Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berkata perlu diingat bahawa semasa Anwar merancang pada 16 Sept mengambil alih kerajaan Persekutuan pada 2008 yang gagal, Karpal menuntut supaya Anwar meletakkan jawatannya sebagai pemimpin pembangkang.
“Tindakan kebelakang ini menggambarkan bahawa DAP akan dengan mudah menukar kedudukan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.
“Sekiranya penyokong kuat pembangkang seperti Karpal Singh yang punya pengaruh kuat di kalangan pengikut setianya dengan mudah boleh menukar pendirian menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, ini memberi petanda jelas bahawa DAP bersedia berpatah balik melawan prinsip mereka semata-mata mahu mendapatkan sokongan ramai dengan tujuan merampas tampuk Putrajaya,” katanya.
Dalam pada itu Setiausaha Pengelola Kebangsaan MCA Datuk Tee Siew Kiong, dalam satu kenyataan berasingan berkata pendirian Karpal terhadap Anwar semata-mata untuk menipu rakyat kerana dakwaannya itu tidak pernah disokong atau diluluskan oleh Pas.
“Di satu pihak Pakatan Rakyat sememangnya berkata Anwar Ibrahim adalah calon mereka untuk Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2008, Pas pula kemudian mendakwa presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah lebih layak daripada Anwar Ibrahim untuk jawatan berkenaan.
“Selepas kenyataan Pas itu, tidak ada lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang membangkitkan perkara tersebut,” katanya.
Tee berkata semasa Anwar mengeluarkan kenyataan mengatakan Lim Kit Siang daripada DAP akan dilantik Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan mengambil alih kerajaan Persekutuan, Pas menjawab bahawa Lim hendaklah terlebih dahulu menjadi seorang Muslim, dan ini menyebabkan Anwar Ibrahim menukar pendiriannya.
IKUTI APA KOMEN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA :
**************************************************************************
ARTIKEL BERKAITAN :
KUALA LUMPUR, 17 Jan - Pengerusi Dap Karpal Singh seharusnya bertanggungjawab dengan kenyataan berhubung kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemandu peribadi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azizan Abu Bakar pada 1998.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata sebagai seorang peguam, Karpal seharusnya mempunyai pendirian terhadap apa jua tindakan yang pernah dilakukan dan tidak harus mengenepikannya apabila perkara itu mempunyai kepentingan peribadi dan politik.
“Pada 1998, Karpallah orangnya yang beria-ria mengesa pihak polis mengambil tindakan terhadap Anwar berhubung kes liwat membabitkan pemandu peribadi isterinya, malah pernah membuat kenyataan terbuka bahawa dia mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu.
‘Tetapi apa yang berlaku sekarang, nampaknya perkara itu sudah terbalik, kini Karpal pula mengetuai barisan peguam Anwar membabitkan kes liwat dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan di mahkamah.
“Apa yang berlaku ini membuktikan, Karpal sangup melakukan apa sahaja bagi memastikan cita-cita serta kepentingan politik menjadi keutamaan walaupun terpaksa bersama-sama dengan orang pernah ditentang sebelum ini,” katanya kepada UMNO-Online.
Anuar berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan beberapa pihak supaya Karpal menjadi saksi kepada kes liwat Anwar yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Menurutnya,Karpal seharusnya menarik diri daripada menjadi peguam kepada Anwar jika dia mempunyai pendirian sejajar dengan profesionnya sebagai seorang peguam.
“Karpal sering bercakap mengenai moral, prinsip tetapi apabila berlaku pada dirinya, dia memdiamkan diri, jelaslah apa yang berlaku ini membuktikan pembangkang terutama Dap mempunyai agenda tersendiri.
“Anwar dipergunakan oleh Dap untuk mendapat sokongan dari orang Melayu, Dap mengetahui jika mereka bersendirian, mereka tidak mampu untuk mendapat undi orang Melayu, walaupun Dap bersama Pas dalam pakatan pembangkang tetapi mereka ini mempunyai perjuangan berbeza,” katanya.
Beliau berkata, dengan adanya Anwar, pakatan pembangkang berkeyakinan serta menaruh harapan bahawa peluang mereka untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang lebih cerah, dan perkara itu telah terbukti apabila kerjasama yang dijalin mampu menidakkan majoriti 2/3 BN di parlimen.
Annuar berkata, pada pilihan raya umum akan datang, peranan Anwar amat diperlukan sebab itu Karpal sanggup menjadi peguam belanya walaupun suatu ketika dahulu pernah menentangnya habis-habisan sehingga mengatakan mempunyai bukti kes kes liwat Ketua Pembangkang itu.
SUMBER : UMNO Online
No comments:
Post a Comment