Saturday 5 December 2015

AL-FATIHAH : ANAKANDA SULTAN JOHOR, TUNKU ABDUL JALIL MANGKAT




Tunku Laksamana diRaja Johor    Tunku Jalil  telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi sekitar jam 7.11 petang di Hospital Sultanah Aminah, Johor.



Al Fatihah: Tunku Mahkota Laksamana Johor, Tunku Jalil mangkat


Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar menerusi status yang dimuat naik di laman Instagram, memberikan maklumat sahih berkenaan kemangkatan Tunku Abdul Jalil.


Al-Fatihah..... semoga Allah Mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

UPDATE : 

Jenazah YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.


Baginda dipercayai mengidap sakit kanser hati sejak setahun lalu dan telah menjalani pembedahan awal tahun ini.
Berikut ialah sebahagian latar belakang sakit Tengku Jalil yang dimaklumkan sendiri oleh Tuanku Sultan Johor dalam wawancara dengan The Star Mac lalu.
S: Secara peribadi, saya dimaklumkan tentang spekulasi berhubung tahap kesihatan anakanda kelima Tuanku, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor. Boleh Tuanku memberi komen terutamanya berkenaan pemindahan hati yang dilakukan Tunku Jalil?
J: Anakanda Beta berada dalam keadaan baik dan sihat selepas menjalani pembedahan dan syukur kepada Allah. Lima tahun lagi akan menjadi tempoh penting buat Tunku Jalil kerana anakanda perlu mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang baik.
Beta bersyukur kerana Tunku Jalil masih hidup dan itu menjadi satu sebab Beta mengeluarkan belanja sebanyak RM10 juta bagi menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser yang tidak mampu mendapatkan rawatan yang mahal.
Tunku Jalil sangat bertuah kerana menjadi anakanda Beta. Beta faham tentang penderitaan mengalami kanser tahap empat. Malah anakanda Beta juga tidak percaya berjaya meneruskan hidup, begitu juga dengan Beta. Beta mahu yayasan ini menjadi pemangkin supaya pihak lain boleh menghulurkan derma melalui yayasan ini.
Kami hanya mengetahui tentang kanser tersebut pada tahun lalu selepas Tunku Jalil mengadu tentang sakit bahu dan hanya dirawat di Hospital Besar tempatan yang hanya memberikan anakanda ubat tahan sakit dan pil tidur.
Kami menyedari sesuatu tidak kena dengan sakit yang dialami Tunku Jalil ketika bercuti di London. Selepas berbincang dengan pakar bedah dari Singapura, kami memutuskan untuk menghantar Tunku Jalil ke Guangzhou, China bagi menjalani pembedahan organ.
Beta berasa berterima kasih kerana prosedur tersebut berjalan lancar dan dijaga dengan baik ketika di China. Pihak perubatan di China juga berbesar hati untuk membantu anakanda Beta sehingga sanggup menghantar dua doktor ke Singapura bagi berbincang dengan pakar bedah di Singapura. Malah mereka menyediakan doktor dan jururawat yang boleh berbahasa Inggeris bagi memudahkan komunikasi.
Beta juga merakamkan rasa terima kasih dan rasa terharu apabila dimaklumkan beribu-ribu rakyat, tidak kira agama dan bangsa sama-sama berdoa demi kesihatan anakanda dan keluarga Beta. Ternyata berkata doa rakyat ini membantu Tunku Jalil.

MYKMU 

No comments: