Showing posts with label SYIAH. Show all posts
Showing posts with label SYIAH. Show all posts

Thursday, 27 September 2012

JAIJ KESAN 300 ORANG BERFAHAMAN SYIAH DI JB


Gambar Hiasan

NUSAJAYA - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mengesan 300 orang daripada 60 keluarga di bandar raya ini berfahaman dan mengamalkan ajaran syiah.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman berkata pemantauan berterusan JAIJ mendapati kesemua mereka berada di tiga markas iaitu di Kampung Sungai Tiram, Larkin Perdana dan Taman Daya, di sini.

Tuesday, 28 August 2012

WANITA SYIAH ARAB SAUDI DITANGKAP




Pegawai keselamatan Arab Saudi menangkap sejumlah wanita Syiah di halaman masjid Nabawi di kota suci Madinah.

Dipetik Press TV dari laman berita berbahasa Arab Saar, para wanita Syiah itu sedang memuji Nabi Muhammad dan keluarganya pada hari jumaat lepas, ketika penjaga masjid menahan mereka dan merampas buku-buku yang mereka bawa. Buku-buku tersebut mengandungi bahan-bahan yang dilarang di kerajaan itu.

Pemerintah Saudi dikenali tegas dalam melayan penganut Syiah yang berada di negara mereka.

Sementara sejak Februari 2011, para penunjuk perasaan Syiah di Wilayah Timur Arab Saudi seperti Qatif dan Awamiyah terus melakukan demonstrasi meminta pembebasan semua tahanan politik dan diskriminasi terhadap penganut Syiah di sana.

PENGANUT SYIAH DI SERANG DI INDONESIA..




SAMPANG, Indonesia - Serangan ke atas penganut fahaman Syiah di Indonesia menyebabkan dua lelaki terbunuh dan berpuluh-puluh buah rumah dibakar.
Kira-kira 500 orang penganut fahaman Sunni bersenjatakan parang kecil dikatakan menyerang sekumpulan pelajar di bandar Sampang, wilayah Jawa Timur pada Ahad lalu.
"Perselisihan fahaman agama kian meningkat kerana penguatkuasaan undang-undang untuk menangani keganasan tidak dilaksanakan dengan berkesan. Keadaan ini menggalakkan berlakunya keganasan ke atas orang awam," kata penyelidik Institut untuk Demokrasi dan Keamanan Setara, Ismail Hasani.
Jurucakap polis wilayah Jawa Timur, Hilman Thayib memberitahu, dua lelaki terbunuh dan enam yang lain cedera. Sementara sebanyak 39 buah rumah dibakar dalam serangan terbabit. Menurutnya, hampir 2,000 orang pegawai polis dan keselamatan diarah ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.
"Mangsa mati kerana diserang dengan sabit. Seorang mati di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia pagi tadi. Setakat ini, kami telah menahan lapan orang suspek," kata Thayib.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono semalam mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
Ini bukan insiden pertama di wilayah tersebut. Disember lalu, penganut fahaman Syiah di Nangkernang diserang. Beratus-ratus rumah dan sebuah sekolah agama dibakar, sekali gus memaksa 500 orang mangsa melarikan diri dari kampung mereka. - AFP