Showing posts with label SOLAT. Show all posts
Showing posts with label SOLAT. Show all posts

Friday, 28 September 2012

{FOTO} MEREKA BERSOLAT DI MANA-MANA SAHAJA (PART TWO)


Rasulullah SAW. Bersabda: sesungguhnya yang pertama kali diperhitungkan amalan seorang hamba di hari qiamat adalah shalatnya. Apabila shalatnya benar, maka sesungguhnya berbahagia dan beruntung tapi apabila tidak benar, maka sungguh celaka dan rugi. (H.R. Tirmidzi dan Nasa’i)...


 وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ 

(  سورة البقرة  43)

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

{FOTO} MEREKA BERSOLAT DI MANA-MANA SAHAJA (PART ONE)


Solat itu adalah tiang agama (Islam), maka barangsiapa mendirikannya maka sungguh ia telah mendirikan agama (Islam) itu dan barangsiapa merobohkannya maka sungguh ia telah merobohkan agama (Islam) itu.

SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM ADALAH RUKUN ISLAM KE- 2 DAN WAJIB DIDIRIKAN OLEH SETIAP ORANG YANG BERAGAMA ISLAM.

Rukun Islam itu TIDAK menyebut solat 5 waktu sehari semalam apabila anda ada kesempatan, tak sempat, maka tak perlu solat... Walau sesibuk manapun urusan dunia anda, solat wajib 5 waktu sehari semalam perlu ditunaikan kecuali bagi orang perempuan (ada keadaan tertentu tidak boleh mendirikan solat).


Rasulullah SAW. Bersabda: sesungguhnya yang pertama kali diperhitungkan amalan seorang hamba di hari qiamat adalah shalatnya. Apabila shalatnya benar, maka sesungguhnya berbahagia dan beruntung tapi apabila tidak benar, maka sungguh celaka dan rugi. (H.R. Tirmidzi dan Nasa’i)...


 وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ 

(  سورة البقرة  43)

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.


Walau di mana sahaja kita berada, tidak ada alasan untuk meninggalkan solat..... 
LIHATLAH......


Monday, 30 July 2012

SOLAT JUMAAT HARI SABTU : TANDA AKHIR ZAMAN...???


Pada 30 jun yang lalu, pihak Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan telah mengarahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melakukan solat Jumaat bukan pada hari Jumaat tetapi pada hari Sabtu.
Alasan perubahan tersebut kerana dianggap mengganggu waktu kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.
Menurut pihak pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan akan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.
Khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dianggap bertujuan sentimen politik semata-mata.
“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,”
Republik Azarbaijan merupakan negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana lebih kurang 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.
Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan banyak dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih lagi memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung. – Solat Jumaat Dilaksanakan Hari Sabtu

Wednesday, 25 July 2012

ADA WAKTU YANG DIHARAMKAN SOLAT







Solat wajib punyai waktu-waktunya yang tersendiri begitu juga dengan beberapa solat sunat. Umumnya sesetengah solat sunat boleh sahaja dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja melainkan pada waktu yang diharamkan kita bersolat. Waktu-waktu yang diharamkan kita bersolat adalah sebagaimana yang berikut:



Ketika matahari terbit sehingga sedikit naik, baik solat fardhu, solat sunat, samada secara tunai atau qadha. - Ulama’ Syafi’eyah dan Malikiyyah dalam masalah ini mengecualikan Solat Subuh dan Asar.

Jika seseorang menunaikan Solat Subuh dan tinggal satu rakaat kemudian masuk waktu tepat matahari terbit, maka dia boleh meneruskan solat itu sehingga selesai. Begitu juga dengan Solat Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Asar dan tinggal satu rakaat sahaja lagi kemudian tiba waktu betul-betul terbenamnya matahari maka dia boleh meneruskan solatnya sehingga selesai. Menurut Ulama’ Hanafiyyah pula apabila seseorang solat dan ditengah-tengah solat matahari terbit, maka batal solatnya tersebut. Jika yang dilakukan adalah Solat Asar dan tinggal satu rakaat sahaja kemudian tiba waktu matahari terbenam, maka solatnya boleh diteruskan dan sah sebagaimana menurut kebanyakan ulama’.

Ketika istiwa’ iaitu matahari berada tepat di atas kepala pada tengah hari sehingga tergelincir sedikit. - Perkara ini berdasarkan kepada hadis Uqbah. Namun demikian Ulama Malikiyyah dan Syafieyyah mengecualikan pada hari Jumaat dan ketika solat di Masjidil Haram, Mekah. Perkara ini disepakati juga oleh Ulama Hambali dalam bab dibolehkan menunaikan solat Tahayyatul Masjid dalam waktu tersebut pada hari Jumaat.

Ketika matahari kekuning-kuningan hendak terbenam sehingga benar-benar terbenam iaitu kira-kira seseorang mampu melihat ke arah terbenamnya matahari. - Dikecualikan bagi solat asar yang telah mendapat satu rakaat dan solat di Masjidil Haram sebagaimana merujuk dalil hadis.

Tiga waktu yang kami dilarang oleh Rasulullah SAW menunaikan solat dan mengebumikan orang mati; Ketika tepat matahari terbit sehingga naik,ketika betul-betul tengah hari (matahari naik tegak atas kepala) dan ketika matahari condong (hampir terbenam) sehingga benar-benar terbenam. (Riwayat Ahmad,Muslim,Nasai,Ibnu Majah,Tirmizi,Abu Daud)

Rujukan : Fiqh Solat Empat Mazhab oleh Syekh Abdul Qadir Ar-Rahbawi
 

Wednesday, 6 June 2012

NIK AZIZ SOLAT DI DASAR LAUT....??????




Kisah orang solat di dalam laut sememangnya ada. Mungkin kita tidak menyedari atau kita tidak tahu yang perkara ini sememangnya berlaku. 

Kisah ini berlaku di sebuah Syarikat Minyak di Arab Saudi. Dikatakan pekerja yang beragama Islam yang bekerja di dalam air laut terpaksa solat di dasar laut berikutan jadual kerja yang tidak mengizinkannya ke darat. 

Jikalau waktu shif mereka bekerja yang kebetulan jatuhnya waktu solat, maka mereka akan terus solat di dasar laut dengan berpakaian selam. 

Itu di Arab Saudi, ada umat Islam solat di dasar laut...

Tetapi di Malaysia agak unik sedikit apabila seorang insan digelar Tok Guru Nik Aziz akan solat dimana-mana sahaja asalkan dia yakin tempat itu bersih....

Itu bagus...tapi yang buat aku pelik apabila ramai yang bekerumun ketika Nik Aziz solat dan tak ketinggalan ada yang ambil gambar untuk diabadikan dalam lipatan sejarah masing-masing....engkow nak cari politic mileage ke nak ngadap Allah???












***Solatnya menjadi tontonan..... seolah2 sedang membuat demo..... dan yang menyaksikan di sekelilingnya itu seolah-olah tak pernah tgk orang bersolat..... atau belum akhil baligh dan baru nak belajar cara2 mengerjakan solat..... ahahaha!!!