Thursday, 30 December 2010

SEBUAH KISAH ( EMAIL DARI SEORANG RAKAN DI LEBANON )

Gambar hiasan

WASIAT MAK TEMAH :


Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur 
stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkanke wad biasa, tetapi peralatan 
pernafasannya masih belum ditanggalkan. Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak 
TemahYang merupakan salah seorang kariah mukimnya.


Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah 
jirannya itu. Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali 
tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat 
kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir 
beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati 
bahagian kepala Mak Temah. Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas 
dan dadanya berombak-ombak turun naik.

Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah 
meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas 
kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah. 
Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah 
semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. 
Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak 
Temah.

Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua 
waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka 
sebelum menghembuskan nafasterakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu 
mereka MakTemah bukan orang berharta. Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan 
kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. 
Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya.

Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari biliktersebut. Anak sulong Mak Temah, 
Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya.

Wasiatnya berbunyi : -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua......!"

No comments: