Tuesday, 27 March 2012

IMBAS ~ PAS PERAK JUAL HUDUD KEPADA DAP

LIHAT VIDEO BERIKUT :


HUDUD PERLU MENDAPAT PERSETUJUAN DAP


Hudud taruhan rundingan PAS-DAP










PAS Perak mempertaruhkan idealismenya untuk melaksanakan hukum hudud dalam perundingannya dengan DAP menjelang saat-saat awal penubuhan kerajaan campuran Perak, demikian dedah pesuruhjayanya Ahmad Awang.


Syarat DAP itu selepas ia bersetuju menerima wakil rakyat PAS Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.


"Selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini," kata Ahmad.


Dalam ucapannya bagi menyambut kejayaan parti itu mentadbir Perak yang disiarkan media rasmi PAS Harakahdaily, beliau berkata selepas campur tangan istana yang mengubah senario awal politik, tuntutan DAP agar PAS menggugurkan hudud tidak lagi berbangkit.



"Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta," katanya.


"Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu lapan exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya."


Ahmad mendedahkan saat-saat awal rundingan antara dua parti itu, sejurus selepas keputusan rasmi pilihanraya umum 8 Mac diketahui awal pagi keesokannya, sehingga ketegangan muncul apabila tokoh utama DAP Lim Kit Siang mengugut untuk memulaukan majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.



Ketegangan sekali lagi muncul apabila PKR tidak berpuas hati dengan pengagihan jumlah kerusi exco. Parti itu mendakwa ia menerima satu jawatan sahaja.



Bagaimanapun keputusan akhir yang kekal hingga kini, DAP mendapat enam exco, PKR (tiga) dan PAS (satu).



Ahmad mengulangi saat-saat bersejarah PAS di negeri itu dalam satu taklimat kepada menteri besar baru-baru ini yang dihadiri 700 pemimpin-pemimpin parti itu, termasuk peringkat cawangan, di kediaman rasmi Mohamad Nizar.



Dalam ucapannya 'Enam kejayaan PAS Perak' di laman web PAS itu, Ahmad berkata kerjasama dalam pentadbiran negeri telah menjinakkan DAP yang dianggap "parti yang tidak begitu sehaluan dengan PAS" menjelang pilihanraya umum.



"Selepas pilihanraya ke-12 dan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pemimpin DAP bukan sahaja mudah bersefahaman dan mesra dengan pemimpin PAS di peringkat negeri, bahkan sentiasa menghormati pandangan pemimpin PAS sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar kerajaan," katanya.



Beliau turut mendedahkan, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah juga mula berminat mengenali Mohamad Nizar selepas hari pertama rombongan ketiga-tiga parti itu menghadap baginda di Istana Kinta.



"Hubungan terus terjalin melalui beberapa pertemuan dengan pihak istana ketika menghadapi saat-saat kritikal mengenai pelantikan MB dari parti PAS," tambahnya.


KAMILIA vs SHAHRIZAT !!!


Citer ni memang panas minggu lepas. Penulis sengaja tidak 'upload' citer ni sebab nak tengok dulu, apa situasi seterusnya. Benarkah seperti kata orang... dalam politik tidak ada kawan atau musuh yang kekal. Hari ini kawan, tapi politik punya pasal, esok boleh menjadi musuh yang nyata.... ATAU.....semalam adalah musuh yang sangat jahat (mungkin sampai tahap sanggup 'membunuh'), tetapi hari ini boleh jadi kawan yang karib. 

Kita ikuti kisah Datuk Kamilia Ibrahim yang begitu lantang dalam satu temubual meminta agar DS Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO ekoran kes NFC yang melibatkan suaminya :

Shahrizat must go, repeats Wanita Umno No. 2

KUALA LUMPUR, March 22 — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil must quit her Wanita Umno post to preserve the credibility of the party and Barisan Nasional (BN), the wing’s number two has said.

Datuk Kamilia Ibrahim told The Star it was not enough for Shahrizat to step down as federal minister next month and urged the latter to also retire as head of Wanita Umno and Wanita BN.

Kamilia (picture) pointed out that public thought something was “morally and politically wrong” with how National Feedlot Corporation (NFCorp) was run and that this was affecting polls preparations.

NFCorp is headed by Shahrizat’s husband, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, who has been charged with criminal breach of trust for allegedly misusing the cattle-rearing company’s federal loan.

“I’ve gone down to the grassroots and this is generally what the members are saying. They are finding it hard to meet the people when the image of their leader is tarnished,” Kamilia (pic, right) told the daily.

“People are poking fun at Wanita and calling us ‘cows’. The Wanita grassroots are saying it’s difficult to work (for the general election)... As a leader, we have to listen to what the grassroots are saying.”

The prime minister has already made it clear he no longer wanted Shahrizat as minister and it was now up to Wanita Umno and BN to decide if they would still accept her as their head, she added.

Shahrizat announced on March 11 that she would step down as women, family and community minister when her term as senator expires on April 8.

Her resignation came after nearly five months of allegations that she and her family had used a RM250 million government soft loan earmarked for NFCorp to pay for personal expenses.

NFCorp, which supervises the National Feedlot Centre (NFC), hit national headlines after the company made it into the Auditor-General’s Report last year for missing production targets.

IKUTI APA KOMEN RAKAN- RAKAN PENULIS:

Agak menjengkelkan bila mana ada sikap jatuh-menjatuhkan ketua berlaku didalam sayap utama UMNO, Wanita UMNO. Mereka ni buat aku rasa mual dan menyampah !


Apa motif sebenar Datuk Kamilia Ibrahim ? Apakah agenda tersembunyi yang cuba dimainkan beliau ? Sumpah, aku tak faham perangai mereka ni yang lebih sudu dari kuah. Dah sebiji perangai puak pakatan haram jadah !


Kenyataan Kamilia Ibrahim yang mendesak Sharizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO tidak lebih dari menunjukkan kerakusan kuasa dan sifat gelojoh untuk menyandang jawatan Ketua Wanita memandangkan beliau adalah Naib Wanita.


Mungkinkah Kamilia juga proksi Anwarinas ?


Agak tidak masuk akal bagi seorang yang mengeluarkan kanyataan kononnya ianya adalah desakan dari peringkat akar umbi sedangkan selama lebih 4 bulan ini, Kamilia sendiri tiada di tanah air dan berada di luar negara. Apakah Kamilia punya mukjizat atau kuasa telepati ?


Teringin aku nak bertanyakan kepada Kamilia, bila masa dan celah mana dia jumpa peringkat akar umbi ? Apakah Kamilia ingin menunjukkan bahawa beliau lebih cerdik dari Sharizat ?


Jika Kamilia merasakan dia lebih cerdik dari Sharizat, tolonglah senaraikan apakah sumbangan beliau kepada parti dan juga negara. Adakah melebihi Sharizat yang banyak jasa dan sumbangannya sehinga digeruni puak pakatan haram jadah !


Sorry to say lah, aku tak rasa Kamilia mampu meneraju sayap Wanita UMNO sekiranya dia MERAMPAS jawatan Ketua Wanita UMNO dari tangan Sharizat. Aku yakin, PM Dato' Sri Haji Mohd Najib juga berpendapat yang sama.


Pada hemat aku, Kamilia ini tidak ubah seperti pengkhianat, duri dalam daging dan api dalam sekam !


Memandangkan Kamilia menyatakan bahawa desakan beliau terhadap Sharizat meletakkan jawatan adalah idea dan petunjuk dari akar umbi, mungkin dia telah hilang rasionalnya. Hari ini, berlangsung di PWTC telah membuktikan betapa hebatnya SOKONGAN pimpinan Wanita UMNO di semua peringkat terhadap Sharizat.




Apakah ini yang dimaksudkan oleh Kamilia bahawa Wanita UMNO peringkat akar umbi mahukan Sharizat meletakkan jawatan ?


Pendapat tulus ikhlas aku, Kamilia perlu cermin diri. Sokongan tak berbelah bahagi Wanita di peringkat akar umbi telah dibuktikan hari ini. Rafidah dan Sharizat patut rasa malu kerana sokongan sebegini tidak mampu mereka miliki bahkan Anwar juga tidak mampu mendapat sokongan sebegini !


Sharizat telah menjalankan tugasnya dengan baik sebagai Ketua Wanita UMNO dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sharizat tidak "deal" dengan AP atau tiada masalah seleweng mahupun masalah disiplin dan moral. Malah, setahu aku Muslimah PAS pun turut menyokong Sharizat.


Pada aku, Sharizat seorang wanita miracle yang dihormati semua pihak. Jadi, tidak hairan jika ada kawan dan lawan yang dengki dan cemburu terhadap karisma dan kecekapan Sharizat.


Tahniah aku ucapkan kepada pimpinan akar umbi Wanita UMNO yang masih rasional dan waras. Sentiasa bersatu dan bergandingan bersama pemimpin mereka disaat senang mahupun susah. Kepada pengkhianat berjawatan yang berada didalam Wanita UMNO, aku nak nasihatkan supaya mencontohi pimpinan akar umbi !


Kes NFC didalam prosiding mahkamah dan ini bukan urusan Wanita UMNO. Tak payahlah ada pihak yang nak menangguk di air keruh !


Rapatkan saf ! Perkukuhkah jentera !
Sumber : KGC

Kemudiannya... selepas majlis itu selesai...



Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim akan bekerjasama dengan ketua sayap itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.Kamilia berkata, Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta Wanita Ummo agar berdiri teguh bersama dengan ketua sayap itu.“Dan saya sebagai naib (kepada Ketua Wanita) dan semua exco akan meneruskan memberi kepimpinan kepada Wanita di semua peringkat negeri juga bahagian sehingga ke peringkat akar umbi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam piliharan raya umum ke-13.
“Saya sebagai (pemimpin) nombor dua mempunyai tanggungjawab yang besar untuk sama-sama memastikan bahawa Wanita Umno akan bergerak sebagai satu pasukan,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat pada Perhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.
Kamilia (gambar kanan bercermin mata) sebelum ini menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan “kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.”
Bagaimanapun, Presiden Umno juga perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Shahrizat akan kekal memegang jawatan ketua sayap bagi parti itu.
Ketika ditanya adakah beliau akan menarik balik kenyataan itu, Kamilia menjawab: “Kenyataan saya itu adalah satu kenyataan yang saya beri berlandaskan apa yang saya dapat daripada akar umbi. Itulah yang saya nyatakan dan disiarkan dalam akhbar.”
“Ia berdasarkan saya sebagai ahli Umno dan naib (kepada Ketua Wanita), mereka datang berjumpa saya. Jadi, saya nyatakan apa yang diperkatakan kepada saya,” katanya.

“Terpulang kepada anda untuk menterjemahkannya,” ujar Kamilia apabila ditanyakan sama ada kenyataan itu berdasarkan pandangan peribadinya.
Shahrizat baru-baru ini mengumumkan akan berundur daripada jawatan menteri selepas tamat tempoh senatornya pada 8 April ini dan kekal sebagai Ketua Wanita Umno..... DIALOG RAKYAT


Psssttt... adakah kerana melihat sokongan luar biasa ini menyebabkan Kamilia menukar arah semula dan menyokong Sharizat ?? Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. Aku harap Kamilia mengambil ikhtibar dan pengajaran dari peristiwa ini dan lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan... Jangan selepas dikecam dan malu sebegini baru nak kona spin. Anyway, all the best kepada semua jentera wanita UMNO !!! (I4TT)

Penulis difahamkan, ketika Rafidah Aziz menyerahkan tugasnya sebagai Ketua Wanita UMNO kepada Shahrizat  sehingga ke Pemilihan di Perhimpunan Agong UMNO  pada tahun berikutnya, Kamilia adalah orang yang paling kuat menyokongnya. Tetapi kini lain pulak cakapnya.... ADAKAH KEMUNGKINAN BAHAWA KAMILIA PUNYA AGENDA PERIBADI TERTENTU DI DALAM PARTI???

TERLAJAK PERAHU ATAU KERETA BOLEH REVERSE KAMILIA oiiiii.. TETAPI TERLAJAK CAKAP NI, HEBOH SELURUH ALAM MAYA DAN IANYA SUKAR UNTUK DILUPAKAN....!!!

Sunday, 25 March 2012

UBAH SUAI PEJABAT HASSAN ALI : MB SELANGOR SAHKAN AZMIN ALI PEMBOHONG MACAM BOSNYA JUGAK!!!

 

MB Selangor yang sama kem dengan Azmin sahkan Azmin ni memang penfitnah. Lebih buruk bila fitnah ini disebarkan di Dewan Undangan Negeri.

Memang kaki fitnah puak-puak PKR, DAP dan PAS ni. Kalau tak percaya, cuba tengok video ni pulak.


***Melayu ni kaya bidalan dan pepatah juga peribahasa...... antaranya yg selalu di sebut ramai adalah.... CAKAP SIANG PANDANG2, CAKAP MALAM DENGAR2, CAKAP SUBUH & MAGHRIB (yg ni penulis tambah) PANDANG & DENGAR....

MAKAN GAJI BUTA.... DENGAN MEMBUTA!!!!

 

PENGUNDI DI NEGERI LAIN..... BANDINGKAN GAJI ANDA SEBULAN DENGAN GAJI YG DITERIMA OLEH MEREKA.  BANDINGKAN CARA ANDA BEKERJA DAN MEREKA BEKERJA.
SO.....
PRU13...
UNDILAH PKR JIKA RASA GAJI YANG MEREKA TERIMA ITU SANGAT SETIMPAL DENGAN TUGAS MEREKA..!!!

Saturday, 24 March 2012

DEMI KUASA : PAS BUTAKAN MATA, PEKAKKAN TELINGA...!!!

YB Jason Ong: Memakai Songkok Kerana Terpaksa & Lakonan

Kenyataan Ketua PKR Cabang Bukit Bendera,P.Pinang yang bernama Jason Ong yang mahukan supaya PKR dan DAP bergabung supaya Pas sukar untuk membentuk kerajaan Islam di negeri ini amatlah dikesali. Jason juga adalah ADUN PKR Kawasan Kebun Bunga. 

Kata Jason jaga, penggabungan itu juga akan mengatasi permasalahan dalam pembahagian kerusi di antara ketiga-tiga parti berkenaan.Nampak sangat PAS akan diketepikan secara sikit demi sedikit cuma juak PAS je masih duk mimpi tak nampak apa yang geng pakatan nak pekena mereka! 

***Demi kuasa.... pekakkan telinga..butakan mata sahaja.... alahai... besar manakah kuasa PAS di dalam PR..???

ANWAR TERANCAM : SHABERY DI HALANG DI PERMATANG PAUH..!!!

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik terkejut kerana tidak menyangka akan dihalang kira-kira 100 penyokong parti pembangkang daripada menghadiri majlis pelancaran Gelombang Biru di kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini.

Ahmad Shabery yang juga bapa angkat kepada UMNO bahagian Permatang Pauh berkata, insiden itu menggambarkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula rasa terancam.

"Ramai yang ditahan dan dihalang daripada hadir ke majlis ini. Kenderaan yang saya naiki juga ditahan dan dihalang untuk ke sini, tetapi mujur dengan bantuan pihak polis keadaan dapat dikawal," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Gelombang Biru itu di sini.

Ahmad Shabery berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku kerana tindakan penyokong parti pembangkang itu bertentangan dengan perjuangan kebebasan bersuara dan demokrasi yang digembar-gemburkan pembangkang dan sering menuduh anggota BN sebagai gengster. - BERNAMA

NALLA TIDAK HERAN NOTIS... MINTA DI SAMAN..!!!

 

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim merasa beliau sudah dapat tutup mulut Senator Datuk S Nallakarupan yang dakwanya biseksual dengan menghantar notis 48 jam tuntutan RM100juta Khamis lalu…nampaknya beliau silap besar.Pagi Sabtu bekas rakan tenis Anwar semasa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu,tampil adakan sidang akhbar bersama rakan-rakannya Senator Ezam Mohd Nor,Ummi Hafilda dan Anuar Shaari.

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur yang dihadiri ramai wartawan dan jurugambar itu Nalla menegaskan beliau TAK AKAN LAYAN notis tuntutan itu dan kini tertunggu-tunggu surat saman segera dari Anwar agar mereka dapat bersemuka di mahkamah.Serentak dengan itu beliau mendakwa notis tuntutan itu hanya gempak ‘cover line’ Anwar untuk tunjuk kepada rakyat beliau sudah ambil proses undang-undang terhadap dakwaan itu semata-mata kerana pilihanraya umum ke 13 sudah dekat.Katanya Anwar pernah menghantar satu notis seumpama itu pada satu dakwaannya yang lain tidak lama dulu tetapi beliau tidak ambil langkah followup untuk samannya.

Isnin lalu,dalam sidang akhbar Nalla secara terbuka dakwa Anwar biseksual dan mahu beliau menyamannya jika itu fitnah.Esoknya, Naib Presiden PKR yang juga seorang peguam, N Surendran buat kenyataan kata Anwar akan hantar notis tuntutan RM100 juta kepada Nalla.Turut kena notis berkenaan ialah akhbar Utusam Malaysia yang menyiarkan dakwaan Nalla.Nalla kata beliau terima notis 48 jam itu Khamis.

Ezam pula memberitahu selain notis yang tidak ada followup pada Nalla tidak lama dulu …perkara sama juga berlaku pada notis Anwar pada Dr Chandra Muzaffar.Bekas Setiausaha politik Anwar itu yang turut dakwa Anwar biseksual kata bekas bosnnya itu hingga ke hari ini tidak ambil langkah membatalkan perkara dalam keputusan bertulis tiga hakim ke liwat pertama dulu yang kata kejadian liwat berlaku.Katanya jika tidak betul dakwaan itu,Anwar sepatutnya sudah mengarahkan peguamnya meminta mahkamah membatalkan perkara itu dalam keputusan bertulis berkenaan.

Ummi Hafilda yang menyifatkan sidang akhbar bersama mereka itu sebagai tanda bermulanya ‘ perang nuklear’ terhadap Anwar...secara terbuka mendakwa beliau mempunyai bukti gambar yang diambilnya sendiri menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama isteri Azmin Ali yakni Shamsidar Taharin.Dakwannya Anwar yang waktu itu Timbalan Perdana Menteri pergi ke situ menaiki kereta Nalla.Nalla,Ezam,Ummi dan Anuar pada sidang akhbar itu juga secara bersama berikrar untuk terus berperang membuat pendedahan selanjutnya hingga menjelang PRU13 agar rakyat tahu perangai sebenar Anwar.

Sumber Agendadaily