Tuesday, 7 March 2017

MENGAPA PERMOHONAN BR1M ANDA TIDAK LULUS ???


MENGAPA PERMOHONAN BRIM ANDA GAGAL?

Punca Permohonan #BR1M2017 Gagal Atau Ditolak. Berikut dikongsikan punca atau sebab permohonan BR1M 2017 anda ditolak atau tidak diluluskan:


01: Tidak membuat pengemaskinian permohonan BR1M bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (2014).

02: Maklumat tanggungan yang tidak tepat.

03: Memohon lebih dari satu kali (suami dan isteri membuat permohonan berasingan).

04: Tidak menyertakan dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, dokumen pengesahan penceraian dan penyata gaji

05: Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus berkahwin.

06: No MyKad tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk nama yang berbeza dengan data JPN.

07: Silap mengisi borang dan maklumat tidak lengkap samada permohonan secara online atau manual. Bagaimanapun, mereka terlibat masih boleh mendapatkan bantuan tersebut setelah membuat rayuan dan melakukan pembetulan dalam borang berkaitan.

08: Memang tidak layak kerana pendapatan melebihi syarat kelayakan BR1M 2017 itu sendiri.

09: Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN di dalam permohonan individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain.

10: Memohon bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tanggungan anda.

11: Memohon bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan maklumat nama isteri/suami dengan betul dan lengkap.

12: Membuat permohonan menggunakan Mykad yang tidak wujud dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain nama pemohon berbeza dengan daftar JPN. Mereka yang bertaraf penduduk tetap (PR) juga tidak layak menerima BR1M.

13: Pemohon adalah penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

14: Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan permohonan

15: Pemohon kategori bujang terdapat dalam permohonan kategori lain sebagai tanggungan kepada pemohon kategori lain isi rumah.

Sumber info: [https://goo.gl/de79JS]
Sumber info: [https://ebr1m.hasil.gov.my]

Post a Comment