Tuesday 12 March 2019

ROME STATUTE : KRONOLOGI PENYERTAAN MALAYSIA

Image result for STATUT ROM

17 Julai 1998 - Malaysia menandatangani Final Act of the United Nations Diplomatic Conference of Plenipotentiaries on the Establishment of an International Criminal Court.

27 May 2010 - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) pada ketika itu, memaklumkan kesediaan Malaysia untuk menjadi sebahagian dari Negara Pihak ICC. Keputusan tersebut dibuat ketika menghadiri 6th Consultative Assembly of Parliamentarians for the ICC and the Rule of Law di Kempala, Uganda.
11 Jun 2010 - Perdana Menteri ketika itu memberi halatuju dasar untuk Malaysia accede kepada Rome Statute, lanjutan kepada serangan Israel ke atas kapal kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla pada 31 May 2011.
18 Mac 2011 - Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) membentang Memorandum Jemaah Menteri untuk Malaysia tandatangan dan ratifikasi Rome Statute. Namun ia tidak diteruskan atas reservation oleh Peguam Negara terhadap keputusan Jemaah Menteri tersebut.
5 Ogos 2015 - Jemaah Menteri sekali lagi bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk meratifikasi Rome Statute bagi membolehkan Malaysia membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap kes penembakan jatuh Malaysia Airlines MH17 ke ICC. Namun, tiada sebarang tindakan diambil pada ketika ini.
12 Disember 2018 - Jemaah Menteri Pentadbiran Pakatan Harapan bersetuju untuk Malaysia meratifikasi Rome Statute.
26 Disember 2018 - YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menulis warkah kepada Pemangku Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah untuk sembahmaklum keputusan yang dibuat Jemaah Menteri.
15 Februari 2019 - Menteri Luar datang mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara bagi menyembahmaklum keputusan Jemaah Menteri
4 Mac 2019 - Malaysia telah menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.
Manfaat Malaysia menjadi negara pihak ICC
i) Penyertaan Malaysia akan meningkatkan lagi martabat negara di kalangan masyarakat dunia sebagai sebuah negara yang komited dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan undang-undang antarabangsa.
ii) Penyertaan Malaysia akan melambangkan kesungguhan negara dalam meningkatkan perpaduan bersama-sama masyarakat antarabangsa dengan membawa pelakupelaku jenayah antarabangsa ke muka pengadilan.
iii) Malaysia kini boleh merujuk kepada Pendakwa ICC di bawah Artikel 13(A) Statut Rome mengenai jenayah-jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya perlu.
iv) Malaysia kini boleh bersuara lebih lantang menentang negara-negara yang melakukan penghapusan etnik dan jenayah perang di Persidangan Tahunan Negara-Negara Pihak.
v) Malaysia kini layak mencalonkan rakyatnya sebagai Hakim, Pendakwa dan Pendaftar serta jawatan-jawatan lain di Pejabat Pendakwa dan Pejabat Pendaftar ICC.

Apa itu Statut Rom:
- Merupakan mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan triti dengan matlamat melaksanakan siasatan dan dakwaan ke atas mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah antarabangsa yang sangat serius seperti genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah pencerobohan.
Senarai Negara yang tandatangan Statut Rom:
- Setakat 4 Mac 2019, sejumlah 124 negara telah menyertainya.
- Antara negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang turut serta: Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, Belanda, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom. 
Apa bidang kuasa ICC?
Artikel 5 - ICC mempunyai bidang kuasa untuk mendengar ‘most serious crimes of concern’ seperti:-
a) Genocide (penghapusan etnik)
b) Crimes against humanity (jenayah terhadap kemanusiaan)
c) War crime (jenayah perang)
d) Crime of aggression (jenayah pencerobohan)
Artikel 6, 7, 8
– Setiap empat katagori jenayah antarabangsa diterangkan dengan jelas Artikel 17
- ICC hanya akan terpakai apabila Negara Pihak tidak berkemahuan atau berkemampuan (unwilling or unable) untuk menyiasat dan mendakwa kes jenayah terkutuk tersebut. - Sumber Wisma Putra

No comments: