MELEPASI 40 hari kehilangan pesawat MH370, misteri masih belum terungkai. Apa sahaja petunjuk malah objek yang ditemui pun, pada akhirnya tetap dinafikan ianya dari pesawat jumbo Boeing 777-200ER yang hilang ketika penerbangan dari KLIA - Beijing, China pada 8 Mac lalu. Menjadi persoalan, di manakah pesawat itu sebenarnya? Apakah yang terjadi kepada semua penumpang dan krew di dalam pesawat tersebut. Tersangat MISTERI dan paling ANEH di dunia !!! Yang kita lebih ingin tahu ialah.... Apa yang terjadi semasa sessi pertemuan tertutup selama 2 jam di antara waris mangsa MH370 dan Kementerian luar serta pihak berkuasa di dalam bilik khas di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ahad 20/4/2014 ???