Thursday, 12 November 2015

AWAS !!! SALESMAN CINA PERDAYA WANITA MELAYU DI PARKIR TESCO SEBERANG JAYA


Dua orang lelaki berbangsa Cina terbabit sedang memaksa wanita ini mengikut mereka menaiki kereta mereka. Sementara seorang lagi rakan mereka duduk di tempat lain dan memerhatikan mangsa dari jauh.


Dalam kejadian di Tesco Seberang Jaya itu, difahamkan, wanita itu dimaklumkan bahawa dia terpilih untuk mendapat hadiah percuma yang mana dia tidak menyedari yang dirinya bakal menjadi mangsa sindiket Gores dan Menang.

Mujur ada seorang insan yang prihatin tergerak hati untuk membantu wanita ini. Serta merta mangsa terus berlari ke arah orang yang ingin membantunya.

Tindakan mangsa itu membuatkan dua lelaki terbabit memarahi dan memaki hamun mereka sebelum berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian.

“Bodoh! Orang nak bagi hadiah pun tak nak ikut!”

Bagaimanapun, mereka kembali berlegar-legar di kawasan parkir Tesco, mencari wanita Melayu untuk diperdaya dan menjadi mangsa sindiket mereka.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang tawaran yang diberikan kerana tiada apa yang boleh diperolehi dengan mudah di dunia ini. – THEHYPEMEDIA

No comments: