Wednesday 16 March 2016

KEHEBATAN LEICESTER CITY KERANA JAMPI DAN TANGKAL ?? ANAK SAUDARA SULTAN BRUNEI IKAT KONTRAK 3 TAHUN...

Faiq Jefri Bolkiah

Pencapaian mengejut Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris menyebabkan ramai peminat bola sepak tertanya-tanya rahsia pasukan itu.

Bagaimanapun, seorang sami di sini, Phra Prommangkalachan berkata, dia tahu sekurang-kurangnya satu rahsia pasukan berkenaan - jampi dan tangkal.


Menurutnya, beberapa sami Buddha sering berulang-alik ke kelab milik pengusaha Thai itu untuk menjampi padang dan menyerahkan tangkal kepada pemain.

“Saya menyarungkan beberapa tangkal pada leher mereka,” kata Phra kepada wartawan di sebuah kuil di Bangkok.
  
Di tengah-tengah tangkal berkenaan ialah lambang kelab Leicester. 

Khabar tersebut mula heboh di media sosial dan akhbar2 utama seawal September 2014 bagaimanapun tidak mempengaruhi anak saudara Sultan Brunei untuk menolak dari menyertai kelab bolasepak itu.

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris Leicester City telah mengikat Faiq Jefri Bolkiah, anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan kontrak tiga tahun.

Pemain berusia 17 tahun itu sebelum ini merupakan pemain Chelsea Bawah 18 sejak tahun 2014.

Dia juga pernah menyertai Arsenal dan Reading sebelum ini.

“Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa saya telah mengikat kontrak tiga tahun bersama Leicester City. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat terdekat atas sokongan mereka,” kata Faiq menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Faiq Jefri Bolkiah merupakan pemain utama buat skuad Chelsea B18 tahun musim ini namun akan berpindah ke Stadium King Power bagi mencari peluang beraksi bersama skuad utama musim depan.

Difahamkan, pencari bakat Leicester telah pun memerhati Faiq buat jangka masa lama dan melihat dia mempunyai masa depan cerah dengan skuad utama The Foxes.

No comments: