Monday, 20 August 2012

KISAH ANWAR IBRAHIM DAN LINGKARANNYA BERSAMA JESUIT, FREEMASON DAN NEW WORLD ORDER


Seorang pembaca AIDC meminta disiarkan semula tulisan ‘Angela’ berkenaan lingkaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jesuit, Freemason dan New World Order (NWO) yang pernah disiarkan di sini.
“Perkara ini penting untuk memahami apa yang didedahkan oleh Datuk Ibrahim Ali dalam Utusan Malaysia hari ini.
“Nanti orang keliru dengan mengatakan Anwar hanya terlibat dengan Freemason (zionis), sedangkan Anwar juga terlibat dengan Jesuit (Kumpulan Jesus). Kombinasi kedua organisasi rahsia dihampiri Anwar untuk mencari pengaruh demi mencapai cita-citanya” katanya.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dalam pendedahannya berkata, beliau terkejut apabila mendapati nama Anwar Ibrahim disenaraikan dalam laman web organisasi freemason, Civil Service Lodge No. 148.
Beliau turut meminta Anwar tampil ke hadapan untuk mengesahkan atau menafikan kebenaran dakwaan laman freemason tersebut.
Untuk tidak menghampakan permintaan pembaca itu, maka kami siarkan semula beberapa tulisan Angela yang telah dikompilasi dan disunting semula oleh AIDC.
Anwar Ibrahim : Jaringan Jesuit, Freemason & New World Order


OPS SELAMAT : 46 PEMANDU BAS EKSPRESS POSITIF DADAH...!!!

gambar hiasan

KOTA BAHARU - Seramai 46 pemandu bas ekspres yang diperiksa dalam Op Selamat, disahkan positif dadah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata, pengesanan itu dilakukan melalui ujian saringan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 32 terminal bas yang diperiksa di seluruh negara dalam tempoh 12 Ogos hingga Jumaat lalu.

"Kami akan mendapat laporan daripada AADK sebelum mengambil tindakan mengikut peraturan terhadap pemandu terbabit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.

Beliau berkata, JPJ akan sentiasa membuat pemantauan di semua terminal bas ekspres di seluruh negara bagi memastikan pengusaha pengangkutan awam itu mematuhi peraturan yang ditetapkan terutama dalam tempoh Op Selamat yang bermula 12 Ogos dan berakhir 26 Ogos. - BERNAMA

Saturday, 18 August 2012

SALAM AIDIL FITRI 1433 H / 2012


dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa

YA ALLAH.....
ramadhan yang mulia telah meninggalkan pergi....
ampunkanlah dosa-dosa kami dan terimalah segala sedekah dan amalan kami yang telah dilakukan..
berilah kami kesempatan lagi utk menyambut nikmat ramadhan yang akan datang...

SALAM AIDIL FITRI 
UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BICARA PERJUANGAN YANG SANGAT DIHARGAI...
SEMOGA KITA SEMUA AKAN SENTIASA MENDAPAT BERKAT DAN HIDAYAH DARI ALLAH SWT....

ukhuwah yang terbina ini bagai seutas tasbih...
tiada awal tiada penghujungnya...
dicipta utk mengingati Yang Maha Esa..
di ratib demi mencari keredhaanNya....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS... MAAF ZAHIR DAN BATIN
 SYAWAL 1433 H

KARPAL : USTAZ NASHA HANYALAH IKAN BILIS DALAM PAS....

Karpal Saman Nasharudin

Isu Hudud: Karpal Saman Nasharudin

KUALA LUMPUR – Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.
“Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sebuah akhbar pada Jumaat melaporkan bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang ‘menentang Islam’.
Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, “Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam”.
Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS.
Nasharudin, katanya, kini hanyalah ‘ikan bilis’ dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.
“Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin,” katanya. – BERNAMA

Friday, 17 August 2012

2014 FIFA World Cup Brazil ™ | Adidas Usulkan 3 Nama Bola Piala Dunia 2014


Setelah beberapa waktu yang lalu FIFA mengumumkan slogan rasmi yang akan digunakan di Piala Dunia 2014 di Brasil. Slogan tersebut berbunyi "All in one rhythm", yang bila diertikan menjadi "Semua dalam satu irama".




Kini Adidas telah mengumumkan daftar nama untuk dipakai sebagai nama bola Piala Dunia 2014 dan perusahaan itu meminta para fans untuk memberikan suara mereka dalam memilih nama-nama Brasil klasik ini.

Ketiga nama tersebut berasal dari bahasa Portugal dan semuanya bersifat feminin yang mengkonfirmasi stereotip bangsa Brasil yang mengidentikkan bola sebagai wanita yang harus dibelai dan dirawat.

Salah satu nama yang menjadi finalis adalah Carnavalesca, satu kata yang menggambarkan seseorang yang merencanakan atau berpartisipasi dalam perayaan karnaval yang semarak di negara itu.

Nama lainnya adalah Bossa Nova, yang merujuk kepada genre musik samba-jazz yang dipopulerkan di Rio de Janeiro pada akhir 1950-an dan 1960-an.

Yang terakhir adalah Brazuca yang merupakan kata slang yang lucu bagi penduduk asli Brasil yang menurut Adidas menggambarkan kebebasan di negara itu.

Perusahaan alat-alat olahraga yang menjadi sponsor Piala Dunia ini memberikan kesempatan kepada para fans untuk memberikan suaranya untuk memilih salah satu dari ketiga nama tersebut di situs mereka yang berbahasa Brasil di www.adidas.com.br/nome-da-bola-2014.

Konsep pemberian nama buat bola yang digunakan di Piala Dunia telah dimulai di Meksiko pada 1970 dengan nama Telstar. Di antara nama-nama bola yang paling banyak dikenang adalah Tango di Argentina pada 1978, Azteca di Meksiko pada 1986 dan Jabulani di Afrika Selatan pada 2010.

Adidas mengumumkan proses pemungutan suara ini akan ditutup pada 2 September 2012.

BEKAS PEMAIN RAGBI BRITAIN FAILKAN KES 'UNTUK MATI' TETAPI KALAH

Bekas pemain ragbi Britain kalah kes 'untuk mati'
Tony Nicklinson kelihatan menangis apabila mengetahui keputusan mahkamah menolak permohonannya. - Foto ihsan irishtimes.com


Bekas pemain ragbi Britain kalah kes 'untuk mati' 
Tony Nicklinson yang memfailkan permohonan untuk menamatkan hidupnya. - Foto ihsan CNN


LONDON - Seorang lelaki British, yang lumpuh dari leher hingga ke bahagian bawah ekoran strok tujuh tahun lalu, kalah dalam permohonan untuk mendapatkan hak untuk mengakhiri hidupnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi London menolak permohonan yang dibuat oleh Tony Nicklinson, 58, untuk 'mati' mengikut masa dan tarikh pilihannya.

Dia memohon hak dari segi perundangan untuk mendapatkan seorang doktor yang boleh menamatkan nyawanya tanpa pegawai perubatan yang bakal dipilihnya itu dikenakan didakwa.

Laporan CNN menyebut bahawa sejak mengalami strok pada 2005, Nicklinson, seorang bekas pemain ragbi, berhadapan dengan sindrom 'locked-in'.

Sindrom 'locked-in' merujuk kepada satu keadaan di mana seorang pesakit sedar dan terjaga tetapi tidak boleh bergerak atau berinteraksi secara lisan ekoran keadaan lumpuh penuh yang dialaminya.

Mahkamah juga menolak kes yang serupa dibawa oleh seorang lagi lelaki yang berhadapan dengan sindrom 'locked-in'. Pemohon kedua itu hanya dikenali sebagai Martin, berusia 47 tahun.

"Mahkamah iktiraf kes-kes yang bersangkutan dengan isu-isu etika, sosial dan perundangan yang sukar, tetapi mendapati bahawa sebarang pindaan ke atas undang-undang menjadi urusan Parlimen untuk putuskan," kata kenyataan mahkamah.

Tiga hakim yang mendengar kedua-dua kes itu menyifatkan situasi dialami mereka sebagai sesuatu yang "tragis."

Keputusan itu mengecewakan Nicklinson, yang menitiskan air mata.

Isterinya, Jane memberitahu media bahwa keluargarnya "sangat kecewa" dan akan memfailkan rayuan.

"Anda boleh lihat sendiri reaksi Tony yang sangat kecewa," kata Jane dipetik portal irishtimes.com.

Dalam kenyataan dibuat menerusi komputernya, Nicklinson berkata: "Itu bukan keputusan yang saya harapkan. Ia sama sekali (sesuatu yang) saya tidak menjangkakan."

"Hakim, seperti juga ahli politik, adalah pihak yang bergembira apabila mereka dapat mengelak daripada berhadapan dengan isu-isu yang sebenar. "Penghakiman ini bukan sesuatu yang terkecuali (daripada hakikat sebenar)," katanya lagi.

Dia seterusnya menulis, "saya percaya pasukan guaman saya yang bertindak bagi pihak saya bersedia untuk berjuang habis-habisan, tetapi malangnya bagi saya, ini satu lagi situasi fizikal yang tidak selesa bagi diri saya."

Anak-anak perempuannya menulis menerusi Twitter menggesa orang ramai memulakan petisyen menyokong hak untuk mati dengan penuh maruah.

Dalam tempoh  beberapa jam seramai lebih 2,200 orang melahirkan sokongan kepadanya.

Jane berkata, suaminya tidak berhasrat untuk ke Switzerland, negara yang ada undang-undang bunuh diri.

Katanya, selain mahal, dia berpandangan bahawa suaminya tidak harus ke luar negara untuk menamatkan hidupnya.

JARI TANGAN DIPOTONG KERANA LANJUTKAN PELAJARAN TANPA IZIN SUAMI

Hawa Akther Jui, si isteri yang dipotong jarinya kerana meneruskan pengajian.

Demi mengejar impian melanjutkan pelajaran ke universiti, Hawa Akther Jui, wanita dari Bangladesh, rela kehilangan Jari Tangan.

Remaja tersebut, Akhter yang masih berusia 21 tahun, kehilangan jari tangannya kerana dipotong oleh suaminya, Rafiqul Islam 30 tahun.  Suami Akhter  marah kerana Akther tidak mendapatkan izinnya terlebih dahulu ketika ingin melanjutkan pelajarannya. Persitiwa itu terjadi setelah Rafiqul, baru saja kembali dari Emiriah Arab. Rafiqul memang bekerja di SANA sebagai buruh Berhijrah.

Menurut Akhter suaminya tidak berpendidikan, dan tidak menyetujui Dirinya membuat pendaftaran di sebuah Perguruan Tinggi untuk pengajian yang lebih tinggi. Melalui telefon, Suami Akhter pernah memperingatkan Dirinya akan ada sesuatu yang buruk Jika ia membantah kemahuannya.

“Setelah ia kembali ke Bangladesh, ia mengatakan ingin berbincang dengan saya. Tiba-tiba, ia menutup mata saya dan tangan saya diikat. Ia juga menutup mulutku menggunakan lakban, dan mengatakan ia akan memberi saya beberapa Hadiah kejutan. Tetapi, dia malah memotong Jari -Jari saya, “kata Akther.

Jari Tangan Dipotong Kerana Lanjutkan Pelajaran
Rafiqul Islam, si suami yang memotong jari isterinya.

Jari Akhter yang sudah terpotong sebenarnya masih boleh disambung kembali. Namun, suaminya yang terlalu marah bukan sahaja tidak memberikan rawatan perubatan malah Rafiqul telah membuang jari isteri-nya ke tempat sampah.

“Doktor mengatakan jari saya boleh kembali disambung dalam tempoh enam jam, tapi ia menolak untuk memberikan jari tersebut kepada  mereka. Setelah itu, suami saya melemparkan jari di tempat sampah. Saya akhirnya pulih tetapi kata mereka (doktor) sudah terlambat,” kata Akther, yang dalam masa pemulihannya di rumah orang tuannya.

Setelah peristiwa itu, Akther menyatakan sudah tidak mahu lagi hidup bersama dengan suaminya, yang kini dalam tahanan polis.

Pihak Polis yang mengendalikan kes tersebut, ARM Al-Mamun, mengatakan pihaknya dalam siasatan awal mendapati fakta bahawa serangan tersebut dirancang.

“Dia [suami] mengaku memotong jari isterinya. Kami akan melakukan tindakan,” kata Al-Mamum. Sementara itu kumpulan hak asasi manusia di Bangladesh, meminta kepada penguatkuasa undang-undang untuk menghukum Rafiqul seberat-beratnya.