Friday 10 July 2015

ADA ORANG GUNAKAN WSJ UNTUK JATUHKAN NAJIB ???


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan laporan yang dilakukan oleh The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa sejumlah besar wang dipindahkan ke akaunnya sebagai niat jahat oleh pihak tertentu untuk menjatuhkannya.

Najib berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh WSJ kepada beliau merupakan satu niat jahat untuk memaksa beliau melepaskan jawatan yang disandang.

Selain itu, Najib percaya tuduhan ini didokong dan disokong dari belakang oleh pihak tertentu.

"Tuduhan WSJ merupakan satu niat jahat yang didokong pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepasakan jawatan perdana menteri dan presiden Umno," kata Najib menerusi entri terbaru di laman blog miliknya.

Najib berkata, oleh itu, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ diatas tuduhan yang melampau itu.

Tambah Najib, selepas WSJ mengesahkan dakwaan yang dibuat itu, pasukan guamannya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.

"Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan daripada akhbar tersebut.

"Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang sudah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut," katanya.

Minggu lepas, WSJ mendedahkan laporan dokumen yang menunjukkan hampir AS$700 juta (RM2.7 bilion) disalurkan ke akaun Najib.-Utaranews.com-

No comments: