Friday, 13 July 2018

0% GST TETAPI HARGA BARANG BASAH MASIH MAHAL : RESTORAN MAMAK SALAHKAN SAIFUDDIN



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati majoriti restoran mamak di seluruh negara menaikkan harga makanan selepas penguatkuasaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar 1 Jun lalu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, peratusan itu diperolehi hasil tinjauan kementeriannya melalui perbandingan harga makanan di premis terbabit sebelum dan selepas pelaksanaan GST sifar itu.

Saifuddin Nasution berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mamak-mamak yang menaikkan harga di restoran mereka nanti.


Abdul Razak Mohd Habib, 46, pengusaha restoran mamak berkata sukar untuk mereka menurunkan harga makanan yang dijual disebabkan harga barang basah masih mahal.

Selepas GST berkadar sifar, harga barang basah lain seperti daging, ayam dan sayur naik. Jarang kami mendapat mendapat barang basah dengan harga yang murah,

Faktor lain yang menyebabkan restoran mamak menaikkan harga makanan adalah disebabkan kos sewa kedai dan pengurusan pekerja.

"Ada restoran mamak yang menyewa kedai mereka RM20,000 hingga RM30,000 sebulan."

Rata-rata pengusaha restoran mamak tidak berpuas hati dengan kenyataan Saifuddin yang mahu mengambil tindakan ke atas mereka.

Pengusaha-pengusaha restoran mamak mempersoalkan Pakatan Harapan yang telah berjanji bahawa sekiranya GST dihapuskan harga barang akan turun.

Malangnya harga barang tetap tidak turun malah sebahagian besar harga barang naik secara mendadak.

"Menteri dan kementerian pula berlepas diri dari janji mereka untuk menurunkan harga barang dan mula menyalahkan kami kerana tidak menurunkan harga di restoran. Ini adalah sesuatu yang tidak adil untuk kami."

"Kami tidak pernah berjanji kepada rakyat untuk menurunkan harga di restoran. Yang berjanji menurunkan harga barang adalah Pakatan Harapan. Maka tunaikanlah!", kata mereka lagi.

Abu Leman

No comments: