Monday 21 September 2015

KENAPA TUN M SANGGUP GUNAKAN YAHUDI UNTUK JATUHKAN PEMIMPIN ISLAM MALAYSIA ???


Tun Mahathir Mohamad mendakwa, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalah melakukan pengubahan wang haram, beliau boleh disaman dan ditangkap.


Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan ditangkap polis antarabangsa atau Interpol jika negara asing menyiasat perdana menteri atas tuduhan pengubahan wang haram, kata Mahathir lagi.

Katanya, sekiranya negara seperti Switzerland, Britain dan Amerika contohnya, mendapati Najib bersalah melakukan pengubahan wang haram, mereka berhak menyaman beliau atau meminta Interpol menangkapnya sekiranya perdana menteri pergi ke luar negara.

"Jadi, dia kena duduk sini (dalam negara), tak boleh keluar. Macamana dia tarik pasport orang, tak bagi keluar, dia pun tak boleh keluar juga.

"Itu mungkin (berlaku). Bukan akan berlaku, tapi mungkin, dalam keadaan dunia sekarang," kata beliau.

Bekas Perdana menteri itu berkata demikian pada satu pertemuan dengan Kumpulan Melayu Berani Bersatu di sebuah restoran di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Mahathir berkata, undang-undang dunia kini berbeza daripada dahulu di mana sekiranya sesuatu jenayah dilakukan di negara ini, hanya undang-undang tempatan yang berkuatkuasa.

"Tetapi, kalau jenayah itu ada kaitan sedikit dengan luar negeri, negara lain itu mempunyai kuasa (menyiasat dan mendakwa)," katanya.

Mahathir memetik kes Presiden Sudan Omar al-Bashir yang kini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk dibicarakan atas beberapa tuduhan, termasuk pembunuhan beramai-ramai di Darfur.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, waran ICC ke atas Omar mesti dilaksanakan oleh negara yang menandatangani Statut Rom.

"Dia (Omar) sudah didapati bersalah dan akan ditangkap kalau dia pergi ke mana-mana negara yang bersetuju dia bersalah," kata Dr Mahathir.

Beliau yang bertukar daripada penyokong kuat Najib kepada pengkritik paling tegar perdana menteri itu, sejak kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan dana politik RM2.6 bilion, merasakan Najib tidak akan meletak jawatan tetapi hanya berkemungkinan melakukannya melalui pendakwaan di luar Malaysia.

Atas sebab itulah mungkin terdapat usaha menghantar Khairuddin untuk pergi ke beberapa negara di Eropah dan Asia sebelum ini bagi mendesak siasatan dijalankan berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan 1MDB.

Pada 20 Ogos lalu Khairuddin turut menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland dan menggesa pihak berkuasa itu menyiasat aktiviti 1MDB yang melibatkan bank Switzerland dan bank antarabangsa.

No comments: