pengumpulan dana dan dialog mengenai reformasi pilihan raya.
Kemudian, disusuli pula dengan lawatannya ke Australia dan Eropah.
Menurut Ambiga, BERSIH 2.0 merupakan satu organisasi yang merentasi kaum, jantina, agama, dan lain-lain di Malaysia yang bukan sahaja untuk pilihan raya, tetapi juga untuk menuntut amalan demokrasi, sistem tadbir urus yang baik dan melaksanakan hak-hak asas sosial.
Katanya, nilai-nilai demokrasi adalah universal untuk semua negara di dunia ini dan kini BERSIH 2.0 mempunyai rangkaian di seluruh dunia.
“Puncanya juga universal. Keperluan untuk pilihan raya yang bebas dan adil adalah rukun asas dalam demokrasi mana-mana negara.
Katanya, kini rakyat Malaysia tidak lagi membenarkan diri mereka diasingkan mengikut isu-isu yang berdasarkan kaum dan agama.
Dana Asing
Pada 27 Jun lalu, Ambiga mengaku kepada pemberita bahawa BERSIH 2.0 pimpinannya telah menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat (AS) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI).
NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang bertopeng demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
OSI pula adalah yayasan yang juga bertopeng demokrasi yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Namun sehingga kini, Ambiga enggan mendedahkan secara terperinci butiran sumber kewangan tersebut. Klik di sini.
Anugerah Peranchis
Pada September lalu, Ambiga menerima anugerah tertinggi Perancis, ‘Chevalier de Legion d’Honneur‘ (The Legion of Honor) oleh Duta Perancis di Malaysia kerana sumbangannya memperjuangkan sebuah negara demokrasi di Malaysia.Anugerah ‘The Legion of Honor‘ ini dimulakan pada 19 Mei 1802 oleh Napoleon Bonaparte dengan menganugerahkan satu pingat kebesaran kepada tentera dan orang awam yang bersama-sama menjayakan Revolusi Peranchis.
Revolusi Peranchis berjaya kerana kerjasama tentera dan orang awam dalam meruntuhkan sistem pemerintahan lama yang berorentasikan agama dan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Peranchis sebelum ini.
Peranchis dianggap sebagai sebuah ‘Negara Demokrasi Pertama’ setelah berlakunya revolusi di negara itu.
Sejarah demokrasi dan revolusi kebanyakannya dirujuk kepada Revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789–1799, di mana dalam revolusi itu sistem pemerintahan beraja dan peranan agama telah berjaya dihapuskan dan diganti dengan sistem pemerintahan rakyat berteraskan cogan kata ‘Persamaan’. (Equality), ‘Kebebasan’ (Liberty), dan ‘Persaudaraan’ (Fraternity).
Sudah pastinya kempen-kempennya tidak lari dari memburuk-burukkan kerajaan dan sistem pemerintahan kerajaan sedia ada.
IKUTI KOMEN-KOMEN BERKAITAN ..... KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment