Tuesday 27 February 2018

TIDAK USAH BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ???


Kata Ku Seman Ku Hussain, “ambil sahaja bantuan kerajaan seperti BR1M kerana ia duit rakyat. Tidak perlu terhutang budi atau berterima kasih.”

Sebagai ingatan kepada beliau saya turunkan semula ucapan Tun Mahathir pada tahun 2000.

Yang muda-muda yang rasa zaman Mahathir macam syurga, bacalah rintihan Tun ketika itu. Puak2 PH terutamanya 'pakatun' baca tau apa madey kata ni...



——————————————————————


Ada orang yang mengesyorkan supaya Melayu ini bersikap kurang ajar sedikit. Syor ini mendapat sambutan. Apa perlunya kurang ajar sedikit? Lebih baik kurang ajar sahajalah.

Dengan itu maka berkembanglah pendapat bahawa tidak perlu ada perasaan terhutang budi sampai mati. Jangan ada langsung perasaan terhutang budi. Jangan berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Memaki mereka dan memburuk-burukkan mereka tidak salah.

Hanya yang diperlukan ialah bersyukur kepada Tuhan. Nikmat dan rezeki yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikannya. Jika tidak orang itu, orang lain yang akan menyampaikannya. Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika tidak Nabi Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad. Memadailah dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja.

Demikianlah antara budaya sesetengah Melayu bandar sekarang. Dan budaya ini diburukkan lagi oleh orang politik yang berkepentingan. Jangan berterima kasih kata orang-orang ini. Jika kami berkuasa kami juga akan memberikan yang sama kepada kamu dan mungkin lebih daripada itu. Oleh itu tolak sahaja orang yang telah berbudi kepada kamu. Sebaliknya gigit tangan mereka.

Gunakanlah apa sahaja untuk menimbulkan kebencian kepada orang yang berbudi kepada kita. Surat layang, akhbar, Internet, semuanya boleh digunakan. Labelkan orang yang dimusuhi dengan gelaran yang buruk kerana dengan cara ini akan meningkatkan lagi kebencian kepada orang tertentu. Mahazalim, Mahafiraun. Sukakah kita kepada orang yang zalim, firaun? Tentu tidak. Oleh itu benci sahajalah orangyang berlabel zalim dan firaun. Tidak ada perasaan yang lebih memuaskan nafsu daripada membenci. Maka politik pembangunan pun diganti dengan politik benci. Bencilah ia dan undilah aku.

Inilah perubahan-perubahan yang sudah berlaku kepada sebahagian daripada orang Melayu dan Bumiputera lain hasil daripada kejayaan UMNO memaju dan membangunkan mereka. Apakah UMNO harus menamatkan Dasar Ekonomi Baru supaya orang Melayu kembali menderita dan dengan itu kembali insaf dan bersatu padu semula?

Credit to : Ab Jalil Backer

No comments: