Monday, 27 August 2012

PUASA SUNAT ENAM BULAN SYAWAL



عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى الله قَالَ : ” مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَأَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوّالٍ . كَانَ كَصِيَامِ الدّهْرِ “
Abu Ayyub al-Ansari r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa selama setahun [Sahih Muslim : 1991]
Dalil di atas terang bagaikan mentari menunjukkan kepada kita bahawa merupakan satu sunnah untuk umat Islam melaksanakan puasa sunat selama enam hari dalam bulan Syawal.
Terdapat banyak faedah melakukan puasa enam di bulan Syawal. Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyenaraikan beberapa faedah tersebut:
1) Mendapat pahala puasa setahun
أن صيام ستة أيام من شوال بعد رمضان يستكمل بها أجر صيام الدهر كله كما سبق
Berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal selepas Ramadhan akan melengkapkan pahala puasa menjadi seperti pahala puasa selama setahun penuh sebagaimana telah disebut pada hadis di atas
2) Menyempurnakan kekurangan pada puasa Ramadhan
 أن صيام شوال و شعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة و بعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل و نقص فإن الفرائض تجبر أو تكمل بالنوافل يوم القيامة كما ورد ذلك عن النبي صلى الله عليه و سلم من وجوه متعددة و أكثر الناس في صيامه للفرض نقص و خلل فيحتاج إلى ما يجبره و يكمله من الأعمال
Puasa dalam bulan Syawal dan Sya’ban umpama solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu. Ia akan menyempurnakan kekurangan yang ada pada amalan fardhu tersebut. Sesungguhnya amalan-amalan fardhu akan diperbaiki atau disempurnakan oleh amalan-amalan sunat pada hari kiamat kelak sebagaimana yang ada dalam pelbagai hadis-hadis nabi s.a.w. Kebanyakan manusia mempunyai kekurangan dan kecacatan pada amalan fardhu mereka yang mana ia memerlukan kepada pembaikan dan penyempurnaan melalui amalan-amalan (sunat)
3) Petanda puasa Ramadhan diterima Allah
 أن معاودة الصيام بعد صيام رمضان علامة على قبول صوم رمضان فإن الله إذا تقبل عمل عبد وفقه لعمل صالح بعده كما قال بعضهم : ثواب الحسنة الحسنة بعدها فمن عمل حسنة ثم اتبعها بعد بحسنة كان ذلك علامة على قبول الحسنة الأولى كما أن من عمل حسنة ثم اتبعها بسيئة كان ذلك علامة رد الحسنة و عدم قبولها
Melaksanakan puasa sunat selepas bulan Ramadhan merupakan satu petanda bahawa puasa Ramadhan kita diterima Allah. Sesungguhnya apabila Allah s.w.t menerima amalan seseorang, Dia akan menjadikannya tetap melakukan kebaikan selepas itu. Sebahagian ulama berkata: Ganjaran kepada kebaikan adalah kebaikan selepasnya. Sesiapa yang melakukan kebaikan, lalu mengikuti selepasnya dengan kebaikan yang lain, ia merupakan petunjuk amalan kebaikan yang pertama diterima Allah. Begitu juga jika seseorang melakukan kebaikan, kemudian diikuti dengan melakukan kejahatan, ia merupakan petanda kebaikan yang pertama tadi tertolak dan tidak diterima Allah.
4) Tanda bersyukur kerana berjaya beribadat di bulan Ramadhan
أن صيام رمضان يوجب مغفرة ما تقدم من الذنوب كما سبق ذكره و أن الصائمين لرمضان يوفون أجورهم في يوم الفطر و هو يوم الجوائز فيكون معاودة الصيام بعد الفطر شكرا لهذه النعمة فلا نعمة أعظم من مغفرة الذنوب [ كان النبي صلى الله عليه و سلم يقوم حتى تتورم قدماه فيقال له : أتفعل هذا و قد غفر الله لك ماتقدم من ذنبك و ما تأخر ؟ فيقول : أفلا أكون عبدا شكورا ]
Puasa Ramadhan akan memastikan pelakunya mendapat keampunan untuk dosa-dosa yang telah dilakukan. Mereka yang berpuasa mendapat ganjaran mereka pada hari raya, dan hari tersebut merupakan satu kurniaan kepada mereka. Oleh itu melaksanakan puasa selepas hari raya merupakan satu bentuk kesyukuran untuk nikmat tersebut. Sungguh tiada nikmat yang lebih besar daripada nikmat diampuninya dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasulullah s.a.w sering bangun mendirikan solat di waktu malam sehingga bengkak-bengkak kakinya, lalu dikatakan kepada baginda s.a.w: Kenapa engkau lakukan semua ini sedangkan Allah telah mengampuni dosa mu yang lalu dan yang akan datang. Jawab baginda s.a.w: Adakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur?
كان بعض السلف إذا وفق لقيام ليلة من الليالي أصبح في نهاره صائما و يجعل صيامه شكرا للتوفيق للقيام و كان وهب بن الورد يسئل عن ثواب شيء من الأعمال كالطواف و نحوه ؟ فيقول : لا تسألوا عن ثوابه و لكن اسألوا ما الذي على من وفق لهذا العمل من الشكر للتوفيق و الإعانة عليه
Sebahagian generasi salaf (tiga generasi awal Islam) apabila mereka berjaya bangun malam (untuk beribadah), mereka akan bangun pagi dan berpuasa pada siangnya. Puasa itu dijadikan sebagai tanda kesyukuran di atas petunjuk  yang membolehkan mereka bangun (beribadah) di waktu malam. Pada suatu hari, Wahab bin al-Warid ditanya tentang pahala untuk amalan seperti tawaf dan sebagainya. Lalu dia menjawab: Jangan kalian tanya tentang pahalanya. Sebaliknya tanyalah apa yang patut dilakukan oleh orang yang berjaya melakukan ibadah tersebut sebagai tanda bersyukur di atas petunjuk dan bantuan (Allah) untuk melaksanakan (ibadah tersebut). [Ringkasan daripada kata-kata Ibn Rajab al-Hanbali dalam Lathoif al-Ma’arif m/s 190-191]

Tatacara Melakukan Puasa Enam
Puasa enam di bulan Syawal boleh dilakukan pada bila-bila masa di bulan Syawal.
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
قَالَ أَصْحَابُنَا : يُسْتَحَبُّ صَوْمُ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَوَّالٍ ، لِهَذَا الْحَدِيثِ قَالُوا : وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَصُومَهَا مُتَتَابِعَةً فِي أَوَّلِ شَوَّالٍ فَإِنْ فَرَّقَهَا أَوْ أَخَّرَهَا عَنْ شَوَّالٍ جَازَ
Ulama-ulama Syafiiyyah berkata: Disunatkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Berdasarkan hadis ini (hadis Abu Ayyub al-Ansari) mereka berkata: Disunatkan melaksanakan puasa tersebut berturut-turut pada awal Syawal. Seandainya seseorang melakukannya secara berasingan (tidak berturut-turut) atau melewatkannya ke akhir Syawal, maka ia tetap dibenarkan. [al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=14&ID=4035]
Hendaklah mengqadha puasa Ramadhan terlebih dahulu
Sewajarnya seseorang yang mempunyai hutang puasa Ramadhan, hendaklah dia menyempurnakan dahulu puasa Ramadhan tersebut. Walaupun terdapat khilaf ulama’ di dalam hal ini, akan tetapi mendahulukan qadha’ itulah yang terbaik. Ini berdasarkan hadis di atas yang menunjukkan bahawa puasa Ramadhan itu perlu disempurnakan dahulu barulah kita mendapat pahala puasa setahun penuh apabila ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal.
Sa’id bin al-Musayyib r.h.m pernah ditanya berkaitan puasa Zulhijjah, beliau menjawab :
لَا يَصْلُحُ حَتَّى يَبْدَأَ بِرَمَضَانَ
Tidak sewajarnya ia dilakukan kecuali selepas dia sudah mula (mengqadhakan) puasa Ramadhan [Sahih al-Bukhari, Kitab Puasa, Bab Bilakah Qadha Puasa Ramadhan]
Khusus mengenai puasa sunat Syawal, al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan:
فمن كان عليه قضاء من شهر رمضان فليبدأ بقضائه في شوال فإنه أسرع لبراءة ذمته و هو أولى من التطوع بصيام ستة من شوال فإن العلماء اختلفوا فيمن عليه صيام مفروض هل يجوز أن يتطوع قبله أو لا
Sesiapa yang mempunyai hutang puasa Ramadhan, hendaklah dia memulakan dengan melakukan qadha puasa tersebut dalam bulan Syawal. Sesungguhnya ini akan mempercepatkan pembebasan dirinya daripada kewajipan yang ada, dan ia lebih utama daripada melakukan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Ilmuan Islam berbeza pendapat tentang mereka yang mempunyai hutang puasa wajib, adakah dibenarkan atau tidak untuk melakukan puasa sunat sebelum melaksanakan hutang-hutang puasa wajib tersebut.
 و على قول من جوز التطوع قبل القضاء فلا يحصل مقصود صيام ستة أيام من شوال إلا لمن أكمل صيام رمضان ثم أتبعه بست من شوال
Untuk pendapat yang menyatakan dibolehkan untuk melakukan puasa sunat sebelum qadha puasa wajib. Pahala (puasa setahun) untuk puasa sunam enam hari di bulan Syawal tidak akan diperolehi melainkan untuk sesiapa yang menyempurnakan dahulu puasa Ramadhannya kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal.
و من بدأ بالقضاء في شوال ثم أراد أن يتبع ذلك بصيام ستة من شوال بعد تكمله قضاء رمضان كان حسنا لأنه يصير حينئذ قد صام رمضان و أتبعه بست من شوال
Sesiapa yang memulakan dengan mengqadha puasa Ramadhan dalam bulan Syawal, kemudian dia mahu meneruskan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal selepas menyempurnakan qadha’nya, maka itulah yang bagus.  Ini kerana dengan cara itu dia telah menyempurnakan puasa Ramadhan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal. [Ringkasan daripada Lathoif al-Ma’arif m/s 192]
Tidak sempat puasa sunat kerana qadha puasa?
Seorang Muslimah dari Jordan pernah bertanya kepada Shaikh Abdul Aziz bin Baz:
بدأت في صيام الست من شوال ولكني لم أستطع إكمالها بسبب بعض الظروف والأعمال حيث بقي عليَّ منها يومان، فماذا أفعل يا سماحة الشيخ؟ هل أقضيها؟ وهل عليَّ إثم في ذلك؟
Saya telah mula melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, akan tetapi aku tidak mampu menyempurnakannya kerana sebab-sebab dan urusan tertentu hingga menyebabkan masih ada berbaki dua hari lagi. Apa yang perlu lakukan wahai sheikh? Adakah aku perlu mengqadhanya? Adakah aku berdosa untul hal tersebut?
Shaikh Bin Baz rahimahullah menjawab:
صيام الأيام الستة من شوال عبادة مستحبة غير واجبة، فلك أجر ما صمت منها ويرجى لك أجرها كاملة إذا كان المانع لك من إكمالها عذراً شرعياً؛ لقول النبي صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا)) رواه البخاري في صحيحه. وليس عليك قضاء لما تركت منها. والله الموفق.
Puasa enam hari di bulan Syawal merupakan ibadah sunat dan bukannya wajib. Saudari akan mendapat pahala untuk puasa-puasa yang telah saudari lakukan, dan semoga saudari juga memperolehi pahala yang penuh seandainya perkara yang menghalang saudari daripada menyempurnakan puasa itu merupakan satu keuzuran yang diiktiraf syara’. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :  Seandainya seseorang itu sakit, atau bermusafir, nescaya Allah akan menulis untuknya (ganjaran) seperti amalan yang dia akan lakukan ketika bermukim dan sihat [Sahih al-Bukhari : 2791]. Oleh kerana itu, saudari tidak perlu mengqadha puasa sunat yang telah saudari tinggalkan. 
Bolehkah digabung antara puasa Qadha dan Sunat?
Terdapat perbezaan pandangan ilmuan Islam dalam hal ini, Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman menyatakan: Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik. Ini kerana pilihan Nabi s.a.w dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujah-hujah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh menggabungkan puasa qadha (yang wajib) dengan puasa Syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat Isyak dengan terawih, atau Subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu Subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (bekas ahli Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain. Ini kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajipannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam. 
Pembaca sekalian, kita sudahi pembacaan hari ini dengan merenung kata-kata al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali di bawah:
على كل نعمة على العبد من الله في دين أو دنيا يحتاج إلى شكر عليها ثم للتوفيق للشكر عليها نعمة أخرى تحتاج إلى شكر ثان ثم التوفيق للشكر الثاني نعمة أخرى يحتاج إلى شكر أخر و هكذا أبدا
Untuk setiap nikmat daripada Allah kepada hambanya, tidak kira sama ada dalam hal keagamaan mahupun duniawi, itu semua memerlukan syukur ke atas Nya. Kemudian, petunjuk Allah yang menyebabkan kita bersyukur tadi pula merupakan satu nikmat yang lain daripadanya, ia memerlukan kepada syukur yang kedua pula. Kemudian untuk petunjuk Allah yang membawa kepada syukur yang kedua tadi jua merupakan satu nikmat yang lain daripadanya, ia turut memerlukan kepada syukur yang lain lagi. Begitulah selamanya [Lathoif al-Ma’arif m/s 191]

HOW INSINCERE : MUSA AMAN'S SUDDEN U-TURN ON OIL ROYALTY PAYMENTS



HOW INSINCERE: Musa Aman's remarkable U-turn upon oil kingship payments

The new noises done by the leaders in Barisan Nasional (BN) Sabah over the call to enlarge the 5% oil kingship paid to Sabah have been responses that showed that BN is unfortunate to say the bound deposition status in Sabah!

Melanie Chia Chui Ket, the Luyang State Assemblywoman, done this criticism in the light of the new blandishments over the utterances by the BN leaders over the subject of oil kingship paid to Sabah.

VIDEO : KEBIADAPAN DAN KEANGKUHAN MAT SABU FITNAH ALLAHYARHAM TUN GHAFAR



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya mendakwa, semasa Allahyarham Tun Ghafar Baba sakit tenat di rumahnya, beliau menghabiskan kira-kira dua jam berbual dan bertukar-tukar pandangan tentang sejarah perjuangan beliau dan isu-isu politik semasa, selain itu, tambah Mat Sabu lagi, Tun Ghafar juga turut berpesan kepada beliau,

"Mat, engkau kena lawan Umno sungguh-sungguh, Umno dah teruk, "Umno ini ibarat gajah, badannya besar tetapi kaki plastik"

Timbalan Presiden PAS  itu yang pernah ditangkap berkhalwat dengan bini prang tetapi terlepas dari perbicaraan mahkamah kerana kesalahan teknikal ini jelas cuba memesongkan isu Hudud yang semakin memakan diri PAS menjelang PRU 13.


 
Apa yang kita sedih adalah kenapa Mat Sabu sanggup menjual nama pemimpin negara yang telah meninggal dunia semata-mata kepentingan politik? Kita bersyukur kepada Allah kerana dilindungi fitnah pemimpin pembangkang ini selepas keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba sendiri tampil kepada media MENAFIKAN pembohongan dan FITNAH dari parti yang kononya Islam tetapi penuh dengan kemunafikannya. 

Anak Allahyarham sendiri yaitu Datin Zainon Ghafar  menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mat Sabu yang kononnya pernah datang melawat Allahyarham.

Bukan setakat pembohongan itu sahaja yang dilakukan oleh Mat Sabu, malah beliau turut mengandaikan bahawa jika Tun Ghafar masih hidup, beliau juga akan menyertai Pas sepertimana anaknya Tamrin.

Bagaimanapun andaian terdesak yang memandai-mandai dari Mat Sabu itu disifatkan sebagai  satu penghinaan kepada keluarga Tun Ghafar, dan ianya disuarakan oleh ahli keluarga Allahyarham sendiri termasuk menantunya Datuk Ahmad Hamzah dengan  meminta Mat Sabu menarik balik kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Jasin berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.



Sunday, 26 August 2012

NEIL ARMSTRONG 1930 - 2012

That’s one small step for man, but one giant leap for mankind. Famous words said by Neil Armstrong, the first man on the moon (and one of only 12 to have walked on her), who died yesterday from complications of heart surgery. He was 82 and on July 20th 1969 he conquered the Moon. Forget your iPhone, ultrabooks or electric cars, that was real scientific progress, the likes of which we have not seen again in the last 40 years. Time to step it up mankind and continue his legacy.

U.S. astronauts Neil Armstrong smiles in the lunar module after his historic moonwalk..... Armstrong, the first man to set foot on the moon, has died at the age of 82, his family said on August 25, 2012. 


Neil Armstrong, commander of Apollo 11 and the first man on the moon, laughs during testimony before a House Science, Space and Technology committee hearing on NASA Human Spaceflight Past, Present and Future: Where Do We Go From Here? in Washington in this September 22, 2011, file photo. Armstrong, has died at the age of 82, U.S. media reported on August 25, 2012. 


The Apollo 11 crew of U.S. astronauts Neil Armstrong, (L) who was the Mission Commander and the first man to step on the moon, Edwin Buzz Aldrin, (R), who was the Lunar Module Pilot, and Michael Collins, (C) who was the Command Module pilot are pictured in this NASA studio file image, dated May 1, 1969.



The astronauts of Apollo 11, Neil Armstrong, Edwin Buzz Aldrin (R) and Michael Collins (L), received medals for their pioneering flight and stand in front of the command module Columbia which carried them on their historic flight, at The Air and Space Smithsonian 30 years after they first walked on the moon, in Washington, in this July 21, 1999.



Apollo 11 astronauts Neil Armstrong (L) and Buzz Aldrin talk about the launch of Apollo 11 on the 30th anniversary of the event at the Kennedy Space Center in this July 16,1999.


Portrait of Astronaut Neil A. Armstrong, commander of the Apollo 11 Lunar Landing mission in his space suit, with his helmet is pictured in this NASA studio file image.


Neil Armstrong is pictured in a 1958 handout photo courtesy of NASA. Armstrong, the first man to set foot on the moon, has died at the age of 82, his family said on August 25, 2012. The former astronaut underwent a heart-bypass surgery earlier this month, just two days after his birthday on August 5th, to relieve blocked coronary arteries.



Neil Armstrong poses with an X-15 aircraft at the Dryden Flight Research Center in California, in this undated handout photo courtesy of NASA.



Apollo XI Astronauts Neil Armstrong (L), Michael Collins (C), and Buzz Aldrin laugh with President Richard Nixon aboard the USS Hornet, in this July 24, 1969 handout photo courtesy of the Richard Nixon Foundation. The President was on hand to greet the astronauts after their splashdown in the Pacific.



U.S. Astronaut Neil Armstrong turns towards the lunar module on the moon.


This NASA file image shows Apollo 11 U.S. astronaut Buzz Aldrin standing on the Moon, next to the Lunar Module Eagle (R), in this July 20, 1969 file photo. The plexiglass of his helmet reflects back the scene in from of him, such as the Lunar Module and Astronaut Neil Armstrong, taking his picture.


This NASA file image shows U.S. astronaut Neil Armstrong, the Apollo 11 Mission Commander, standing next to the Lunar Module Eagle on the moon in this July 20, 1969 file photo. His family said on August 25, 2012. Apollo 11 fellow astronaut Edwin Buzz Aldrin took this photo. 


The Apollo 11 Lunar Module landing sequence used by astronaut Neil Armstrong to land on the moon is seen on display at Bonhams auction house in New York July 12, 2009. Bonhams New York will be presenting a sale entirely devoted to the history of man's exploration of space on July 16. The sale coincides with the week of the 40th anniversary of man?s landing on the Moon and consists of items acquired either directly from the astronauts or that were originally in their collections. 



This NASA file image shows flight controllers celebrating the successful conclusion of the Apollo 11 lunar landing mission at the Mission Operations Control Room at the Johnson Space Center on July 24, 1969. Apollo 11, launched forty years ago today on July 16, 1969, carried astronauts Neil Armstrong, who was the Mission Commander and the first man to step on the moon, Edwin Buzz Aldrin, who was the Lunar Module Pilot, and Michael Collins, who was the Command Module pilot. 



The Saturn V rocket carrying the Apollo 11 spaceflight sits on the launch pad at the Kennedy Space Center on July 1, 1969 in this handout photo courtesy of NASA. Space enthusiast and entrepreneur Jeff Bezos has found the rocket motors used to send the Apollo 11 astronauts to the moon and plans to mount a recovery expedition soon, the Amazon.com CEO and founder reported on a blog post. The five F-1 engines were fired up on July 16, 1969, sending the massive Saturn 5 rocket on its way to the moon. The motors burned out a few minutes after liftoff from the Kennedy Space Center and tumbled into the Atlantic Ocean. 


The Saturn V rocket carrying the Apollo 11 spaceflight is launched from the Kennedy Space Center on July 16, 1969 in this handout photo courtesy of NASA. Space enthusiast and entrepreneur Jeff Bezos has found the rocket motors used to send the Apollo 11 astronauts to the moon and plans to mount a recovery expedition soon, the Amazon.com CEO and founder reported on a blog post. The five F-1 engines were fired up on July 16, 1969, sending the massive Saturn 5 rocket on its way to the moon. The motors burned out a few minutes after liftoff from the Kennedy Space Center and tumbled into the Atlantic Ocean. 



The Saturn V rocket carrying the Apollo 11 spaceflight is launched from the Kennedy Space Center on July 16, 1969 in this handout photo courtesy of NASA. Space enthusiast and entrepreneur Jeff Bezos has found the rocket motors used to send the Apollo 11 astronauts to the moon and plans to mount a recovery expedition soon, the Amazon.com CEO and founder reported on a blog post. The five F-1 engines were fired up on July 16, 1969, sending the massive Saturn 5 rocket on its way to the moon. The motors burned out a few minutes after liftoff from the Kennedy Space Center and tumbled into the Atlantic Ocean. 



The Apollo 11 lunar module Eagle bearing astronauts Neil Armstrong and Edwin E. Aldrin, returns to the command module Columbia July 21 1969 following its historic landing on the moon's surface. This photograph was made by astronaut Michael Collins from Columbia. In the background the Earth can be seen rising above the lunar horizon.



Neil A. Armstrong, commander of the Apollo 11 Moon-landing Mission, practices for the historic event in a lunar module simulation before the launch in this June 1969 file photo. Armstrong now lives on a farm in Ohio, has an unlisted phone number and shuns the many celebrations of the day 25 years ago when he stepped onto the lunar surface. Armstong turns 64 on August 5th.



Astronaut Edwin E. Aldrin Jr., lunar module pilot, poses beside the deployed flag of the United States during the Apollo XI moon landing July 20, 1969. The lunar module is at left and the footprints of the astronauts are visible in the foreground. July 1994 marks the 25th anniversary of man's walk on the moon.



Apollo astronaut Edwin E. Buzz Aldrin Jr., lunar module pilot, descends the steps of the Lunar Module (LM) ladder as he prepares to walk on the Moon in this July 29, 1969 file photo. This picture was taken by fellow astronaut Neil A. Armstrong, commander, with a 70mm lunar surface camera. The 30th anniversary of the Apollo 11 mission is July 16 (launch) and July 20 (landing on the moon).



This NASA file image, dated July 20, 1969, shows one of the first footprints of Apollo 11 astronaut Edwin Buzz Aldrin on the moon. The Apollo 11 crew consisted of astronauts Neil Armstrong, who was the Mission Commander and the first man to step on the moon, Aldrin, who was the Lunar Module Pilot, and Michael Collins, who was the Command Module pilot. Apollo 11, launched forty years ago today on July 16, 1969, was the first manned mission to land on the moon. 

Nota :  Gambar2 adalah dari TotallyCoolPix.com melalui REUTERS/NASA/Hangout


BEKAS GURU NEKAD JEJAKI HAIWAN PELIK

TEGAP... kerapu gergasi yang ditangkap di Queensland, Australia.
TEGAP... kerapu gergasi yang ditangkap di Queensland, Australia.

ADA yang sebesar kuda, ada yang boleh melumpuhkan anda dengan renjatan elektrik 500 volt dan ada yang berminat terhadap kemaluan lelaki.

Di dalam air sungai yang tenang, hidup haiwan bergigi tajam, licin dan berwajah menakutkan hingga menyebabkan penduduk tempatan menggigil setiap kali menceritakan kisah menyeramkan mengenai hidupan itu.

ANGKASAWAN NEIL ARMSTRONG MENINGGAL DUNIA


WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS pada Ahad.
Beliau berusia 82 tahun.
Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.
Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.
Dilahirkan di Wapakoneta, Ohio pada 5 Ogos 1930, Armstrong mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang dan bekerja di sebuah lapangan terbang ketika remaja.
Beliau mengambil kursus penerbangan pada usia 15 tahun dan mendapat lesen juruterbang pada hari lahirnya yang ke-16.
Sebagai juruterbang AS, beliau melakukan 78 misi penerbangan pada Perang Korea.
Beliau mempelajari bidang Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Purdue, Indiana dan menyambung pengajian dalam Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Southern California.
Selepas berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut pada 1949 hingga 1952, Armstrong menyertai agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada 1955.
Beliau bertugas sebagai jurutera, juruterbang ujian, angkasawan dan pentadbir untuk NASA dalam tempoh 17 tahun.
Selepas bersara daripada NASA pada 1971, Armstrong menjadi tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti of Cincinnati hampir 10 tahun.
Beliau turut dilantik sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat termasuk Lear Jet, United Airlines dan Marathon Oil.

Saturday, 25 August 2012

BETIK HIJAU ATASI MASALAH GOUT...?


Cubalah jika anda telah mendapat asid urik selepas semua kemudaratan tidak dilakukan.

Ini adalah benar-benar berkesan, hanya campuran hijau betik kiub untuk teh hijau biasa, saudara sepupu saya cuba dan mendapati ia sangat berkesan.

Saya juga telah dikongsi dengan rakan gout untuk cuba ini ("sendi kaki" beliau mula ubah bentuk), selepas seminggu minum formula ini terdapat peningkatan yang ketara, dan selepas dua minggu sendi kaki sembuh dan kembali kepada keadaan biasa.

Ia adalah hampir tiga tahun sekarang, sakit sendi hilang, tetapi dia mengekalkan pengambilan antara 1-3 kali bulanan untuk mengelakkan berulang.

Rakan-rakan lain yang mengalami tahun masalah gout juga telah pulih.

Ia adalah baik untuk semua, malah mereka tanpa gout.

Baik formula! Adakah berkongsi dengan orang-orang yang memerlukan!

Satu urutan baik oleh Profesor Lai dari Sekolah China Farmasi:

Potong betik hijau menjadi kiub kecil, tempat ke dalam air, masak hingga mendidih, kemudian tambahkan daun teh, sama seperti proses membuat teh.

Ujian klinikal menunjukkan bahawa ini membawa kesan yang baik untuk rawatan gout, tertakluk kepada minum kerap formula ini.
Encik Liu Qing, Ketua Town Rende di Tainan, menderita selama bertahun-tahun dari sakit perut yang teruk di sekitar dinding posterior perut.

Beliau menggunakan betik hijau sebagai periuk teh untuk menyediakan teh keluarga setiap hari, selepas sebulan, keadaan penyakit kronik itu lebih baik.

Ahli keluarga beliau dengan asid urik yang tinggi juga telah sembuh oleh teh betik yang sama.

Untuk ini, Encik Liu ditanam banyak betik untuk berkongsi dengan saudara-mara dan rakan-rakan dengan penyakit yang sama.
Menurut Encik Liu, dalam memilih betik hijau sebagai wadah teh, memilih mereka bentuk yang lemak dan pendek, dengan kapasiti yang lebih besar.

Cut off bahagian atas betik, membersihkan diri benih, membuka satu lubang kecil di dinding sebelah atas untuk memudahkan menuang teh.

Buat lubang pengudaraan kecil pada penutup atas, dimasukkan ke dalam daun teh, tuangkan dalam air mendidih, letakkan penutup atas kembali ke betik, anda juga boleh menggunakan pencungkil gigi untuk mendapatkan penutup atas.

Sama seperti proses biasa penyediaan teh.

Liu suka untuk menggunakan teh Oolong sebagai rasa adalah baik.

Beliau terkejut bahawa sakit perut dia menderita selama bertahun-tahun telah sembuh selepas sebulan minum teh dari periuk betik hijau, tanpa mengambil sebarang ubat lain.

Beliau meninggal beberapa betik hijau daun rakan yang bekerja di Pusat Perubatan untuk menguji dan menganalisis kandungan.

Ujian mengesahkan bahawa enzim hadir sihat dalam betik adalah memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Sekarang sebagai betik dalam dusun Encik Liu menghasilkan buah-buahan saiz yang sesuai, dia akan berkongsi buah-buahan dengan keluarga dan rakan-rakan.

Xu Fuchang, seorang petani betik berpengalaman, berkata betik hijau bermakna betik masak, di mana kulit masih hijau dalam warna.

Secara umumnya, betik mengambil masa kira-kira empat bulan untuk sepenuhnya matang dan masak, tetapi kesan penyembuhan akan hilang selepas ia masak sepenuhnya.

Green betik harus dituai apabila betik berusia kira-kira tiga bulan, apabila buah-buahan yang masih firma, dan "susu betik" mengandungi tinggi enzim betik dan lain-lain bahan-bahan yang sihat.

Bukan sahaja betik hijau boleh digunakan dalam minum teh, anda juga boleh memotong mereka ke dalam kiub, dan rebus dengan tulang rusuk, atau walaupun penghirisan betik hijau menjadi kepingan halus panjang dan goreng dengan bawang putih, sangat lazat, dan tiada kesan buruk pada badan manusia.

sumber : fb Jubinz Kinsil