Friday, 18 September 2015

'BUDAK U' KEMBALI MENYOKONG KERAJAAN


Benarkah anak-anak muda di Universiti di Malaysia sacara keseluruhannya menyokong parti pembangkang berbanding menyokong kerajaan?? Sejauh manakah kebenaran mengenai perkara tersebut??

Adakah dengan hanya melihat anak muda yang menyokong parti pembangkang mengadakan tunjuk perasaan mahupun protes terhadap di Universiti masing-masing di jadikan bahan ukuran?? Jika perkara itu menjadi ukuran maka ianya merupakan satu tipu helah yang telah berjaya dilakukan oleh pembangkang.

Menurut Keputusan Pilihanraya Kampus yang telah dikeluarkan, keputusan tersebut menunjukkan sokongan anak muda di Universiti lebih menyokong kerajaan berbanding pembangkang.

Mana tidaknya, pilihanraya kampus yang diadakan telah menunjukkan keputusan setakat ini, Pro Aspirasi (kerajaan) telah memenangi 7 kampus berbalas 0 yang ditandingi Pro M (pembangkang).

Ini jelas menunjukkan anak muda masih menyokong kerajaan walaupun pembangkang menerusi Pro M sering memfitnah kerajaan dengan bermacam tuduhan dan mengadakan protes terhadap kerajaan.

Menurut keputusan yang dikeluarkan Pro Aspirasi berjaya merampas semua kerusi yang ditanding di UNISZA (28-0) dan UITM (48-0) dari Pro M, manakala di kampus UPSI (23-6), UKM (26-5), UM (34-6), UIAM (12-11) dan USM (28-18).

Secara keseluruhan, Pro Aspirasi berjaya memenangi kerusi sebanyak 199 manakala pro M hanya berjaya memenangi 46 kerusi. Ia menunjukkan peratusan sokongan anak muda terhadap kerajaan lebih jauh berbanding sokongan kepada pembangkang.-Utaranews.com

No comments: