Thursday, 30 August 2012

PERHIMPUNAN 'GABUNGAN JANJI DEMOKRASI' LANGGAR AKTA



SHAH ALAM – Polis hari ini menegaskan, perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang hendak diadakan di Dataran Merdeka malam ini, menjelang sambutan Hari Kemerdekaan esok, bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata, ia melanggar akta itu kerana gagal memberi pemberitahuan, tidak memperoleh persetujuan daripada pemunya Dataran Merdeka iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut Hari Kemerdekaan esok.

Zainuddin memaklumkan pendirian polis itu menerusi satu surat bertarikh hari ini, yang dialamatkan kepda Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah.

"Saya ingin memaklumkan bahawa perhimpunan Gabungan Janji Demokrasi yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos (hari ini) antara jam 10 malam dan 12 tengah malam, adalah satu perhimpunan yang bertentangan dengan undang-undang (Akta Perhimpunan Aman)," katanya.

Bagaimanapun surat itu tidak menyebut tindakan bakal diambil pihak polis jika penganjur meneruskan rancangan mereka.

Perhimpunan itu dijadual untuk diadakan dari 10 malam hingga 12 tengah malam.

Sementara itu, Maria Chin ketika dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan menerima surat daripada pihak polis pada jam 2.30 petang tadi.

Mengulas perkara itu, beliau berkata, pihak Gabungan Janji tidak mahu sebarang konfrontasi dengan pihak berkuasa.

Menurut Maria, jika dihalang memasuki Dataran Merdeka, pihaknya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja dalam di ibu negara.

"Kami tidak mahu sebarang konfrontasi dengan pihak polis. Jika kami tidak dibenarkan masuk atau Dataran Merdeka dikepung, kami akan cari tempat lain.

"Apa-apa tempat di Kuala Lumpur yang boleh kami sambut merdeka. Tak kira padang, stesen LRT atau kedai kopi. Yang penting sambutan itu," katanya.

Tetapi beliau mempersoalkan tindakan pihak berkuasa.

"Kenapa kami perlu dapatkan kebenaran daripada pihak polis? Sedangkan setiap tahun rakyat Malaysia menyambut ambang merdeka.

Kalau begitu, setiap rakyat perlu dapatkan kebenaran sebelum berkumpul untuk menyambut merdeka?” katanya lagi.

Beliau mengulangi pendirian pihaknya bahawa Gabungan Janji Bersih menganjurkan sambutan bukannya mengadakan perhimpunan.

Tambahnya: "Ini bukan perhimpunan. Ini cuma sambutan. Tiada ucapan, tiada perarakan, tiada kain rentang dan sebagainya cuma pakai simbol kuning."

Pada masa yang sama, sambutan malam ini turut akan menjadi medan bagi mereka meraikan hari raya dengan sebahagian peserta akan membawa kuih-muih.
Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai untuk tidak menyertai Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan malam ini kerana penganjurnya gagal mendapatkan kebenaran daripada DBKL.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kehadiran peserta juga boleh menjejaskan sambutan kemerdekaan yang akan diadakan esok.
"Kita menganggap tidak akan berlaku kekecohan tetapi sekiranya ada, kita akan mengenakan tindakan undang-undang yang sewajajarnya," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau turut menasihatkan penganjur untuk tidak merosakkan sambutan kemerdekaan kali ini dan bersama menyambutnya dengan aman.
Himpunan Janji Demokrasi juga dijadual diadakan di Melaka, Johor dan Perak.

Maria Chin
Maria Chin

SUSPEK SUMBANG MAHRAM, ADA 2 ISTERI, BENGANG DENGAN BLOGGER....!!!


Bekas calon PKR dalam PRU12 lalu dan tidak dikenali oleh Fuziah Saleh, Ahli Parlimen Kuantan, akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog atau media yang menyiarkan berita tentangnya, anak perempuan berusia 14 tahun yang dirogol dan telah melahirkan seorang bayi serta perbuatan rogol sumbang mahram.
Mohd Nor Jaafar, 59 tahun, yang mempunyai 2 orang isteri dan 11 orang anak yang berusia antara 6 hingga 31 tahun, telah ditahan oleh polis bersama-sama seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun setelah anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Cheras.
Bekas calon pilihanraya PKR itu yang sekarang menyertai Parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim menegaskan, dia hanya dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan. Dan sekarang dia telah dibebaskan. Sedangkan berdasarkan maklumat pula, dia dibebaskan dengan jaminan polis dan pihak berkuasa sekarang sedang melakukan ujian pateniti berdasarkan darah ketiga-tiga beranak itu.
Menurut suspek rogol sumbang mahram itu, dia telah diadili oleh blog dan keputusan bersalah, mendahului keputusan mahkamah. Disebabkan itulah, dia mahu menyaman mana-mana blog dan media massa yang menyiarkan berita tentang anak perempuannya yang bunting dan bersalin di sebuah hospital swasta di Cheras, Selangor.

AWAS!!! JIKA SUAMI ANDA ADALAH PEMAIN GOLF....!!!

Berikut teman muatkan pendedahan dari blog Mazidulakmal mengenai kegiatan sebahagian besar kedi-kedi wanita Indonesia yang bekerja di kelab-kelab golf tempatan pelbagai taraf.  Tujuan teman adalah untuk berkogsi dengan  para pembaca Bicara Perjuangan mengenai kegiatan-kegiatan 'gelap' yang kadang-kadang tidak pernah kita duga sama sekali berlaku di kalangan 'ahli-ahli sukan' tempatan yang kita sentiasa beranggapan bahawa mereka adalah 'sihat'.

Jika anda adalah seorang isteri yang mempunyai suami yang gemar bermain golf, samada di kelab-kelab golf tempatan mahupun luar negara (terutama Indonesia).....semoga pendedahan Mazidulakmal ini memberi pengetahuan yang sangat berguna untuk anda........


SIANG DI PADANG MALAM DI RANJANG (PENDEDAHAN EKSKLUSIF!) RATED 18 SX

Saya bukan pemain golf, mungkin kerana hati masih belum terbuka untuk terbabit dalam sukan ekskusif itu. Namun itu tidak bermaksud saya tidak bercampur gaul bersama pemain golf.

"Kebanyakkan pemain golf, businessman. Sekali main, green fees di antara RM200 dan RM300 ringgit. Kalau di kelab golf awam, bayaran lebih murah sedikit, kurang RM100 pun ada," ujar 'Izam', 39 tahun.

Izam, bukan nama sebenar, bekas kedi di kelab golf.

"Berapa ramai kedi tempatan di kelab ini?," tanya saya kepada rakannya, 'Halim'.

"Dahulu ada beberapa orang, sekarang tiada. Kedi  tempatan tidak suka terikat, mereka gemar dibayar gaji harian. Masalahnya, kekadang bila kelab memerlukan kedi, mereka tidak datang. Kedi Indonesia lebih mudah mengikut jadual ditetapkan oleh kelab. Mereka mula bertugas di negara kita, saya anggarkan lebih 15 tahun lalu," balas lelaki berusia 46 tahun itu. 

Justeru itu, banyak kelab golf di Malaysia, kini lebih cenderung menggajikan kedi gadis Indonesia. Bilangan mereka di antara 40 dan 120 orang di sesebuah kelab, dilaporkan memasuki Malaysia menggunakan visa sektor perkhidmatan.

"Kedi gadis Indonesia, di kelab golf saya bekerja dahulu pernah ditangkap mengadakan hubungan seks bersama pasangannya, lelaki Bangladesh di bumbung asrama mereka diami. Visual dirakamkan oleh kamera litar tertutup. Apabila pihak pengurusan kelab mengetahui kes itu, dia dibuang kerja dan kini bertugas di kelab golf berhampiran," kata Izam.

Saya perhatikan, kedi gadis Indonesia bertugas memakai seluar dan baju ketat.  

"Memang kehendak mereka begitu. Sewaktu mengukur pakaian seragam di kedai tukang jahit mereka meminta agar seluar diketatkan. Tukang jahit tidak akan mempersetujui permintaan itu kerana mengikut peraturan ditetapkan oleh pihak pengurusan kelab tetapi kedi terbabit akan mengecilkan saiz seluar di tempat lain. Biar kelihatan sendat," ujar Halim. 

Berikut antara contoh seluar kedi berasal dari Indonesia.


Teruskan baca di.... MAZIDULAKMAL.COM

Wednesday, 29 August 2012

PEMBANTU KHAS EXCO KERAJAAN PULAU PINANG DIBICARAKAN KES DADAH




Bernama hari ini melaporkan perbicaraan seorang pembantu khas  kepada exco kerajaan DAP Pulau Pinang telah dibicarakan oleh Mahkamah Majistret di atas pengalahgunaan dadah dana mahkamah menetapkan 10 Okt depan untuk mendengar perbicaraan kes penyalahgunaan dadah seorang pembantu khas kepada Exco Pulau Pinang.

Majistret Arif Mohamad Shariff menetapkan tarikh itu selepas dipanggil memberi keterangan di mahkamah pada perbicaraan kes itu.

Aidi Rafizul Idrus, 37, didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam badannya di sebuah rumah di Jalan Paya, Berapit, di sini pada 10.30 pagi 29 Nov tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Bapa kepada tiga orang anak itu adalah pembantu khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Law Choo Kiang.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Sakinah Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam bela V.S. Kumar.

BEKAS TAHANAN DARURAT DITEMBAK MATI

KUALA LUMPUR  -  Seorang bekas tahanan darurat yang baru dibebaskan, ditembak mati ketika sedang menunggu anaknya di hadapan sebuah sekolah menengah di Selayang Baru, di sini hari ini.
   
K. Archuthan, 41, ditembak ketika dia dan isteri menunggu anak lelaki mereka yang berumur 16 tahun dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry pada pukul 1 tengah hari.
   
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat itu turut menyebabkan isteri lelaki berkenaan cedera di pinggang.
   
"Dua lelaki memakai topi keledar bertutup penuh yang menaiki sebuah motosikal menghampiri kereta mangsa dari arah belakang dan seorang daripadanya melepaskan tembakan.
   
"Enam kelongsong peluru 9mm ditemui di tempat kejadian. Motif kejadian masih disiasat," katanya dalam khidmat SMS di sini hari ini.
   
Abdul Rahim berkata mayat Archuthan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala isterinya dirawat di Hospital Selayang. -Bernama

KETIKA AMUK TAK PAKAI TOPENG, HADIR PERBICARAAN BERTOPENG POWER RANGERS....!!!!

Kes amuk: Muhdalena hadir di mahkamah pakai topeng Power Rangers

Muhdalena Ahmad

Muhdalena Ahmad, 28, memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
 
Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.


Amuk di JPM





LAJIM RUJUK SEMULA BN..???


Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

Mantan SU Lajim memberitahu kita bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. Hanya air liur sapa mau masuk?"

Akibat dari itu, Lajim telah menyampaikan kepada seorang wakil rakyat UMNO untuk kembali semula kepada BN, malangnya dengan syarat Ketua Menteri ditukar. "Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, enda da hal bah".

Dipetik dari MyMassa