Monday 13 February 2017

ANAK SAUDARA TUN M TERIMA BAYARAN RM7.2 JUTA DARI PROTON ?


Sebuah blog (asas2020.blogspot.com) mendedahkan bahawa faktor utama Tun Mahathir sering kali cuba menggagalkan sebarang usaha mencari rakan strategik luar kepada Proton Holdings ialah bagi menjaga kepentingan perniagaan keluarga beliau.
Menurut artikel dalam blog tersebut, “Proton Bayar RM 7 Bilion Kepada Anak Saudara Tun Mahathir“, Proton telah memberi hak eksklusif kepada syarikat Yasmin Jurumuda Sdn Bhd sebagai vendor atau pembekal sistem “rust proofing” semua kereta keluaran syarikat tersebut sejak 1985.
Yasmin Jurumuda dikatakan milik anak saudara Tun Mahathir, Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar, melalui Yasmin Group.
” Difahamkan Proton perlu membayar RM 2,000 – 5,000 untuk kepada Jurumuda Sdn Bhd (sic- Yasmin Jurumuda) untuk pemasangan “rust proofing” sebuah kereta. Jika diambil kiraan “cincai” RM 2,000 x 3.6 juta buah kereta terjual sejak 1985 ia sudah mencecah RM 7.2 bilion. Ini belum termasuk berapa banyak kereta Proton yang tidak terjual sebelum ini.” – asas2020.blogspot.com
“Sekiranya Proton mempunyai rakan strategik yang besar sudah tentu semua kontrak-kontrak eksklusif ini akan dinilai semula dan mungkin menjejaskan kontrak Jurumuda.”
Blog tersebut juga berjanji untuk mendedahkan banyak lagi urusniaga Yasmeen Holdings yang membabitkan kontrak kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.-MyKMU.net

No comments: