Monday, 20 August 2012

OPS SELAMAT : 46 PEMANDU BAS EKSPRESS POSITIF DADAH...!!!

gambar hiasan

KOTA BAHARU - Seramai 46 pemandu bas ekspres yang diperiksa dalam Op Selamat, disahkan positif dadah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata, pengesanan itu dilakukan melalui ujian saringan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 32 terminal bas yang diperiksa di seluruh negara dalam tempoh 12 Ogos hingga Jumaat lalu.

"Kami akan mendapat laporan daripada AADK sebelum mengambil tindakan mengikut peraturan terhadap pemandu terbabit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.

Beliau berkata, JPJ akan sentiasa membuat pemantauan di semua terminal bas ekspres di seluruh negara bagi memastikan pengusaha pengangkutan awam itu mematuhi peraturan yang ditetapkan terutama dalam tempoh Op Selamat yang bermula 12 Ogos dan berakhir 26 Ogos. - BERNAMA

Post a Comment