Tuesday, 8 January 2013

( VIDEO ) ISTIMEWA UNTUK PEROKOK TEGAR.....

Masuk tahun baru, pastinya ramai yang berazam dengan macam-macam azam yang disematkan dalam jiwa yang pastinya azam untuk berubah menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Untuk kali ini teman hanya nak fokus kepada kawan-kawan teman yang merupakan PEROKOK TEGAR. Teman percaya, ramai di antara mereka yang pernah berazam bukan sekali malah berpuluh-puluh kali hatta beratus-ratus kali untuk berhenti merokok, tapi tak jugak berhenti-henti.... keadaan tetap macam biasa. Mula-mula tanamkan azam, bukan main lagi... tapi paling lama tak sampai 10 jam, iman pun goyang bila bertemu kawan-kawan melepak yang seangkatan sebelumnya..... maka, azam pun tinggal azam je lah....


Berikut teman bawakan video eksperimen kandungan tar di dalam rokok. Mungkin anda tidak tahu bagaimana rupa tar yang masuk directly ke dalam paru-paru anda... Jom kita sama-sama tengok....




Masih nak teruskan kecanduan anda terhadap rokok.... lantak korang laa... jangan nanti korang kata teman tak nasihatkan pulak... Cuma fikir-fikirlah. Dah berketul-ketul tar dalam badan korang tu.... boleh bina lebuhraya rasanya...!!!

SUDAH-SUDAH LA TU, ANWAR....!!!


Sudah-sudahlah Anwar.

Janganlah nak kacau dan cari gaduh lagi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang Dr Mahathir tidak buat untuk menaikkannya. Daripada menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO hinggalah Timbalan Perdana Menteri.

Ramai kawan-kawan Dr Mahathir, termasuk Tun Musa Hitam, Tan Sri Sanusi Junid, pernah berkecil hati dengan beliau kerana melebihi Anwar dalam banyak perkara.

Malah, suatu ketika Dr Mahathir boleh memarahi ‘orang yang beliau sayangi’ kerana Anwar, khsususnya ketika surat Umi Hafilda mula berlegar di kalangan pemimpin UMNO.

Saya juga antara orang pertama yang menerima salinan surat berkenaan! Saya pernah menulis dalam satu kolum di akhbar Harian Watan mengenai perkara ini yang menyebabkan Datuk Mohd Najib Razak (kini Datuk Seri) yang ketika itu Menteri Pelajaran berang dengan saya.

( FOTO ) AKSI LIAR JULIA PEREZ KETIKA MABUK.....!!!

Julia Perez beberapa ketika dulu pernah tampil dalam sebuah show di kelab malam Hugo's Cafe, di Surabaya.  Sebelum show bermula......Lihat gambar beliau menonggang minuman keras dengan 'rakus'..!!!

TARIAN TIANG ADALAH SEJENIS SUKAN....???


‘Banyak-banyak benda, macam mana boleh terfikir tarian tiang?’ Memang itu soalan lazim apabila orang tahu hobi saya yang lain daripada yang lain.
Tidak dinafikan tarian ini yang juga disebut pole fitness (kecergasan menggunakan tiang) sarat de–ngan stigma dan persepsi negatif, bukan saja di sini malah di negara Barat yang kononnya lebih terbuka pemikiran mereka. 
Namun ramai tidak tahu sebenarnya ia bukan mudah dipelajari. Bukan senang membuat pergerakan tarian ala akrobatik rumit kerana bukan saja memerlukan kekuatan teras, sebaliknya fleksibiliti dan stamina juga penting untuk menghasil–kan tarian yang baik selain menguatkan serta membentuk otot.

CHE'GUBARD YANG BANGANG.......!!!


Marah benar Chegu Bard semalam bila TV3 melaporkan tentang “kesilapan teknikal” pada sistem undi Jawatankuasa Eksekutif DAP Kebangsaan (CEC) di mana tiada seorang pun yang terpilih itu bebangsa Melayu tulen.

Meroyan di laman Twitter, Chegu Bard meluahkan ketidakpuasan hatinya mempertikaikan laporan tersebut yang mengatakan tiada seorang Melayu pun yang menang melainkan secara “ehsan” yang dilantik sahaja.

Chegu Bard berhujah, tiada siapa pun yang sedar bahawa tiada seorang pun ahli yang berbangsa Melayu di dalam MCA atau MIC!



“Tv3 heboh tak ada melayu menang j/kuasa pusat DAP, hanya bg lantikan kemudian tp dlm mca atau mic ahli melayu pun xada depa tak sedar  ” – Chegu Bard PKR, 6hb Jan 2013 – Twitter

BALING SERBUK CILI SEBELUM BELASAH POLIS UNTUK LARIKAN DIRI.....


BUTTERWORTH : Sekumpulan tahanan dalam perjalanan dari Penjara Reman Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth, melarikan sebuah van polis selepas membelasah empat anggota polis pengiring di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth berhampiran susur keluar ke Pantai Bersih di sini, pagi ini (semalam).  

TARIAN SEKSI DI MAJLIS IPD....???


Apa sudah jadi....?
Bagaimana tarian/aksi sebegini boleh dipersembahkan pada Majlis Malam Mesra " Sekalung Budi, Segunung Intan " Jabatan Siasatan Jenayah, IPPD Shah Alam pada 4 Januari yang lepas??



Walaupun penjelasan ringkas sudah dibuat oleh Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah menerusi Facebooknya..Namun penjelasan itu tidak cukup untuk membuatkan puak-puak yang ingin memburukkan imej pihak PDRM menyebarkan persepsi yang buruk terhadap pihak PDRM...






Harap penganjur Majlis Malam Mesra " Sekalung Budi, Segunung Intan " Jabatan Siasatan Jenayah, IPPD Shah Alam mempunyai penjelasan yang sewajarnya...DI SINI

BP : Di kala pembangkang sedang memainkan isu-isu sensitif dengan hebatnya menjelang PRU 13 ini, harap semua pihak memberikan kerjasama agar tidak memberikan 'peluru hidup' kepada puak-puak yang sentiasa mencari salah kerajaan walaupun sebesar zarah!!!