Friday 30 October 2015

AWAS !! PULUT DAN PAU BERINTI DAGING BABI DI ICQ RANTAU PANJANG !!!


30 OKT: Jabatan Kesihatan negeri merampas 235 jenis makanan termasuk 15 bungkus pulut dan pau yang dipercayai berintikan daging babi di pintu masuk Kompleks Kastam Kuarantin dan Imigresen (ICQ), Rantau Panjang, Pasir Mas kelmarin.


Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, operasi bersepadu bersama Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) cawangan Rantau Panjang itu membuat rampasan tersebut berikutan makanan yang dibawa masuk ke negara ini tidak mempunyai sebarang label.
“Pulut dan pau yang mencurigakan itu ditemukan dalam tiga bungkusan plastik seberat dua kilogram. Disebabkan makanan itu tidak mempunyai sebarang label bahan-bahan digunakan bagi memastikan makanan tersebut halal atau tidak.
“Rampasan itu dibuat mengikut Seksyen 11(C) Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang menetapkan semua pengimport perlu mengisytiharkan makanan itu mengandungi daging babi atau tidak.
“Mengikut peraturan tersebut, semua jenis makanan import yang dipasarkan di negara ini perlu ada label, selain perlu dinyatakan kandungan makanan bagi mengelak kekeliruan terutama dalam kalangan pengguna Islam,” katanya ketika dihubungi  semalam.
Ahmad Razin berkata, pihaknya tiada halangan kemasukan produk berkenaan untuk jualan di pasaran terbuka, namun peniaga perlu mematuhi syarat Kementerian Kesihatan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985 tersebut.
“Tiada sebarang denda dikenakan terhadap peniaga itu kerana kita lakukan rampasan atas kesalahan makanan import yang tiada label, selain perlu dilabelkan dalam bahasa Melayu atau Inggeris,” katanya.
Semalam, gambar pulut dan pau berintikan babi menjadi viral di laman sosial yang mana telah menimbulkan keraguan umat Islam di negeri ini tentang status makanan tersebut.- UM

No comments: