Wednesday, 1 March 2017

KES BUNUH AHLI KELUARGA PEMIMPIN KOREA UTARA - KOMPLEKS MAHKAMAH SEPANG DI KAWAL KETAT


SEPANG: Persekitaran Kompleks Mahkamah Sepang di sini, dikawal ketat oleh anggota polis. Pas bagi petugas media dibahagikan kepada tiga kategori iaitu hijau untuk memasuki ke dalam bilik mahkamah, manakala biru dan kuning bagi petugas media yang berada di perkarangan dan lobi mahkamah. 


Petugas media juga terpaksa melalui pemeriksaan ketat dan beg diimbas oleh anggota polis sebelum dibenar memasuki perkarangan mahkamah. Wartawan yang dibenarkan masuk ke dalam mahkamah dikehendaki menyerahkan semua peralatan elektronik termasuk telefon bimbit dan perakam suara.



Kompleks Mahkamah Sepang menjadi tumpuan dunia apabila pengamal media dari seluruh negara berkampung di sini bagi mengikuti perkembangan pertuduhan kes berprofil tinggi membabitkan pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam. 

Selain media tempatan, wakil dari pelbagai negara antaranya Korea Selatan, Jepun, Taiwan, China dan Singapura mula berkumpul di luar kompleks mahkamah seawal jam 6 pagi.Setakat ini, dua suspek wanita yang dipercaysi akan didakwa pagi ini belum kelihatan. 

Pada masa sama, belum dapat dipastikan sama ada merema sudah dibawa masuk sejak awal lagi atau sebaliknya.Ketika ini, semua petugas media sedang beratur di luar pagar kompleks mahkamah untuk mendapatkan pas masuk ke dalam mahkamah. 

Kawalan keselamatan di perkarangan kompleks mahkamah juga kelihatan lebih ketat berbanding biasa, dengan kehadiran anggota polis. - BH

Post a Comment