Sunday, 13 September 2020

AHLI GUSTI IRAN DIHUKUM MATI

Image google

IRAN: Penggusti muda Iran, Navid Afkari, 27, telah dihukum mati hari ini apabila mengaku membunuh seorang pengawal keselamatan semasa menyertai tunjuk perasaan antikerajaan pada tahun 2018.

Dia bagaimanapun mendakwa telah diseksa untuk membuat pengakuan tersebut.

Organisasi hak asasi manusia, Amnesty International menyifatkan pelaksanaan mati Afkari sebagai “keadilan”.

Dalam rakaman terbocor yang dikeluarkan oleh kumpulan itu, Afkari berkata, “Sekiranya saya dihukum mati, saya ingin anda tahu bahawa saya orang yang tidak bersalah, walaupun saya berusaha dan berjuang dengan sekuat hati untuk mendapat keadilan, tetap dihukum mati.”

Perlaksanaan hukum mati Afkari, dengan digantung sampai mati, telah dilaksanakan di selatan kota Shiraz, menurut media negara itu.

Peguamnya mendakwa bahawa anak guamnya telah dilarang untuk berjumpa keluarganya sebelum kematiannya, seperti yang dikehendaki oleh undang-undang Iran.

“Apakah kamu tergesa-gesa untuk melaksanakan hukuman sehingga kamu menghalang Navid dari berjumpa keluarganya buat kali terakhir?” Hassan Younesi berkata di Twitter.

Terdapat banyak gesaan untuk menghentikan pelaksanaann hukuman tersebut, termasuk dari sebuah kesatuan yang mewakili 85,000 atlet di seluruh dunia.

Persatuan Pemain Dunia berkata, Afkari telah “disasarkan secara tidak adil” apabila mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu, dan menyerukan agar Iran diusir dari sukan dunia jika meneruskan pelaksanaannya.

Presiden AS Donald Trump juga meminta belas kasihan, dengan berkata bahawa “satu-satunya tindakan ahli gusti itu adalah menyertai demonstrasi anti-kerajaan di jalanan”.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyebut pelaksanaan hukman mati berkenaan sebagai “berita yang sangat menyedihkan” dan berkata, bahawa ingatan mereka adalah bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Dua saudara Afkari yang lain, Vahid dan Habib, telah dijatuhi hukuman penjara selama 54 dan 27 tahun dalam kes yang sama, menurut aktivis hak asasi manusia di Iran.

Peguamnya berkata di Twitter bahawa, bertentangan dengan laporan berita Iran, tidak ada rakaman video mengenai saat pembunuhan pengawal keselamatan itu. Dia menambah bahawa rakaman yang digunakan sebagai bukti dalam kes itu diambil satu jam sebelum jenayah itu berlaku.

Pihak berkuasa Iran telah menolak tuduhan penyiksaan.

Afkari adalah juara gusti nasional, sukan yang mempunyai sejarah panjang dan sangat popular di Iran.

Pada tahun 2018, para penunjuk perasaan di bandar-bandar di seluruh Iran turun ke jalanan kerana masalah ekonomi dan penindasan politik.

Suara.tv

No comments: