Monday, 6 August 2012

STRATEGI MEMAKAN DIRI..


Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.
Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

TEWAS....TAPI TETAP SEKALUNG TAHNIAH BUAT DATUK LEE CHONG WEI


APAPUN..... Teman tetap nak ucap tahniah kepada Datuk LCW yang cuma berjaya membawa pulang pingat perak Olimpik London 2012 bagi acara badminton.  Sebenarnya di WEMBLEY Arena itu, beliau telah cuba sedaya upaya dan berhempas pulas untuk menebus kekalahan di acara yang sama 4 tahun lalu di Beijing.... Mungkin di Olimpik Beijing 2008, musuh tradisi beliau, Lin Dan punya kelebihan selaku tuan rumah....tetapi semalam ternyata Lin Dan memang sukar ditandingi oleh beliau.... Beliau akur bahawa beliau adalah kedua terbaik selepas Lin Dan.

Selepas tewas di Kejohanan Dunia tahun lalu di gelanggang sama, kekalahan 21-15, 10-21, 19-21 di final perseorangan lelaki Olimpik itu bagaikan ulangan skrip buat Chong Wei apabila tewas buat kali kedua berturut-turut selepas Beijing empat tahun lalu.

Kekalahan itu juga bermakna Chong Wei tidak berpeluang menebusnya kerana dia dan Lin Dan menjadikan London sebagai Olimpik terakhir mereka.

Lebih malang, turut sama terkubur adalah impian jutaan rakyat Malaysia yang mahu menyaksikan sejarah tercipta.

“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal memberikan mereka emas. Saya tahu ramai yang kecewa tapi saya sudah cuba sebaik mungkin. Saya tidak kesal dengan kekalahan ini, mungkin memang ditakdirkan saya hanya boleh menang perak kerana Lin Dan memang terlalu handal.

“Dalam dunia ini hanya satu Lin Dan dan Lin Dan itulah yang mengalahkan saya. Tapi saya gembira kerana Lin Dan membuatkan saya bekerja keras untuk sampai ke peringkat ini dan saya percaya dia juga gembira kerana saya membuatkannya bekerja keras untuk emas,” katanya.


SEDIH...Chong Wei tidak dapat menahan kekecewaan semasa majlis penyampaian pingat, malam tadi.



BIARPUN TEWAS..... TEMAN TETAP GEMBIRA DENGAN PINGAT PERAK YANG TERKALUNG DI LEHERNYA....MALAHAN TEMAN JUGA TURUT GEMBIRA BILA BELIAU SUDAH PUN BERTEMU DENGAN GADIS IDAMAN HATINYA....

Tahniah teman ucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei yang akan kahwin dengan Wong Mew Choo pada tahun 2013 depan. Kalau anda semua nak tahu, pasangan atau bakal isteri Chong Wei juga adalah ahli sukan negara. Dalam diam-diam, beliau dah merancang untuk mendirikan rumah tangga tak lama lagi.



Menurutnya, beliau akan membuat sidang akhbar mengenai perkara itu selepas pulang daripada Sukan Olimpik di London nanti.

“Pasangan saya adalah ahli sukan dan wartawan mungkin tahu orang itu,” katanya selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).

KISAH TAUKEH KURMA YUSUF TAIYOOB

Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk




LELAKI TERJUN PESAWAT AIRASIA NAMPAK HANTU...


BERITA SEBELUM.... LIHAT DI SINI

MIRI - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

RUMAH MENDIANG A.LOGANATHAN (ALLEYCATS) MUSNAH TERBAKAR



GEORGETOWN: Tingkat atas rumah dua tingkat penyanyi Alleycats, mendiang Datuk A. Loganathan di Jalan Azyze Tanjung Bungah di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Balu mendiang, Datin Susan Loganathan, 56, berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, beliau dan adik lelakinya sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dan melihat kepulan asap di tingkat atas kediamannya. 

"Saya hanya tinggal berdua dengan adik saya, Kevin Jonathan Boudville, 46, dan sebaik sahaja melihat asap itu itu kami segera mencapai dokumen penting dan terus keluar dari rumah," katanya kepada pemberita.

Beliau yang mengalami kecederaan ringan pada tangan dan sedikit rambutnya terbakar, berkata tingkat atas kediamannya yang menempatkan koleksi piring hitam nyanyian mendiang suaminya sejak tahun 1980-an dan pelbagai barangan berharga seperti barang kemas serta wang tunai hangus dijilat api.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana kenangan bersama suaminya seperti gambar kenangan, trofi dan pelbagai anugerah mendiang yang diletak di tingkat bawah tidak terjejas.

Abang mendiang, Datuk A. David yang turut melawat lokasi kejadian berkata kali terakhir beliau berkunjung ke rumah adiknya pada tahun lepas.

"Sudah 12 tahun mereka menyewa di sini dan rumah itu menyimpan pelbagai kenangan berharga adik saya," katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bagan, Jermal, A. Ravi, berkata sebanyak 29 anggota bomba dan enam jentera dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima laporan pada pukul 11.18 pagi.

"Bomba turut menyelamatkan tiga ekor anjing yang terperangkap dalam kebakaran dan api merebak sedikit ke rumah jiran namun dapat dikawal sepenuhnya dalam tempoh 15 minit," katanya.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Sunday, 5 August 2012

PENCACAI PR SEDANG SEMBUNYIKAN SESUATU....???


Pencacai Pakatan Rakyat mempertikaikan gaji Tan Sri Rozali Ismail yang di dakwa mereka sebanyak RM 425,000.00 sebulan.
Mereka cuba mengaitkan Syabas dengan Barisan Nasional, kononnya Syabas ni GLC di bawah Kerajaan Barisan Nasional la kiranya…
Tapi hakikatnya… Kerajaan Negeri Selangor juga turut mempunyai PEGANGAN SAHAM dalam SYABAS…
Saham kapital yang dibenarkan untuk SYABAS adalah RM100,000,000.00 mengandungi 93,449,999 saham biasa RM1.00 setiap satu, satu (1) saham emas RM1.00 655,000,000 redeemable cumulative preference shares (“RPS”) bagi RM0.01 setiap satu, manakala saham kapital berbayar bagi SYABAS adalah RM71,550,001.00 mengandungi 65,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu, 655,000,000 RPS bagi RM0.01 setiap satu dan satu (1) saham emas RM1.00. Pemegang saham SYABAS adalah Puncak Niaga Holdings Berhad (“PNHB”) yang memegang 70% jumlah saham ekuiti di dalam SYABAS, 15% pemegang ekuiti dipegang oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”) dan baki 15% dipegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“KPS”). Kerajaan Persekutuan (“Kerajaan”) menerusi kementerian kewangan Kementerian Kewangan Berhad (“MOF”) memegang (1) pemegang emas di SYABAS.
Malah Tan Sri Rozali BUKAN CEO SYABAS… Tetapi CEO Puncak Niaga Holdings… SYABAS hanyalah anak syarikat kepada Puncak Niaga Holdings… Tan Sri Rozali juga merupakan PENGASAS kepada PUNCAK NIAGA HOLDINGS… Maka sebagai bos dalam syarikat yang diasasnya sendiri… Ikut suka dia lah nak gaji berapa… Maka tak timbul soal ‘kroni’ di sini…
Lain pula dengan PKNS… Yang mana gaji sebulan bos PKNS berjumlah RM 760,000. Itu gaji tahun 2010… Belum gaji 2012 lagi…
Kerajaan Selangor bayar lebih tinggi berbanding pendapatan diterima PM
SHAH ALAM: Gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun selain pembayaran RM7,000 kepada syarikat perunding bagi menyediakan teks ucapan pengurus besar, ditimbulkan pada perbahasan Bajet Selangor 2012.
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2012, berkata beliau mempersoalkan pembayaran itu kerana badan berkanun berkenaan gagal membina kediaman mampu dimiliki rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.
Beliau berkata, pembayaran gaji dan bonus itu seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan tidak terkawal berbanding prestasi PKNS.
“Berdasarkan perangkaan pada 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus berjumlah RM640,000 manakala pada 2010 pula menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000.
“Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.
Berbeza dengan Puncak Niaga, PKNS adalah milik penuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan… Agak menghairankan apabila gaji bos PKNS melebihi gaji yang diterima oleh PM dan Menteri Besar Selangor sendiri… Bos PKNS dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor… Maka soal ‘kroni’ boleh timbul di sini…
Jadi, kepada pencacai Pakatan Rakyat, korang nak pusing apa lagi?? Dah terang lagi bersuluh…
Sumber :  CYWARPUTRAJAYA

5 BERANAK BERHIMPIT DI RUMAH USANG.....

Gambar hiasan..... sebuah rumah sempit di Jepun.

RANTAU PANJANG: Lima beranak hanya mampu tidur beralaskan tikar getah dan berhimpit di ruang tamu memandangkan rumah yang didiami sejak 17 tahun tidak mempunyai bilik tidur.

Pasangan suami isteri, Abdullah Yah, 39, dan isterinya, Fatimah Mat Hassan, 49, hidup dalam kemiskinan, menyebabkan mereka tidak mampu untuk membaik pulih rumah di Kampung Kubang Puyuh, di sini.

Tiga anak mereka berusia 18 hingga 14 tahun terpaksa dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan dua daripadanya masih meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periuk.


Menurut Abdullah, dia mempunyai pendapatan tidak menentu dan hanya melakukan kerja kampung yang cukup untuk digunakan bagi makan dan minum sekeluarga.

“Rumah ini didirikan atas tanah mentua yang diserahkan kepada isteri. Ini saja rumah yang mampu saya sediakan untuk keluarga berteduh dan ia semakin usang.


“Saya tidak mampu mengeluarkan wang bagi membaik pulih rumah kerana pendapatan sekadar cukup untuk menyara keluarga,” katanya.

Tinjauan Harian Metro ke rumah itu semalam, mendapati keadaan rumah keluarga terbabit terlalu sempit untuk didiami dan hanya mempunyai ruang tamu serta dapur.

Keluarga terbabit juga terpaksa tidur beralaskan lantai papan kerana tidak mampu membeli tilam.

Abdullah berkata, dia sedar sememangnya tidak sesuai bagi dua anak lelaki dan perempuannya untuk tidur di satu ruang sama, namun mereka tiada pilihan lain.

Katanya, selain masalah rumah, dia runsing mengenai keadaan kesihatan isteri yang menghidap penyakit kencing manis dan perlu mendapatkan rawatan susulan setiap bulan.


“Isteri saya perlu mengambil suntikan sebanyak dua kali disebabkan penyakit kencing manis dialami selepas melahirkan anak bongsu.


“Mengenai rumah, saya memohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan berharap ia dapat dipertimbangkan supaya dapat tinggal dalam rumah lebih selesa,” katanya.



sumber : myMetro