Saturday 13 June 2015

SASTERAWAN NEGARA MASUK DAP


GUA MUSANG: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, 83, hari ini mengumumkan menyertai DAP selepas 'memikirkannya secara mendalam sejak beberapa tahun lepas'.

"Apa guna tulisan sahaja (perjuangan menerusi puisi), lebih baik sertai parti politik," katanya.

Beliau membuat pengumuman itu pada majlis penyerahan kunci rumah kekal kepada mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh di sini.

Dalam pada itu bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang sekali lagi menegaskan tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini, sebagai telah 'membunuh' Pakatan Pembangkang.

"Apa kedudukan kita (dalam Pakatan), (kena) lihat (perkembangan selanjutnya)," katanya.

Bagaimanapun, PAS setakat ini menegaskan usul menamatkan hubungan dengan DAP itu masih dikaji oleh Majlis Syura Ulama parti itu. - Bernama

No comments: