Showing posts with label FGVH. Show all posts
Showing posts with label FGVH. Show all posts

Wednesday, 9 May 2012

FITNAH TERKINI ANAK MENGENAI "DURIAN RUNTUH" FELDA


FITNAH YANG DIKELUARKAN OLEH ANAK :

Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah durian runtuh. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit yg menyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal.


Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus n pegawai felda. Beberapa hari ini secara tergesa2, peneroka seluruh negara di himpunkan di balairaya, dewan orangramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan. Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll. 


Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms. Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb. Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga. Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan di'halau' dpd majlis tandatangan borang tsb. 90 peratus peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign. 


Saya paparkan beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh. Surat Tanggung Kerugian menulis....' SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2, DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN SURAT INI'. 


Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu... yang lainnya di guna utk jentera BN. Mereka mahu pertahankan 54 kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim saham dunia tidak menentu. Koomoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil. Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan ' penyenaaraian yang sakit'. 


Bila menjunam jatuh daripada harga asal setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan. Isa Samad, Ahmad Maslan akan kata, biasale main saham turun naik. Akhirnya peneroka merana sepanjang hayat. Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi. 


Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah buat. Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak berperikemanusiaan. 


Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah diperdaya. BN betul2 jd petualang terhadap bangsanya sendiri!


ANAK membuka talian hotline utk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757 tk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757, Aris Fezol 0199855883, Zolkifli Abu Osman 0194653701, Yohanis 0133039913. ANAK sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign n nak tarik balik. Kita heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!


***BP ~ Hebat fitnah depa ni...

Sunday, 18 March 2012

FGVH JAWAB 4 TOHMAHAN MAZLAN ALIMAN

KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Malaysia (ANAK), Mazlan Aliman, di lobi Parlimen pada Khamis lalu dikatakan tidak benar sama sekali dari fakta penyenaraian syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Presiden FGVH, Datuk Sabri Ahmad berkata, segala yang disampaikan oleh Mazlan kepada media itu tidak tepat dan sangat bercanggah dari realiti penyenaraian syarikat tersebut.
“Semuanya tidak benar, saya nafikan apa yang dia sebut pada Khamis lalu di Parlimen,” katanya pada program Himpunan Penulis Maya 2012 anjuran Mykmu.net di sini hari ini.
Beliau berkata, Mazlan mengutarakan empat kerisauannya mengenai penyenaraian FGVH mengikut kacamatanya iaitu tanah Felda Plantation yang dikatakan akan dipajak, modus operandi Felda Plantation Industries (MPI), isu ‘durian runtuh’ dan penubuhan sebuah syarikat khas (SPV).
Menurut Sabri, tanah seluas 360,000 hektar yang terlibat dalam penyenaraian tersebut melibatkan tanah Felda Plantation yang diserahkan kerajaan kepada Lembaga Felda pada tahun 1990 dan tidak sekali-kali melibatkan 500,000 hektar tanah milik para peneroka di seluruh negara.
“Premium tanah milik Felda Plantation tu semua dibayar oleh Felda, bukan free (percuma).
“Saya nak tekankan di sini bahawa tanah Felda Plantation tu bukannya dipajak seperti yang dikatakan Mazlan Aliman, tanah tu di sewa…FGVH sewa dari Felda..kita bayar..kita sewa dalam jangka masa panjang..jadi ia milik kekal Felda,” tegas Sabri.
Justeru itu beliau berkata, kenyataan Mazlan yang kononnya tanah Felda Plantation tersebut akan tergadai itu sepatutnya tidak timbul memandangkan faktanya tidak benar sama sekali.
Selain itu, Sabri melahirkan rasa hairan dengan kerisauan AJK Pas Pusat itu mengenai modus operandi MPI yang dikatakan akan berubah dan tidak menyebelahi kepentingan para peneroka.
“Selama ini MPI tu saya yang uruskan, modus operandinya tak berubah sama saja sama ada sebelum penyenaraian atau selepas penyenaraian (FGVH)..termasuk harga sawit mentah, jadi apa yang Mazlan Aliman takutkan sangat?
“Tak berbeza, tak bertukar, saya pun tak tahu apa yang dia risaukan sangat,” katanya lagi.
Sabri turut menjelaskan mengenai isu ‘durian runtuh’ yang dipertikaikan oleh Mazlan yang berkeras mahu mengetahui jumlah sebenar yang akan diterima para peneroka dan sumber habuan yang akan diberikan Felda itu.
“Sudah (lebih kurang) 30 tahun para peneroka bersusah payah di dalam Felda dan hanya baru 10 tahun kebelakangan ini saja mereka dilimpahkan dengan kemewahan dari titik peluh mereka. Salah ke Felda nak berikan rewards (ganjaran) kepada mereka sekarang?,” persoalnya tentang kewajaran membalas budi lebih 112,000 keluarga peneroka Felda di seluruh negara.
Menurut beliau, ‘durian runtuh’ tersebut bersumberkan dari Felda sendiri yang merupakan hasil dari penjualan kepentingan para peneroka kepada Felda dan seterusnya kepada FGVH.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar ‘durian runtuh’ tersebut kerana menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan mengumumkan jumlah habuan yang akan diterima para peneroka Felda dalam masa yang terdekat.
“Jumlahnya saya tak boleh beritahulah, itu hak Perdana Menteri..beliau yang akan umumkan dalam masa terdekat…tapi setahu saya jumlahnya boleh la para peneroka pergi Haji dua tiga kali,” ujarnya di hadapan para peserta.
Menjelaskan mengenai SPV, Sabri berkata, syarikat khas itu merupakan pelan B yang dibuat ekoran pelan A yang disabotaj oleh Mazlan dan ANAK melalui lapan orang ahli KPF yang memfailkan injunksi mahkamah terhadap KPF bulan lalu.
Sabri memberitahu bahawa injunksi dari lapan orang ahli KPF itu tidak mewakili lebih 220,000 jumlah ahli KPF yang sebenarnya mahu penyenaraian FGVH disegerakan, namun atas nama demokrasi dan undang-undang mereka berjaya mengagalkan proses penyenaraian tersebut.
“Jika lapan orang ahli KPF tu tak buat injunksi di mahkamah dan KPF pegang kepentingan dalam FGVH, ia akan memberikan keuntungan ekonomi yang banyak pada peneroka, misalnya jika RM2 bilion pelaburannya, maka peneroka akan menerima RM100 juta dividen, kalau RM3 bilion mereka akan terima RM150 juta…lebih banyak dari apa yang peneroka dapat dari Felda setiap tahun.
“Tapi injunksi itu menyekat semuanya..jadi kita buat pelan B untuk jamin kepentingan peneroka dalam penyenaraian ni..” jelasnya lagi.
Justeri itu menurutnya lagi, SPV dicadangkan sebagai pelan B di mana sebuah tabung khas akan ditubukan bagi memastikan kepentingan para peneroka terjamin dan menikmati imbuhan dari penyenaraian FGVH pada masa akan datang.

PEMBANGKANG RUGI PENYENARAIAN FGVH DI BSKL.... !!!

 

KUANTAN  - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham kelak hanya akan merugikan pihak pembangkang, bukan warga Felda, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.


Katanya, pembangkang mengetahui undi di kalangan warga Felda akan merosot sebaik sahaja FGVH disenaraikan berikutan pelbagai hasil dan keuntungan yang akan dinikmati warga Felda hasil penyenaraian itu.


"Itu sebab mereka (pembangkang) memomokkan warga Felda dengan pelbagai tohmahan mengenai penyenaraian FGVH sebab mereka mahu rakyat menolak kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.


"Isu ini (FGVH) hanya dipolitikkan pembangkang semata-mata untuk memecahkan undi warga Felda sebab mereka tahu Felda merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN)," katanya di sini hari ini.


Ahmad yang juga Ketua Penerangan BN berkata, daripada 222 kerusi di Parlimen, 25 peratus undi adalah daripada kalangan warga Felda, justeru, pembangkang perlukan jumlah undi itu untuk memerintah.


Sehubungan itu katanya, pembangkang terdesak menggunakan isu FGVH untuk meraih undi warga Felda. - BERNAMA


 


Saturday, 17 March 2012

GEMPAR!!! DOKUMEN SULIT FGVH BOCOR!!!



Anuar Manap (kiri) bercakap pada sidang akhbar tentang penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia di Menara UOA, Bangsar Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR - Felda dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menyiasat pihak yang membocorkan dokumen sulit berkaitan proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kepada pembangkang.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd. Manap berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana proses penyenaraian FGVH masih dalam pemantauan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

"Setahu saya, mana-mana dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit tidak boleh didedahkan kepada umum dengan sewenang-wenangnya.

"Kita sangat kesal kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu memberi ruang kepada pembangkang memutar-belitkan maklumat sulit tersebut dalam usaha menggagalkan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia," katanya.
- UTUSAN

Sunday, 15 January 2012

PEMBANGKANG DENGKI.... HASUT PENEROKA FELDA!!!!


 Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta peneroka FELDA supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka tanah rancangan itu. 

Perdana Menteri berkata, peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.
"Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk FELDA. 

"Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat FELDA," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di FELDA Chini Timur di sini, hari ini.

 
Najib berkata, sebaliknya penyenaraian FGVH adalah satu lagi bukti bahawa kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka FELDA selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya, pinjaman membesarkan rumah dan sebagainya. 

Beliau mengulangi jaminan bahawa semua peneroka FELDA di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini. 

"Seperti yang saya cakap dalam Bajet 2012 lalu, peneroka FELDA akan mendapat durian runtuh. 

"Saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa sesuai dan ia mungkin melebihi RM500," katanya. 

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekaligus menampilkan imejnya di mata masyarakat. 

Katanya, sesebuah pertubuhan itu mesti memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri. 

"Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab," katanya. - BERNAMA