Thursday 4 February 2016

(VIDEO) : GANGGUAN SEKSUAL - PAPAGOMO SERANG PEKERJA PAKISTAN



Blogger Papagomo sekali lagi mencuri tumpuan apabila video yang memaparkan dirinya menyepak terajang seorang pekerja asing dikongsi secara meluas di media sosial. 


Dalam video kira-kira empat minit yang tidak pasti lokasi kejadian itu, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja Pakistan.


Setakat ini, video berkenaan telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan. 

Papagomo juga memuat naik video berkenaan di laman Facebook Sir Azri bagi mewajarkan tindakannya itu.

Bagaimanapun beliau mempertahankan tindakannya yang menyerang seorang pekerja warga Pakistan dengan menegaskan mana-mana lelaki akan melakukan perkara sama jika berada di tempatnya.

"Sesiapa pun yang bergelar abang atau suami ataupun ayah pasti akan melakukan pekara yang sama dengan apa aku buat.

"Gangguan seksual tidak boleh diterima sama sekali dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia," katanya dalam satu kenyatan di laman Facebook Sir Azri pada Khamis.

Dia mendakwa pekerja itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya bersama dua rakan.

Papagomo turut memuat naik video berkenaan di halaman Facebook Sir Azri bagi memperjelaskan tindakannya menyerang pekerja berkenaan pada 29 Januari lalu.

Wan Azri turut 'tersentuh' dengan sokongan yang diterima atas tindakannya itu.

"Terima kasih pada yang memahami isu yang ada hari ini bukanlah berkaitan isu politik, tetapi ianya adalah isu semasa yang kita seluruh rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama mesti peka," katanya.

No comments: