PAS HILANG SOKONGAN SECARA SENYAP.....
PENULIS TERTARIK DENGAN SATU ARTIKEL DARI BLOG KHABAR KOTA BHARU.... KITA KONGSIKAN DI SINI......
JALAN TENGKU CHIK – Program Forum Perdana Penerangan Rang Undang-undang Syariah anjuran Peneranagan UMNO negeri yang berlangsung di dewan besar pejabat Perhubungan Negeri dua hari lepas menyaksikan satu perubahan baru apabila ia dihadiri lebih dari 200 peserta. Berbanding sebelum ini, jika majlis keagamaan yang dianjurkan UMNO memang terlalu naif, kehadiran peserta 50 ke 70 orang sudah cukup membanggakan. Tetapi perubahan politik kali ini, bilangan itu berlipat dua kali ganda.
Malah suasana dilihat lebih menarik dengan majoriti peserta yang hadir adalah berkopiah, serban, jubah dan berkain pelikat. Sekali pandang majlis tersebut seolah-olah anjuran Pas yang dihadiri penyokong-penyokong setianya terdiri dari muslimin dan muslimah. Bagi mendapat gambaran jelas, wartawan Khabar Kota Bharu (KKB) cuba menemui seorang peserta program tersebut. Pada awalnya KKB merasa hairan bila dia menolak ketika gambarnya ingin dirakam lalu enggan pula memberitahu nama, sebaliknya berkata “cukup dengan membahasakan diri pakcik”.
Bagaimanapun selepas diusai-usai akhirnya mengaku bahawa beliau seorang penyokong tegar Pas di kawasan parlimen Kota Bharu yang terpaksa mengubah arah selepas rasa keliru dengan fahaman parti pembangkang itu yang didakwanya semakin bercelaru sejak kebelakangan ini. “Banyak politik itu satu hal di dalam Pas. Tapi apa yang nyata sejak bersekongkol dengan PKR dan DAP seolah-olah prinsip sendiri pun boleh digadai. Kalau diperhatikan semua orang boleh tengok perubahan di dalam Pas.
“Saya tidak takut untuk isytihar menyokong UMNO, tapi buat masa ini kita ingin jaga hubungan sebab saya cukup masak dengan persepsi pemimpin-pemimpin Pas. Saya tidak punya apa-apa kepentingan dengan Pas atau UMNO sekalipun, tapi atas dasar kebenaran. “Sebenarnya ramai rakan-rakan saya di dalam Pas kawasan Kota Bharu telah beralih arah menyokong UMNO tetapi sengaja tidak isytihar. Bahkan penyokong taksub selama ini pun tidak sefanatik dulu lagi walau tidak secara langsung menyatakan sokongan pada UMNO,” katanya.
Menurut pakcik tersebut, kebanyakan mereka perlahan-lahan meninggal Pas selepas parti yang didakwa mendokong prinsip Islam itu sanggup memperkotak-katikkan isu akidah demi bersatu dengan parti (PKR dan DAP) yang jelas menolak Dasar Membangun Bersama Islam. Selain itu katanya, isu-isu asas rakyat seperti masalah air, tanah, rumah mampu milik yang tidak menjadi kepekaan kerajaan Pas Kelantan menyebabkan ramai penyokong parti itu rasa kecewa sekali gus mengakibatkan mereka berpaling tadah. “Kerana terlalu sibuk dengan politik hingga gagal untuk menyelami atau memahami aspirasi rakyat,” katanya.
No comments:
Post a Comment