Monday 11 April 2016

SUSPEK SERANGAN PARIS WARGA BELGIUM DIDAKWA MEMBUNUH


Suspek serangan di Paris, Mohamed Abrini, dan suspek baru tragedi di ibu kota Belgium dikenali sebagai Osama K, didakwa dengan tuduhan membunuh.

Imej google

Pendakwa raya Belgium juga mengesahkan Abrini, warga Belgium berusia 31 tahun,  mengaku sebagai 'lelaki bertopi', yang dilihat bersama dua lagi pengebom nekad di lapangan terbang Brussels pada 22 Mac lalu.

Abrini turut mengaku dia membantu membuat persediaan untuk serangan di Paris pada 13 November tahun lalu, yang meragut 130 nyawa.

Dia dikatakan mengenali suspek utama serangan di Paris, Salah Abdeslam, sejak kanak-kanak lagi.

Abrini dan Osama K, yang dikenal pasti media sebagai Osama Krayem, adalah antara enam yang ditahan dalam serbuan di seluruh Brussels.

Osama K dikenal pasti sebagai lelaki yang berada bersama pengebom nekad di stesen kereta api bawah tanah Malbeek di Brussels.

Dia juga membawa beg yang digunakan untuk menyembunyikan bom yang diletupkan oleh dua penyerang di lapangan terbang pada 22 Mac lalu.

Kedua-dua mereka didakwa bersubahat dengan aktiviti kumpulan pengganas dan pembunuhan berkaitan serangan pada 13 November tahun lalu di Paris dan serangan di Brussels.

Dua lagi yang ditahan dengan Abrini dibebaskan berikutan siasatan menyeluruh.

No comments: