Selepas beberapa jam gambarnya memegang patung anjing dan Jesus mencetuskan kontroversi, pelakon Hasnul Rahmat, bertindak memadamkan entri tersebut.
Memetik laporan Berita Harian online, pelakon kelahiran Singapura itu berkata tidak terkejut apabila gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu mendapat reaksi negatif oleh banyak pihak.
Jelasnya, tindakan memuat naik gambar itu hanya dilakukan secara spontan tanpa maksud tertentu atau mahu menimbulkan kontroversi.
"Semuanya bermula dengan blog yang memanaskan isu gambar itu. Sebenarnya ia sekadar patung di salah sebuah kafe milik rakan saya di Singapura.
"Tidaklah sehingga terpesong agama seperti yang didakwa kerana saya masih tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Tohmahan yang dilemparkan juga tidak berasas kerana dilakukan tanpa usul periksa," katanya.
Pelakon Tanda Putera itu meluahkan rasa kesal kerana sewajarnya penulis berkenaan menghubunginya terlebih dahulu andai inginkan kepastian sebelum membuat sebarang kesimpulan.
"Apa salahnya bertanya terlebih dahulu kepada saya. Bagi mengelakkan kekeliruan ini terus berpanjangan dan menimbulkan pelbagai telahan lebih baik saya padam.
"Saya tidak mahu orang ramai terus membuat dosa 'kering' dengan menghamburkan cacian di dalam laman sosial Instagram," katanya lagi.
Pada masa sama, Hasnul juga menolak dakwaan perbuatannya berkongsi gambar berkenaan adalah disebabkan faktor strategi untuk melariskan filem lakonan terbaharunya berjudul CCTV.
- mD
No comments:
Post a Comment