Thursday 14 April 2016

SIAPA AHLI PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA BELI KELAB BOLASEPAK ITALI ???

Siapa sebenarnya ahli perniagaan, Datuk Dr Noordin Ahmad yang dilaporkan bakal menjadi pemilik baharu FC Bari 1908 menjadi satu kisah misteri.

Tokoh-tokoh korporat tempatan mengakui mereka tidak mengenali ahli perniagaan itu yang dilaporkan membeli 50 peratus pegangan saham dalam kelab Itali itu.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Kedutaan Malaysia di Itali juga tidak mempunyai maklumat siapa sebenarnya Noordin yang telah mendapat liputan meluas media di negara berkenaan.
“Beliau (Noordin) tidak pernah berhubung secara rasmi dengan pihak kedutaan di sini,” kata kakitangan kedutaaan bernama Norli seperti dilaporkan akhbar itu.
Bagaimanapun, misteri siapa Noordin bakal terjawab apabila satu sidang media akan diadakan dalam minggu ini berkenaan pembelian itu sekaligus merungkai persoalan siapa sebenarnya ahli perniagaan itu.
Akhbar Itali sebelum ini melaporkan Noordin, 56, seorang ahli perniagaan berkaitan minyak, berlian dan fesyen, telah membeli 50 peratus kepentingan kelab itu yang bernilai RM53.159 juta atau 12 juta euro.
Kelab FC Bari 1908 yang berpangkalan di Apulia merupakan kelab elit di selatan Itali. Kelab itu pernah memegang rekod perpindahan termahal untuk pemain British apabila mendapatkan David Platt dengan harga 5.5 juta pound pada 1997.
 Sumber: FMT

No comments: