Thursday, 4 June 2015

WARTAWAN BBC TERSILAP TWEET RATU ELIZABETH TELAH MANGKAT



PENYIAR BBC terpaksa membuat permohonan maaf selepas salah seorang wartawannya menulis kenyataan di Twitter mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth pada Rabu selepas dia mengingatkan latihan mengenai berita kemangkatan diraja itu adalah benar.


Portal Mirror melaporkan wartawan penyiaran BBC, Ahmen Khawaja mencetuskan kekecohan apabila dia menulis “Elizaberth (sakit) telah mangkat: @BBCWorld.”

Bagaimanapun, dia tidak menyedari bahawa laporan yang ditontoninya di studio BBC merupakan rutin latihan untuk pemberitahuan kemangkatan ketua negara United Kingdom itu di mana kakitangan tersebut diminta untuk tidak memaklumkannya di media sosial.

Menyedari kesilapan itu, Khawaja dengan segera memadamkan ‘tweet’ berkenaan dan memohon maaf tetapi dia kini berhadapan dengan tindakan disiplin di atas perkara tersebut.

Bagaimanapun, yang menghairankan apabila dia turut menulis di Twitter bahawa Ratu Elizabeth dirawat di Hospital Kingd Edward VII tetapi secara kebetulan baginda sebenarnya memang melakukan pemeriksaan kesihatan pada pagi Selasa.

King Edward VII merupakan hospital yang sering digunakan oleh kerabat diraja menyebabkan ia sebagai kemungkinan bahawa diberitakan sebagai latihan pemberitahuan kematian.

BBC dalam satu kenyataan berkata: “Semasa latihan teknikal untuk berita kemangkatan, seorang wartawan penyiaran BBC telah tersilap menulis di Twitter bahawa seorang kerabat diraja telah nazak.

“Tweet berkenaan telah dipadam segera dan kami memohon di atas sebarang kesilapan.”

Kenyataan BBC bagaimanapun tidak merujuk kepada ‘tweet’ mengenai kemangkatan Ratu Elizabethtetapi sumber penyiar itu mengesahkan ia berhubung kesilapan ‘tweet’ Khawaja.

Seorang jurucakap menambah: “Berikutan insiden pada pagi tadi, satu siasatan dilakukan sebagai sebahagian daripada tindakan disiplin yang dibuat oleh BBC.” – MIRROR

No comments: