Saturday 1 August 2015

KENAPA DENGAN MB KEDAH, PAHANG DAN PERAK ???

mukhriz-mahathir-picture

Analisis

Dua orang Menteri Besar dan Tiga pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dijangka diganti bagi mengukuhkan saf kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.


Dua Menteri Besar yang dijangka ditukar ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang). Pertukaran ini turut membabitkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Di Kedah, tempat Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dijangka akan diambil oleh Timbalannya, Senator Datuk Ahmad Bashah Hanipah.

Ahmad Bashah yang menjadi ADUN sejak 1999 merupakan arkitek utama ketika merampas Kedah dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013. Namun jawatan Menteri Besar diberikan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang diumumkan sebelum pilihan raya umum lagi bagi menarik sokongan sebahagian penduduk kedah yang begitu menghormati Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tidak mustahil Perdana Menteri mengekalkan Mukhriz sebagai Menteri Besar sungguhpun terdapat khabar angin bahawa Istana Kedah tiada masalah sekiranya Mukhriz digugurkan.

Sekiranya Mukhriz digugurkan, Mohd Najib dijangka melantik Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baharu. Namun dua nama lagi yang mungkin menjadi calon mnegejut ialah ialah ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.

Sementara itu di Pahang, dua ADUN yang merupakan orang kepercayaan Perdana Menteri Mohd Najib Razak disebut-sebut sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu.

Calon utama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin. Beliau merupakan ADUN

Seorang lagi calon Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Dato’ Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, ADUN Dong.

Shahirudin merupakan Ketua Bahagian UMNO yang pertama membatalkan jemputan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidddin Yassin untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Beliau membatalkan jemputan tersebut sebelum rombakan kabinet lagi.

Sementara Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dijangka diganti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid dijangka mengambil alih Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak sebagai mengukuhkan UMNO Perak menghadapi pilihan raya Umum akan datang. Bagaimanapun Zambry dijangka kekal sebagai Menteri Besar Perak.

Mohd Najib perlu melakukan perubahan ini bagi memastikan jentera UMNO bergerak sepenuh hati membuat penerangan kepada rakyat. UMNO Tidak boleh berhadapan dengan situasi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri mengambil sikap tunggu dan lihat serta bekerja separuh hati untuk parti. – MYKMU.NET

No comments: