Wednesday 8 July 2015

BUKAN AKAUN PERDANA MENTERI YANG DIBEKUKAN


Keenam-enam akaun yang dibekukan oleh Pasukan Penyiasat Khas Dana USD 700 juta tiada satu pun milik Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.


“Perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri,” kata Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ini mengesahkan laporan MyKMU.net pagi tadi yang menafikan bahawa akaun-akaun yang dipaparkan oleh Wall Street Journal kononnya milik Perdana Menteri di bawah kelolaan Nik Faisal Amir.

Pagi tadi kami mendedahkan bahawa akaun-akaun yang dipaparkan oleh WSJ bukan milik Perdana Menteri seperti yang didakwa.

Bagaimanapun kami menarik balik laporan tersebut bagi mengelakkan gangguan siasatan pasukan Khas.

Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu. Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.

Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.

Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.

MYKMU

No comments: