Monday 27 August 2012

VIDEO : KEBIADAPAN DAN KEANGKUHAN MAT SABU FITNAH ALLAHYARHAM TUN GHAFAR



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya mendakwa, semasa Allahyarham Tun Ghafar Baba sakit tenat di rumahnya, beliau menghabiskan kira-kira dua jam berbual dan bertukar-tukar pandangan tentang sejarah perjuangan beliau dan isu-isu politik semasa, selain itu, tambah Mat Sabu lagi, Tun Ghafar juga turut berpesan kepada beliau,

"Mat, engkau kena lawan Umno sungguh-sungguh, Umno dah teruk, "Umno ini ibarat gajah, badannya besar tetapi kaki plastik"

Timbalan Presiden PAS  itu yang pernah ditangkap berkhalwat dengan bini prang tetapi terlepas dari perbicaraan mahkamah kerana kesalahan teknikal ini jelas cuba memesongkan isu Hudud yang semakin memakan diri PAS menjelang PRU 13.


 
Apa yang kita sedih adalah kenapa Mat Sabu sanggup menjual nama pemimpin negara yang telah meninggal dunia semata-mata kepentingan politik? Kita bersyukur kepada Allah kerana dilindungi fitnah pemimpin pembangkang ini selepas keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba sendiri tampil kepada media MENAFIKAN pembohongan dan FITNAH dari parti yang kononya Islam tetapi penuh dengan kemunafikannya. 

Anak Allahyarham sendiri yaitu Datin Zainon Ghafar  menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mat Sabu yang kononnya pernah datang melawat Allahyarham.

Bukan setakat pembohongan itu sahaja yang dilakukan oleh Mat Sabu, malah beliau turut mengandaikan bahawa jika Tun Ghafar masih hidup, beliau juga akan menyertai Pas sepertimana anaknya Tamrin.

Bagaimanapun andaian terdesak yang memandai-mandai dari Mat Sabu itu disifatkan sebagai  satu penghinaan kepada keluarga Tun Ghafar, dan ianya disuarakan oleh ahli keluarga Allahyarham sendiri termasuk menantunya Datuk Ahmad Hamzah dengan  meminta Mat Sabu menarik balik kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Jasin berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.



No comments: