Sunday, 19 February 2017

BAYAR RM5K.. HAJJAH HATIJAH BOLEH BANTU UNTUK KE SYURGA TINGKAT TERTINGGI... !!!


ZAMAN dunia tanpa sempadan dan pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ni macam-macam gila ada. 


Sehelai A4 yang mengandungi mesej yang disertakan nombor telefon bimbit dan alamat lengkap telah diperolehi melalui kiriman dari applikasi WhatsApp.

Menurut mesej tersebut, seorang wanita yang bermula nama dengan gelaran Mahaguru Hajjah Hatijah binti Maulana Ismail kononnya merupakan salah seorang dari waris keturunan Wali Songgo (Wali Sembilan) dari Indonesia, terkenal di seluruh dunia mempunyai kuasa supernatural dari tenaga cakra yang membolehkannya berkomunikasi dengan Tuhan Pencipta Alam!

Malah turut menawarkan bayaran sebanyak RM5,000.00 kepada sesiapa yang ingin menghapuskan dosa mereka. Dengan jumlah wang sebanyak itu, Hajjah Hatijah akan berbincang dengan Tuhan untuk membolehkan si pembayar masuk ke syurga tingkat tertinggi.

Suami wanita itu, Ustaz Arief Cakra Alam dikatakan telah ke syurga dengan izin isterinya. Astaghafirullahal'azim....

Yang menghairankan, nama JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) turut disebut telah menganugerahkan pangkat kepada wanita itu sebagai 'pelindung umat Kampung Pandan'.

Sudah pastinya mesej ini sangat mengelirukan ... dan dibimbangi ada individu yang terpesong akidah. Mohon #JAWI dan #JAIS segera ambil tindakan.


Surah An-Nisaa, ayat 69.

Post a Comment