Bersama sama Guan Eng di MOF adalah Tony Pua dan Ong Kian Ming juga isterinya Betty yang mengikut sahaja Guan Eng setiap hari ke pejabat. Apa jawatan isteri Guan Eng? Pegawai khas juga kah?
Guan Eng mendakwa Malaysia menanggung hutang hampir RM1 trilion sedangkan angka rasmi sebelum ini adalah RM686 bilion.
Menyedari kenyataan beliau mendapat kritikan negatif dari dalam dan luar negara Guan Eng mendakwa pula dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang kerajaan persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK.
Beliau dilihat memutar belitkan kenyataan sebelum ini yang akhirnya mempamerkan tindakan kurang cerdik diri sendiri kepada rakyat Malaysia.
Ironinya lagi, Guan Eng menegaskan kerajaan PH akan melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip Berdaya Saing, Akauntabiliti, dan Telus (CAT) sedangkan kes beliau yang membabitkan skandal terowong dasar laut dan pembelian banglo dibawah harga pasaran serta isu Taman Manggis masih berjalan. Kes-kes tersebut membuktikan prinsip Berdaya Saing, Akauntabiliti, dan Telus (CAT) DAP hanya retorik dan penipuan semata-mata.
Sementara itu, Rafidah Aziz menyifatkan tempoh seratus hari PH memenuhi sepuluh janjinya itu sebagai tidak masuk akal.
“Kenapa seratus hari? Kenapa tidak setahun?” tanya beliau ketika wawancara dengan stesen radio perniagaan BFM.
“Jika kita buang tempoh seratus hari yang bodoh itu, maka kamu akan mendapat perspektif yang lebih baik. Kamu tidak boleh melakukan perkara (pelaksanaan janji) dalam masa seratus hari.
“Tiada negara di dunia boleh menyelesaikan semua masalah dalam seratus hari,” katanya.
Kita tertanya-tanya apakah reaksi Mahathir berkenaan "seratus hari yang bodoh PH" tersebut.
Malah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang juga anggota penasihat Council of Elders diwujudkan Mahathir pun dengan nada optimis berkata rizab terkini ada RM430 bilion iaitu rekod tertinggi dalam sejarah dan kedudukan ekonomi negara baik.
Malah pengganti beliau, Gabenor BNM sekarang, Tan Sri Muhammad Ibrahim juga mengesahkan mengenai isu itu. Sebaliknya Mahathir dan Guan Eng pula terus menerus memberi senario pelik yang berbeza. Putar belit mereka dilihat terus memakan diri sendiri.
Pada awal bulan ini, akhbar The Edge Financial Daily melaporkan hutang kerajaan berkembang pada kadar purata 10 peratus setahun daripada RM266.72 bilion pada tahun 2007 kepada RM687.43 bilion pada September 2017.
Ia sebenarnya ekoran perbelanjaan berlebihan. Sementara itu bekas Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam juga hairan mengenai angka hutang negara yang didakwa oleh Mahathir dan Guan Eng.
Nampaknya Mahathir dan Guan Eng terdesak untuk memberi gambaran konon keadaan ekonomi negara diwarisi PH daripada BN adalah tidak baik semata-mata mahu mempertahankan dakwaanya sebelum ini kononnya kerajaan pimpinan Najib sudah tenat walhal Bank Dunia sendiri mengiktiraf ekonomi Malaysia stabil sehingga tiga kali membuat unjuran semula pertumbuhan.
Pihak yang mengeluarkan angka ini ialah Jabatan Perangkaan dan mereka mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang angka palsu.
Fakta yang tidak boleh disangkal bahawa angka-angka ekonomi semasa zaman pentabiran Najib sebenarnya menunjukkan antara yang terbaik di dunia namun perkara ini enggan diakui Mahathir dan Guan Eng.
Jadi kerajaan PH yang berusia 15 hari ini sudah putar belit semua benda untuk tunjukkan mereka bagus dan kerajaan BN dulu teruk. Bagus apa kalau fakta pun putar belit. Sudah sudahlah, rakyat Malaysia tahu Guan Eng baru keluar dari terowong, jangan kelirukan rakyat Malaysia lagi.
Lagi 85 hari sahaja tinggal, cepat laksanakan janji sebelum kena bodoh dengan orang lain pula.
Nukilan :
Rakyat Educated & Tak Bodoh
No comments:
Post a Comment