Friday 30 October 2015

KETUA BERITA MANDARIN RTM AGEN PEMBANGKANG ???



Akibat dari sikap ambil mudah atau mungkin Ketua Berita Mandarin RTM Tan Lee Won ada agenda tersendiri, slot Berita Mandarin RTM semalam membaca berita tanpa sokongan visual seperti kebiasaannya.

Tindakan ini terpaksa diambil selepas rancangan berita itu memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama hiasan grafik berkaitan 1MDB kepunyaan portal pro pembangkang Malaysiakini.

Tan berkata arahan itu dibuat oleh pengurusan RTM semalam dan berkuat kuasa terhadap dua programnya pada 12 tengah hari dan 8 malam hari ini.

Beliau enggan menyatakan alasan diberikan dan masih tidak pasti tempoh larangan itu berkuat kuasa.

 




Visual 'poster' tersebut di paparkan ketika laporan berhubung kes kegagalan menyaman PKR terhadap PM Najib berkaitan perbelanjaan pilihan raya.

Ia menunjukkan Najib dalam keadaan tunduk dengan kolaj gambar-gambar berkaitan 1MDB di sekelilingnya, termasuk ahli perniagaan sensasi Jho Low.

Pihak portal pro pembangkang Malaysiakini dikatakan teruja dan cuba dapatkan penjelasan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak untuk sensasikan lagi isu ini.

Apa agenda tersembunyi ketua berita mandarin? Sudah tidak wujudkan pekerja bahagian pereka grafik di RTM?


No comments: