Monday 8 February 2016

ADUN PAS PAYA JARAS 'MENJELMA' JADI DEWA CINA SEMPENA SAMBUTAN CHINESE NEW YEAR 2016


PETALING JAYA: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Khairuddin Othman memakai pakaian Dewa Cao Guo Jiu mendapat kritikan netizen.


Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Khairuddin itu yang dianggap cuba mendapatkan publisiti murahan.
Turut mempersoalkan tindakan itu adalah ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

“YB Khairuddin Othman, ADUN PAS Paya Jaras itu membawa imej dewa Cao Guo Jiu. Kalau diperhati, di rumah-rumah kaum Tionghua ada tempat sembahyang untuk dewa-dewa ni.

“Sekarang, apakah perlu YB Khairuddin memakai pakaian dewa yang menjadi sembahan kaum lain? Apa hukumnya? Memadailah kita cuma sama-sama meraikan sambutan tahun baru (kalender) Cina.

“Komen di atas saya salin dari Whatsapp group..saya letak sini kerana nak dengar komen walaunta Hadi sebab mereka yang bersungguh kafirkan orang yang ucap Selamat Hari Krismas kerana meraikan mereka yang merayakan Krismas..sekarang hangpa dah tepuq ayaq (tepuk air) dalam dulang,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Othman Bidin memberikan komen;

“Untuk pikat pengundi kaum lain apa saja sanggup dilakukan.
Amir Sulaiman pula menulis;

“Kalau tanya Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dia mesti pusing-pusing guna ayat quran cari hukum dan dalil.itu memang kepakaran dia,” tulisnya.

Bagaimanapun, ramai juga pengguna alam maya menganggap ia bukan kehendak Khairuddin tetapi penganjur majlis yang tidak tahu mengenai sensitivitinya apabila meminta Khairuddin memakai kostum Dewa Kekayaan itu bagi memeriahkan majlis sambutan Tahun Baru Cina. -FMT

No comments: