Saturday, 21 January 2017

RESTORAN NASI KANDAR PULAI SAJI KARI KAMBING CAMPUR DAGING BABI ???!!!



Restoran yang baru dibuka dan makin dikenali iaitu *Restoran Nasi Kandar Pulai* yang trletak sederet dengan kedai Roti Segar di Batu Gajah sahih tidak halal kerana pemiliknya bukanlah India Muslim @ mamak tetapi India yang beragama Hindu. Sajian daging kambing di restoran tersebut dipercayai dicampur dengan daging babi.
Maklumat diterima daripada bekas pekerja melayu restoran tersebut di restoran cawangan Simpang Pulai. Apabila ditegur, pemilknya berkata, "u tahu, diam2 sudah, jgn bising2, kalau x suka resign." Pekerja tersebut bertindak resign. Setakat ini, rstoran tersebut telah disiasat Jab. Agama Islam sebanyak 3 kali, tetapi berkemungkinan bukan dalam bidang kuasa mereka maka ianya masih beroperasi. Bagaimanapun Cawangan restoran di Pinji Mewah telah ditutup. Pekerja restoran memakai topi ala2 kopiah putih, sebab itu ramai tidak perasan @ memang jenis tak prihatin hal2 begini. Untuk mkluman, semua restoran India muslim @ mamak wajib mempunyai tanda halal dan logo persatuan mereka pada papan tanda perniagaan iaitu bulan sabit dan 3 nombor yang sama pada logo bulan sabit. Maaf, saya lupa nombornya. Boleh lihat pada mana-mana restoran mamak yang lain. Agak di kesali, ramai muslim makan di situ terutama kakitangan kerajaan.

TERKINI :

Batu Gajah, Perak  -  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak (KPDNKK) mengesahkan sebuah premis makanan di daerah ini tidak mempunyai sijil halal.

Premis yang juga restoran terkenal di sini tular di laman sosial selepas status halalnya diragui dengan dakwaan menyediakan sajian tidak halal.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan selepas menerima aduan daripada orang awam yang mencurigai status halal premis berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis itu bukan beragama Islam manakala enam daripada 11 pekerja di situ adalah bukan Islam.

"Kita juga menemukan daging kambing yang dipercayai dibekalkan oleh pembekal yang tidak mempunyai sijil halal.

"Semua daging kambing di premis itu disita dan kes disiasat mengikut Perintah 4 (1) dan (2) Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Post a Comment