‘Banyak-banyak benda, macam mana boleh terfikir tarian tiang?’ Memang itu soalan lazim apabila orang tahu hobi saya yang lain daripada yang lain.
Tidak dinafikan tarian ini yang juga disebut pole fitness (kecergasan menggunakan tiang) sarat de–ngan stigma dan persepsi negatif, bukan saja di sini malah di negara Barat yang kononnya lebih terbuka pemikiran mereka.
Namun ramai tidak tahu sebenarnya ia bukan mudah dipelajari. Bukan senang membuat pergerakan tarian ala akrobatik rumit kerana bukan saja memerlukan kekuatan teras, sebaliknya fleksibiliti dan stamina juga penting untuk menghasil–kan tarian yang baik selain menguatkan serta membentuk otot.
Pertama sekali, buang–kan bayangan wanita berpakaian seksi menggesel tiang di kelab malam dipenuhi lelaki. Kalau setakat itu, sesiapa pun boleh buat. Percayalah, apa kami lakukan ini tiada kaitan sama sekali.
Ramai kalangan kami terdiri daripada golongan profesional dan tidak kurang juga yang bergelar ibu. Bagi kami yang memilihnya sebagai kaedah menyihatkan badan, kepuasannya tidak dapat digambarkan.
Setiap pergerakan ada gelarannya dan ada jugalah sakitnya. Payah juga menghafal terutama apabila sudah lama tidak dipraktikkan. Setiap satu daripadanya memberi kesan berbeza pada anggota badan, tidak kiralah yang mudah atau sukar dilakukan.
Secara am, satu sesi mengambil antara satu hingga satu jam setengah termasuk memanaskan badan serta menyejukkan badan selama 10 minit pada awal serta akhir kelas.
Kemudian kami diajar pergerakan tarian mudah untuk menjadi penyambung pergerakan akrobatik lantas ‘memecah’ lelah memanjat dan melompat. Rutin tarian membuatkannya lebih menarik dan mudah diingati, selain merehatkan badan daripada terlalu banyak melakukan senaman sekali gus.
Satu rutin tarian mungkin mengambil masa sebulan atau sekadar sejam untuk dipelajari, bergantung kepada tahap kesukarannya.
Nampak senang dan sudah tentu seksi apabila meliang-liuk memanjat tiang, ditambah pula kami memang perlu memakai baju senteng untuk membolehkan kulit melekat pada tiang yang licin itu.
Secara am, satu sesi mengambil antara satu hingga satu jam setengah termasuk memanaskan badan serta menyejukkan badan selama 10 minit pada awal serta akhir kelas.
Kemudian kami diajar pergerakan tarian mudah untuk menjadi penyambung pergerakan akrobatik lantas ‘memecah’ lelah memanjat dan melompat. Rutin tarian membuatkannya lebih menarik dan mudah diingati, selain merehatkan badan daripada terlalu banyak melakukan senaman sekali gus.
Satu rutin tarian mungkin mengambil masa sebulan atau sekadar sejam untuk dipelajari, bergantung kepada tahap kesukarannya.
Nampak senang dan sudah tentu seksi apabila meliang-liuk memanjat tiang, ditambah pula kami memang perlu memakai baju senteng untuk membolehkan kulit melekat pada tiang yang licin itu.
Full-bracket Aerial Hold, memerlukan kekuatan lengan, bahu dan perut.
Namun jangan terpedaya, kalau tidak lebam atau berbekas selepas kelas, memang tidak sah. Tidak hairanlah tarian tiang dikategorikan sukan ekstrem malah ada usaha menjadikannya acara Olimpik satu hari nanti.
Percaya atau tidak, tarian ini juga tidak terhad untuk wanita saja malah lelaki juga mempelajarinya digabungkan dengan rentak tari lebih sesuai dengan kekuatan badan lelaki.
Sesekali kami juga diminta membuat persembahan dalam kalangan pelajar. Acara yang biasanya diadakan secara tertutup sebenarnya cara halus untuk membuatkan pelajar lebih yakin menari di khalayak umum, sekali gus meningkatkan keyakinan diri kami.
Malah, rakan saya pernah mengakui dia kini tidak lagi takut persepsi orang sekiranya pakaian dikenakan menampakkannya lebih berisi. Mungkin apabila sudah biasa bergayut pada tiang dengan ha–nya sebelah kaki manakala kepala menghadap lantai, rasa malu seperti itu secara automatik tak wujud lagi kerana kami menjadi yakin dengan diri serta keupayaan sendiri. Setakat nampak debab, apalah sangat.
Persepsi negatif tidak mungkin dapat dibuang namun hakikatnya jika anda mahu sihat tetapi tidak meminati gimnasium atau sukan lain, ini memang alternatif yang sesuai. Asal berani mencuba, semuanya boleh!
‘Ini bukan calang-calang sukan’
Kardah akrobatik yang lebih dominan menjadi kelebihan tarian tiang
berbanding yang lain. Ini sekali gus memaksa otot bahagian badan lain terutama perut, lengan serta belakang lebih aktif untuk menyokong berat badan penarinya.
Hos Body Blaze Life Inspired, Emily Tan berkata, perkara itu membezakan corak tarian ini dengan salsa atau tarian gelek contohnya, berikutan kaki penarinya tidak semestinya menjejak lantai.
“Ia jauh lebih akrobatik dan disebabkan itu kami lebih cenderung meng–gelarkannya pole fitness bukan sekadar tarian tiang. Secara tidak langsung gelaran itu membuka persepsi mereka yang mendengar.
“Disebabkan itu juga ia sesuai untuk lelaki dan wanita kerana menyasarkan kawasan bermasalah pada setiap individu.
“Anda tidak perlukan sebarang pengalaman tarian, malah saya sendiri juga sekadar mempunyai pengalaman balet setahun ketika berusia 12 tahun. Namun, jika punya minat dan keberanian, tarian ini tidak sukar dipelajari malah tiada juga had umur.
“Malah semakin kita matang, otot dan anggota badan kita semakin mampu tahan dibentuk, bererti usia memang bukan penghalang.
“Kecederaan juga boleh berlaku tetapi asalkan anda tahu bagaimana mengawal imbangan dan mempunyai guru bertauliah, anda boleh mengelak kecederaan serius,” katanya.
Dia yang juga Pengarah Latihan Pole Fitness Viva Vertical Malaysia percaya, ia layak menjadi acara sukan Olimpik satu hari nanti.
“Kalau balet air atau acara seperti curling boleh diterima sebagai acara Olimpik, mengapa tidak tarian ini yang amat memerlukan kekuatan dan fokus? Ramai sebenarnya tidak tahu ada penari tempatan termasuk lelaki pernah memenangi acara tarian tiang antarabangsa. Ini bukan calang-calang sukan,” tegasnya. Oleh Munira Yusoff (myMetro)
BAGAIMANA DENGAN TARIAN TIANG YANG INI......OPSSS!!!
No comments:
Post a Comment